Jul 28, 2013

Sapa nak order Kek Raya

Asskum semuaaa...Saya nak buat kek-kek berikut untuk raya....ada sesapa yang berminat boleh bleh selit order.

Maklumat lanjut seperti berikut:
 
 



1.       Pecan Heaven : RM85
Saiz 9 inch
Berat minimum: 1.5kg

2.       Double Indulgence: RM85
Saiz 8 inch
Berat minimum: 1.5 kg

3.       Benji Roll : RM25/roll
4.       Red Velvet – RM80
Saiz 8 inch
Berat minimum: RM1.3kg



 

1.       Carrot Walnut  With Cream Cheeese: RM120
Saiz: 10 inch
Berat minimum: 2kg

2.       Chilled Oreo Cheese Cake: RM85
Saiz: 8 inch
Berat minimum: 1.5kg

3.       Marble Cheese Cake: RM65
Saiz : RM8 inch
Berat minimum: RM1kg

4.       Russian Black n White – RM85
Saiz: 8 inch
Berat minimum: RM1.5 kg

 


1.       Salted Caramel Brownies: RM90
Saiz 10 inch
Berat minimum: 1.5 kg

2.       Snowy Peach: RM85
Saiz: 9 inch
Berat minimum: 1.5kg

3.       Fudgy Brownies: RM120
Saiz: 10 inch
Berat minimum: RM2.5kg
4.       Chunky Prune: RM85
Saiz 8 inch
Berat minimum: 1.5kg





Cara-cara nak order:
1.       Pilih kek apa yang berkenan
(hanya kek yang diiklankan saja. Maaf, saya tak buat setengah adunan atau saiz-saiz lain yang lebih kecil/besar)
2.     Bank in FULL PAYMENT ke accout Maybank Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
3.     Pas bank in, SMS ke nombor 019 282 0053 (Zalina Yahaya) maklumat berikut: NAMA, JUMLAH BANK IN, NAMA KEK dan TARIKH NAK AMBIK KEK.
Contoh: Zalina, RM85, Red Velvet, Selasa, 6 Ogos

Sangat-sangat penting, sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan masa datang collect cake.

4.       Tarikh AKHIR ODER/BANK IN FULL PAYMENT – AHAD, 4 OGOS (kita dijangka raya 8 Ogos, Khamis)
5.       Tarikh last untuk ambik kek di bakery saya: 7 OGOS, 12 TENGAH HARI (Sehari sebelum raya)
(maaf, saya tak buat delivery).
6.       Alamat bakery:
Bzee Café & Bakery
No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2)

Koordinat: N 2.68686, E 101.91722

Perhatian:

1. Kek ni tahan sehingga seminggu (kalau tak makan laaa..)
2. Jgan buat lawak simpan bawah tudung periuk plak...simpan dalam fridge dalam kotak/bekas bertutup. Kalau tak kek kering.

Labiu
Zalina Yahaya, Bzee Bakery, Seremban 


Jul 27, 2013

Kelas DIY Group Double Indulgence Esok Start kul 10 pagi - 3 petang


  HARAP MAKLUM...



 

Kelas DIY Group Double Indulgence esok (Ahad, 28 Julai, 2013) start pukul 10 pagi - 3 petang

JANGAN LUPA BAWA APRON MASING-MASING

Confirm hadir pada kelas DIY Group Double Indulgence II - Ahad, 28 Julai
1. Hairiyanti Moin - 013 772 9088
2. Umi Kalthom - 017 665 2511
3. Hanna M - 011 2970 3644
4. Rubiah Talib - 019 383 8100
5. Paulinea Geetha - 012 696 9761

6. Normala
FULL

TQ

Zalina

Jul 26, 2013

Meroti di bulan puasa...hehheh

Asskum semuaa....Semalam berdiy ngan Ida. Ida ambik package sandwich loaf dan package kek marble. Yang kek tu tak menduga iman sangat sebab selalu buat. Tapi bab meroti tu yang tergugat sket..hehehhe. Bau harum semerbak roti satu bakery.

Dalam package loaf ni saya ajar Sandwich Loaf, Pandan Raisin Loaf dan Marble Loaf. Package ni rega RM300 untuk kelas DIY. Sapa yang berminat boleh book kelas DIY pas raya. Date-date yang masih kosong bleh refer kat Jadual Kelas DIY.

Satu lagi package yang Ida ambik  - Kek Marble. Zebra Marble, Soft Marble, Labanese dan Seroja.

Jom layan gambar sekitar kelas semalam.

 











Tq untuk Ida. Jumpa lagi Khamis depan untuk package puff pastry plak

Jul 25, 2013

DIY Selasa dan Rabu - Yati dan Ayu

Asskum semuaa...Minggu ni macam berjanji plak. Dua student saya datang dari Subang Jaya. Hari Selasa, 23 Julai, Yati, Rabu, 24 Julai Ayu.

Ambik subjek pun hampir sama. Yati, x-pramugari Mas,  blajar RV, Double Indulgence, Cream Puff n Eclairs dan Italian Rainbow.

Ayu pun ambik RV dan Double Indulgence. Lagi dua dia blajar Pecan Heaven dan Marble Cheese Cake.

Jom layan gambar...(sorry, gambar Yati yang ayu tak dak plak...ada gambar hasil dia jerrr...). Tak pa tunggu dia datang DIY sekali lagi...hehehe..Insyalllah....





 
 Untuk Yati dan Ayu, harap berpuas hati dengan hasil masing-masing. Selamat bake untuk raya...

X'PERIMENT DONUT ALA-ALA BIG APPLE PART II

Asskum semua... Demam donut ala-ala Big Apple blom kebah nampaknya. Gerammm jerrr nak cari formula terbaik bagi menghasilkan donut premium ala-ala Big Apple tu.

Semalam saya xperiment lagi beberapa flavour. Dua daripadanya yang ada filling - Coffee Cheese dan Coffee Flavour. 

Lagi  tiga saya buat donut ring biasa - tapi cuba topping yang berlainan - Oreo, Fuji Snow dan  Black Tanggo...

Jom layan gambarrr...Bagi saya sket masa lagi. Saya perlu teruskan xperiment untuk mencari resepi yang terbaik. Insyallah kelas minggu kedua selepas raya...









 

 

Jul 23, 2013

Modul Donut ala Apple Besaq yang ditunggu-tunggu...

Asskum untuk semua....Sepanjang bulan Ramadhan ni, alhamdulillah saya dikurniakan tenaga dan idea untuk berxperiment lagi dengan beberapa subjek baru yang akan perkenalkan dalam modul baru saya.

Salah satu daripadanya yang bagi saya sudah semakin hampir kepada kesempurnaan (hehehhe) ialah donut premium ala-ala Big Apple. Dah lama student mintak saya buat kelas donut mahal ni. Cuma masa dan idea tak datang lagi. Berkat bulan Ramadhan..alhamdulillah.

Suami sebagai tester paling saya percaya dah bagi kelulusan untuk rupa dan filling/topping. Tapi saya dan dia sependapat untuk cari lagi formula untuk menggebu dan melembutkan lagi donut saya ni.

Insyallah saya usaha sedaya mungkin untuk create resepi terbaik. Modul terbaru donut ni saya akan offer pas raya. Mungkin minggu kedua pas raya. So, sesapa yang berminat nak join, tunggu pengumuman jadual terkini yea.

Buat sementara tu, kita layan dulu donut-donut yang tak berapa perfect bentuknya ni...akan diperfect dalam siri percubaan akan datang....
Ada tujuh flavour yang dah saya xperiment
 .Almond toast
.Cheezy Cheese
. Fruity fruits
. Strawberry pink jambu
. Macha teaser
. Sorento lemon

. Naughty Nut


 










Untuk semua yang menanti-nantikan kelas ni, harap bersabarrrr....raya dulu naaaa...hehhehe

Maaappn dan ampunnn...lamanya tak update blogggg....

Asskum semuaaa....Wpun dah terlambat, saya nak ucapkan gak Selamat Berpuasa untuk semua...ampunnnn...lama sangat tak update blog. Saya banyak update class saya kat Facebook. Bulan puasa ni penyakit M agak serius..hehheeh. Saya terus ambik gambar guna phone dan terus masuk FB.

Bulan-bulan puasa ni, pas Terawih, mengantuk lain macam jerrr.... So selalunya pas terawih, makan, pastu dah lali. Tahun ni saya try amalkan masa berbuka, just berbuka ngan air, buah n kuih. Pastu pas terawih baru makan nasi. So far ok jerrr....

Ok. sepanjang bulan puasa ni, Alhamdulillah kelas DIY saya penuh sampai last minggu ke tiga bulan puasa. Tiap-tiap hari ada student. Tapi saya had kan maksimum empat subjek saja satu hari. Takut habis lewat. Sian kat student nak balik siap berbuka dan sian kat saya tak sempat beli lauk..hahahha

Hari pertama bula puasa (10 Julai) saya berDIY ngan Suzana dari Melaka. Mencabar betul kelas pertama berpuasa sebab dia belajar semua dessert yang mengiurkan. Panas plak tu ...hehhehe

Suzana belajar Tripple Chocolate (orange flavour), Carrot Walnut dan Tiramisu





DIY 11 dan 12 saya tak henggattt...sorrryyy sebab nama dah terdelete dalam jadual...ampunnn..(ni lah akibat suka bertanggungh kerjaaaaaaaaaaaaaaa....saya sangat menyesal dengan perbuatan mungkkarrr saya...)

13 Julai, saya buat kelas DIY Group untuk kek Double Chocolate Indulgence. Kelas mcam ni selalunya saya offer bulan puasa. Maksimum satu kelas 6 orang. Setiap sorang student akan buat kek masing-masing. Saya yang akan tentukan kek apa yang nak belajar. 

Alhamdulillah mendapat sambutan diluar jangkaan. Saya terpaksa bukak kelas ni sebanyak 3 kali. 13 Julai, 21 Julai dan 28 Julai. Semua kelas full house. Insyallah kalau ada sambutan, saya akan lanjutkan konsep ni pada hari-hari biasa. Insyallahhh..Nanti saya inform yea...

Untuk 1st batch, patutnya 5 orang..tapi sorang tak dapat datang sebab emergency. 
 







Sepanjang minggu lepas, cuma ada satu date saja - 17 Julai yang tak dak class. Ada student cancel last minute sebab ada emergency. Hari lain Full.

16 Julai saya berDIY ngan Wana dari KL - dia belajar Royal Caramel dan Pavlova







Jumaat 19 Julai turn Syidah plak. Syidah dari Batu Pahat ambik package premium pastry











Hari Sabtu 20 Julai saya buat kelas demo Package Kek Marble. Tak ramai yang mai - sibuk buat biskut raya tu..hehehe. 10 orang jer. So kelas berlangsung dengan penuh santai.

Saya demokan 4 jenis kek marble - Zebra Marble, Soft Marble, Seroja dan Labenese Marble

 













RESEPI KEK BUTTER ORANGE TERSEMPOI DIDUNIA:
A:
3 sudu besar butter (bumbun/penuh)
7 sudu besar gula halus

B:
3 biji telur gred A

C:
7 sudu besar (bumbun/penuh) tepung kek/ self raising flour

D:
3 sudu besar susu

E:
Sebiji Parutan kulit orange)
(klu nak buat kek butter kosong, tak yah la boh kulit orange ni)

Cara:
1. Kacau A sampai putih gebu
2. Masukkan telur satu demi satu
3. Selang selikan C dan D
4. Masukkan E
5.  Bakar dalam loyang 6 inch selama 40 - 45 minit suhu 170 darjah celcium.

Ahad kelmarin - 21 Julai - kelas siri kedua DIY Grop Double Chocolate Indulgence. Patutnya 6 orang. Tapi cuma 4 jer yang hadir. Lagi dua ada emergency.








Untuk semua yang join kelas saya sepanjang dua minggu ni...tq tak terhingga atas sokongan anda. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi...