Feb 27, 2011

JADUAL BULAN MAC 2011

Salam dan alooo untuk semua....ni jadual untuk bulan Mac....

1. Kelas  4 kek lapis popular - Asam Manis, Prune, Betawi dan Cadburry ngan Azie dari JB (aziecakebiz.blogspot.com)

TARIKH: 5 Mac 2011 (Sabtu)
MASA: 10 pagi - 5 petang
KELAS: Demo 
HARGA: RM250
DEPOSIT: RM150
TEMPAT: BZEE BAKERY, SEREMBAN 2 (bakery saya, bukan bakery azie di JB yea..aaahaksss...)



(Nota: Kelas ni hanya akan diadakan jika ada penyertaan minimum 6 orang. Sesapa yang berminat boleh sms nama n nyatakan `kek lapis' selewat-lewatnya pada Rabu, 2 Mac 2011). Jangan bayar deposit dulu yea. Nak kumpul bagi cukup minimum 6 orang dulu. Tq

2. Kelas BISKUT RAYA 2011 NGAN KAK ITA (Dari Ita's Delight)

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)

Masa: 10 pagi - 2 petang

Tempat: Bzee Bakery, Seremban 2 (berhadapan kompleks Mahkamah Seremban 2. Kedai saya bahagian belakang yang mengadap tasik CITY PARK)

Yuran:  RM200.00

Sila sahkan kehadiran anda dengan membayar deposit RM100 (bank in ke accout BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195) selewat-lewatnya pada 11 Mac (Jumaat).
(Pas bank in, sms saya (019 282 0053) - Zalina. Nyatakan NAMA ANDA, pastu taip `biskut raya' (senang saya nak tau payment tu untuk apa..)



SENARAI BISKUT TERKINI TAHUN 2011

1. MELLOW BROWNIES
2. PISTACHIOS BITE
3. CEREAL BLEND
4. COCONUT SPREAD
5. CRUNCHIES WHOLEMEAL
6. CHOCOLATE OATMEAL BOMB
7. MACADAMIA D'LITE
8. MAKMUR CHEESE
9. ICE PEANUT CHOCOLATE COOKIES
10. HAZELNUT MALT COOKIES
11. APPLE WRAPPED COOKIES
12. MY HEART COOKIES
13. PECAN NUT ROASTED
14. STRAW NUTTY BERRY COOKIES
15. SUGEE CHILLE HOT COOKIES





(AYUUHHH...jangan berlengah lagi....confirmkan  nama anda segera sebab sehingga sekarang dah 20 ORANG confirm hadir. Tempat terhad...!!!!!.)


3.  KELAS KEK HANDBAG OLEH PME INSTRUCTOR  - FARIDA (planetcakes.blogspot.com)


Kelas: HANDBAG CAKE

Tarikh: 13 Mac (Ahad)

Masa: 9 pagi - 5 petang

Yuran: RM480 seorang

Deposit: RM200 (sila bnkin ke account  BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pada Rabu, 10 Mac 2011). Pas bankn in, sms nama dan `handbag cake' ke nombor saya - 019 282 0053


Peralatan yang perlu dibawa: pizza cutters, medium size fondant roller, gunting, kain lap, brush dan apron

(Kelas hanya akan diadakan jika ada penyertaan minimum 4 orang peserta)


Kelas cream puff n eclairs n testing 2 kek baru...

Salam dan alooo untuk semua....23 orang joint kelas cream puff n eclairs hari ni. Alhamdulillahhhh... Riuh rendah gak sebab antara student yang datang tu ialah student-student lama yang penah blajar ngan saya sebelum ni. Lama gak tak jumpa dia orang ni. Paling awal datang, Eda yang kecoh. Eda kata dia tension tengok promo kat blog saya. ``Tension tengok u tulis boleh buat ibu duit laaa, itu la ini laaa...tu yang i sanggup datang gak ni,''. ...tu laaaa...sapa suruh terpedaya ngan kata-kata saya....ahakssss...

Eda ni sbenaqnya dah tau buat cream puff . Dah lama jual pun. Tapi sebab saya promo baguih punyaaaaa kat blog, dia terpanggil-panggil la untuk datang ke kelas saya. Tapi alhamdulillah, promo saya bukan promo kosong sebab ramai yang suka ngan creampuff n eclairs saya terutamanya cream dia yang DABOMMMM...n malatop....hehehhe...ni mesej Eda n student-student lain kat saya....

Zalina...tak rugilah eda g class cream puff tadi...sodap botul..xpecially filling cream puff....sodapppppp

Ni plak dari Kak Ani:

salam, hari ni nk buat crimpaf n eclairs yg bljar smalam.kbetulan adik2 blik dpat rasa secoet sorang dia orang kta sodap tk puas, kono buat la
 


 Ni mesej dari Aini kat FB:
"Ina, puashati bangat...mmg kelazz creampuff & eclairs you...tak sia2 I joint class semalam


\Dari Zana
Pn Ina...Cream puff/Eclair memang sedap betoi...sampai hubby I yg tak suka mkn pun habis licin disapunya


Dari Noor:

kak zalina..... perfect tul lah gambo akak amik.....bawak balik tak cukuplah puff tu kak...berebut....sodap bebona....ni tgh buat....jadi...seronok...
tq so much kak ina ...tunjuk ajar n tips yg the boms..hehehe


Tmakasih, tmakasih semua....ALHAMDULILLAH....

Sapa-sapa yang terlepas kelas ni, jangan bimbang, nanti saya ulang balik.Bila tu belum tentu lagi. Kalau nak cepat, bleh buat kelas DIY - RM180 (Untuk cream puff n eclairs)

Harap student-student lain pun suka creampuff n eclairs yang dia orang blajar hari ni dan ingat tip n petua sempoi yang saya bagi untuk menghasilkan cream puff yang gebu, lembut dan gumuk-gumuk. Dan juga jangan lupa try buat pastry cream resepi khas saya yang lemak berkrim sampai mak  mertua lalu depan pun tak nampakkkk....ahakssss... Ni buah durian dah banyak orang jual, bleh la campur skali ngan pastry cream tu bagi menambahkan kesedapan tak terhinggaaaa.....hehhehe

Ok, jom layan gambar-gambar tak seberapa sepanjagn kelas. Tak dan ambik gambar banyak sebab sibuk dok buat cream puff 4 adunan supaya kesemua 23 student bleh wak balik banyak skett....
Sebahagian student sibuk nolong saya paipkan filling dalam cream puff n eclairs

Lagi aksi sibuk menyibukkkk.....

Eclairs

Cream puff

Ni hasil yang dibawak balik oleh setiap student hari ni...saya dengar ketua darjah dok agih-agihkan tadi - cream puff sorang 9, eclairs sorang 7....betoi ka dak tak tau....


Ni plak saya saja gatai boh strawberry dalam cream puff tu....sebab ada strawberry lebih saya buat kek. Sedapppp....masam-masam manis....nak boh buah lain pun bleh - kiwi, anggur, peach...fuhhh lagi sodap la jawabnya.

Tadi gak saya bagi peluang student-student rasa 2 kek baru - Strawberry Bavarian Mousse dan Chocolate Mousse. Actually bukan kek baru baru. Dah lama. 2 kek ini antara yang mendapat permintaan masa saya bukak bakery dulu.

Chocolate mousse

Strawberry Bavarian Mousse

Feb 25, 2011

Dari KAY KAY lagiiiii....kali ni Fizah dari Papar...

Salam dan alooo untuk semua.....errrr...la ni musim orang Kaykay datang blajar kaaa...? ahaksss...bukan pa, kelmarin, Lydia, hari ni, Fizah plak. Belajar pun kek yang hampir sama. Bezanya Ldyia ambik Redvelvet, Fizah, Russian black n white....Tu pun list awal Fizah memang sama ngan Ldyia. Dia tukar last minit sebab tergoda tengok kek Russian Black n White. Tak pa lah dik...yang penting bagi tau awal-awal.

FIzah ni bersemangat waja betul. Dia sampai jer kat LCCT, ambik cab n terus ke bakery saya. Dia sampai dalam pukul 2 ptg. Pas tarik nafas jap (hehhehe...dramatik skett), terus sinsing lengan buat kek. Memandangkan Fizah inform saya dia akan sampai lambat, so, saya tolong dia timbangkan bahan siap-siap. Menakjubkan Fizah berjaya siapkan ketiga-tiga kek tu (termasuk hiasan) dalam pukul 5.30 ptg. Chayaaa lah Fizah...

Fokus betul budak ni buat keja. Sepanjang dia dok pulun buat  keja tu kekadang jer dengar sora dia. Tu pun antara dengar ngan tidak jerrr. Pas settle baru dia bersembang. Dan antara ayat pertama yang Fizah cakap ``pas ni nak tunggu tiket murah Airasia .... nak datang blajar ngan akak lagi lah..,'' hheheh...tengkiu dik. Bangga akak dengar...sila lah, silaaaaa...

Ok, jom kita tengok gambar-gambar kelas DIY Fizah yang terror buat kek Tiramisu ni. Fizah banyak jual kek Tiramisu kat kampung dia...1 box RM25. Kalau kat sini, mesti saya dah order dikkk.....
Tengah hias kek Italian Rainbow

Italian Rainbow Fizah

Tengah menung memikirkan macam mana nak wak balik kek ni naik komuter


Kek opera n kek italian rainbow yang sebahagiannya dah dimasukkan dalam plastic container



Fizah tersenyum gembira sebab dah tau macam mana senangnya nak buat kek Russian Black n White ni...senang jer kannn? hehheh

Beginilah akhirnya nasib kek-kek ni. Terpaksa dipotong kechik-kechik n wak masuk dalam plastic container sebab Fizah nak naik komuter gi tidoq kat rumah mak dia di PUtrajaya. Fizah balik Kaykay Ahad ni. Ok, fizah, selamat yaaaa....ada rezeki, kita jumpa lagi....Len kali nak datang, saya nak order Tiramisu Fizah. Dengar dia citer tadi pun rasa macam terliurrr jerrrr....


Msg dari Fizah:
 
Assalammualaikum Kak...

semua kek siap d bahagi,HAPPY dpt feedback yg sangggattt la

bagus..masa kelas macaron dgn kak nomie,fiza sempat bg dia rasa
italian rainbow.Dia kata cntik wrna kek n Sedap..
insyAllah,pastii dtg lg bljr dgn akak..huhuuu moga kak ina masih sudi
menerima khadiran fiza...mohon maaf jika fiza ada buat silap.
 
Alhamdulillah n  tq Dik...mestilah sudiiiiii....sila, sila n silalah datang lagi.... 

Feb 23, 2011

Lydia - diterbangkan khas dari KayKay...sabah

Salam dan aloooo untuk semua...Lydia dah lama book untuk kelas DIY ngan saya. Sanggup terbang dari Kota Kinabalu semata-mata nak blajar 3 kek ngan saya - Italian Rainbow, Opera n Red Velvet. ``Aduhhh...tension saya tiap kali tengok gambar-gambar dalam blog kakak. Tak sabar nak datang blajar...,''. So, hari ni, sampai gak Lydia ngan adik dia Fenn ke Seremban ni.

Brutal budak-budak dua orang ni. Dia orang memang tak pernah langsung datang Seremban. KL tu pernah laa. Main redah jerrr... Mula-mula Lydia kata nak ambik cab dari KL ke Seremban sebab tak dak  idea langsung kat mana tempat saya....Tapi disebabkan rega teksi sampai RM100 - sehala, dia orang suruh drebar teksi tu hantar ke KL Central jerrr...ambik komuter. Lagi senang n murah.Cerdikkk...

Lydia ni memang buat biz kek kat KK. Banyak gak attend class kat sana. Tapi dia kata belum ada yang ajar kek-kek yang saya ajar terutamanya Red Velvet. Sebab tu laaa makin berkobar-kobar semangat sanggup datang belajar ke Seremban ni. Tq yea Lydia sebab sudi datang blajar ngan saya.

Ok, jom layan gambar-gambar sepanjang classs....
Tengah decorate Italian Rainbow

Writing Lydia cantik ....saya suka....keja ngan saya nak...? hehhehe

Lydia ngan kek Opera

Kek Opera yang Lydia buat

Italian Rainbow....Lydia kata, dia start ngan warna traffic light - merah, kuning hijau....

Red Velvet

Bergambar ngan kek yang dah dipotong

Tak sabar-sabar nak rasa RedVelvet...``...sedapnya kakkkkkk,' Ldyia n adik dia Fenn paling suka kek ni. Saya tengok Fenn asyik meratah krim kek ni....hehehhe

Begini jadinya kek-kek yang cantik-cantik tadi. Habis di potong kecik-kecik untuk dimasukkan dalam plastic container.

Lydia ngan adik dia Fenn yang muka macam adik Siti Nurhaliza - Siti Saerah - sedang mempack kek-kek untuk dibawak balik ke KK esok. Dia orang stay kat KL. Balik esok petang. (psssttttt....Fenn ni sbenarnya ponteng kuliah. Dia study kat UMES. Lydia yang paksa Fenn teman datang blajar kek.....bertuah punya kakak....)
Ok, Lydia, harap-harap semua kek-kek tu selamat sampai ke KayKay dan sempat dibagi rasa kat adik  beradik. Lydia ni ada 7 adik beradik. Semua perempuan. Lydia  yang ke-6 n adik dia Fenn ni yang bongsu.
``Bagus kakk semua anak perempuan niii...barang rumah tak cepat rosakkk,'' betul, betul, betul...hehehheh

Suka dengar Lydia n adik dia Fenn bercomunicate loghat Sabah. Den terkonang zaman-zaman penah bekerja kat sana dulu.....

 Msg Ldyia kat saya :

Slm kak...lydia ni..yeahh kami da slmt smpi dkt kk..n siap bagi2 lagi kek2 yg sy bljr tu dgn kwn2 n famli memers...suma ckp sedapp..red velvet x pyh ckplahh..klu bole drg mo mkn sndri x pyh share dgn org lain..hahaha..tamakk kan. tq ya kak coz sudi ajar org yg masi half2 dlm bdng bakeri..ada masa lg ntu sy gi bljr lg kek lain dgn akk..i lav u...ngehehe...


lap u tu lahhh Ldyia...hehhehe.Kirim salam sama itu Siti Saerah...cakap sama dia...jangan ponteng class lagi ...ahakssss...

JANGAN LUPAAAA...kelas cream puff n eclairs

Salam dan aloooo untuk semua  - jangan lupaaaaa kelas CREAM PUFF N ECLAIRS SABTU NI. Antara kelas yang paling mendapat permintaan untuk kelas DIY. Ramai yang suka ngan hasil cream puff n eclairs yang lombut n gobu. Dan ramai gak yang lemah lutut dan cair iman ngan cream custard yang lemak berkrim dan sedap tak terkata-kata...(hehheheh promo lebih sket...) Tapi serius ni...tak chaya, tanya yang penah blajar cream puff ngan saya...insyallah bleh buat ibu duit....(ahaksss.s...promo lagi...)

Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Kelas - Cream Puff dan Eclairs
Harga: RM80 
Deposit: RM40
Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya Jumaat 25 Februari. Kerjasama anda sangat-sangat dihargai sebab saya nak siapkan makanan ringan...
Kelas: Demo sahaja (yang berminat untuk kelas praktikal/buat sendiri boleh joint KELAS DIY - click Kelas DIY di sebelah kanan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KELAS DIY)
cream puff




eclairs

Kandungan kelas:
  1. Jom belajar rahsia buat cream puff yang gebu dan ringan ni. Sesusi untuk kenduri kendara.
  2. Cara membuat custard cream yang sedap, lemak dan berkrim
  3. Anda juga akan belajar cara buat eclairs -yang confirm budak-budak akan suka
  4. Cara menentukan harga untuk jualan terutama untuk creampuff tu sebab ramai yang suka order untuk kenduri kendara....
JANGAN LUPA - bawak plastic container untuk wak balik hasil. Bagi anak-anak, suami n jiran tetangga merasa....

Feb 22, 2011

Student DIY lelaki yang pertama....

Salam dan alooo untuk semua....Azmeer dari Sendayan jadi student lelaki pertama yang ambik DIY ngan saya. Kira dia catat sejarah lah.  Hari tu Din dari Jelebu joint kelas demo kek chocolate. Azmeer  keja kat PD. Fizah, kakak dia yang temankan sepanjang kelas semalam. Dari family bizz dia orang adik beradik ni. Fizah buat bizz frozen. Macam-macam, termasuklah roti canai. Azmeer kata roti canai tu dia yang kibarkan ....hehhehe...baguih, baguih. Ok la turrr...tak kan nak tengok jerrr akak tu kibar roti canai,kannn?

Actually Azmeer ni memang ada background dalam bidang pastry ni. Ada sijil hotel catering dari UITM. Lapan tahun keja kat kitchen hotel di PD, termasuklah kat bahagian pastry. Tapi dah lama gak dia tinggal keja tu sebab dapat keja gomen kat PD. So  la ni nak mendalami balik ilmu pastry n baking ni. Nak try  buat bizz dengan lebih serius. Senang ngajar Azmeer ni. Cepat buat keja. Ya laaah...orang dah biasa keja ngan chef kat hotel. Takat nak buat keja di dapur saya ni, mesti tak dak hal punya. Tapi Azmeer ngaku dia kekok bila orang tengok dia buat keja. So, saya pun buat-buat la tak nampak Azmeer buat keja. Jeling-jeling jerrr...hehheheh. Tapi betui, dia ni kalau saya tak tengok, lagi cepat dia buat berbanding kalau saya dok tengok dia buat keja. Habih dikkk...akan kan cikgu...tak kan tak leh nengok...hehheheh.Tak kisah la dikkk...asalkan keja beresss...

Azmeer ambik DIY kek Opera n Italian Rainbow. Dua lagi deco cake guna steamed buttercream n fondant. Kelas ni rega RM1160


Ni gambar-gambar sepanjang kelas tadi....
Tengah deco Italian Rainbow

Terror gila Azmeer sapu krim...licin bersih...

Ni plak tengah deco kek kawen 3 tingkat steamed buttercream



Dah siapppp

Fondant - Azmeer nak deco yang ringkas n elegance


Hasil kreativiti Azmeerrr....fuuuhhh...lawaaaa walaupun ni lah 1st time buat kek fondant....kalah saya punya.. Nanti akak, sub jer lah kat Azmeerrr.....hehehee

Suka bunga rose maroon Azmeer

Sapuan kek yang perfect

Opera

Azmeer yang berpengalaman buat bizz andaman ngan semua kek yang dia buat semalam. Memang dia ni tangan seni...pegang apa pun menjadi....hehheheh. Ok, dik...semoga suksess yeaaa.....
Msg Azmeer kat saya....

salam kak ina, italian rainbow je bru potong....kek yg lain x potong lagi....
sayang nak potong.......resepi lak tertinggal... nnti org umah saye dtg
ambil..... tqvm atas tunjuk ajaq tadi no....len kali nak blajaq wat carrot cake
plak.....



Ok dik...no problem. Kurang tapak tangan, nyiru saya tadahkan....

Feb 21, 2011

DIY ngan cikgu Noor....

Salam dan alooo untuk semua.... semalam Noor dari  nhayatbestbakinggallery.blogspot.com datang ambik kelas DIY ngan saya. Segan gak saya nak ngajar Noor ni sebab dia ni pun cikgu gak. Tapi memandangkan saya dah biasa ngan dia, saya tabahkan juga hati...hehehhe. Noor sebelum ni penah ambik kelas roti n carrot cake ngan saya.

 Terharu gak bila Noor bagi tau yang carrot cake yang dia penah blajar ngan saya tu mendapat sambutan yang sangat-sangat hebat daripada customer dia. Semua cakap sedap sangat. ``I ikut sebijik-sebijik resepi yang u bagi, tak ubah apa pun. Memang dia orang cakap sedap,''. Alhamdulillahhhhhh....lega saya dengar. Noor ni dulu buat baking class kat rumah jerr, tapi sekarang dah maju setapak lagi. Dia dah sewa kedai. Lupa plak nak tanya add kedai dia kat mana. Kat kedai tu dia buat kelas. So, sesapa yang kat area-area sana bleh gi tengok blog Noor untuk dapatkan further info mengenai kelas Noor.

Untuk kelas semalam, Noor lepas geram ambik sampai 6 kek, termasuk 2 kek baru saya - Russian Black n White Chocolate Cake n Snowy Peach Custard Cream Cake. Kira Noor jadi orang pertama la dapat resepi ni dari saya....Kek-kek lain yang Noor blajar - Red Velvet, Opera, Italian rainbown n German Blackforest. Pastry plak Noor ambik Cream puff n eclairs.

 Kami start pukul 10 pagi. Kena buat keja laju  sebab Noor kata dia nak balik awal. Sib baik ada bibik baru saya yang membantu. Noor nak kena balik awal sebab anak-anak nak sekolah. Semalam anak-anak n suami Noor ikut skali. Suka tengok anak-anak dara Noor yang comei macam mak dia gak. Tertib n sopan jerrr budak-budak ni...

 Ok, jom kita tengok gambar-gambar kek yang Noor dah buat. Saya sempat ambik 2 gambar jer...gambar-gambar kek potong yang lain, Noor yang emel kat saya. TQVM Noor....suka dengar citer u n your hubby.....loving couple...

Noor yang sweeeeeeettttt  ngan semua hasil kerja keras....
Cream puff

German Blackforest

Snowy Peach Custard Cream Cake

Opera

Russian black n White



Italian Rainbow


Red Velvet
 Ni emel Noor kat saya...

Asslmkum Ina...foto2 ni pagi td baru i ambil sbb tiba gumah mlm smlm pkul 10, dah potong sekeping2 tapi kek2 tu masih lmbik sgt krimnya so, mlm2 i n hubby pi hantar kat kdai, sbb gumah dah 'lapang'..hahahahaa..tp we all anak branak dah gasa2 kek2 tu, smua kata 'SEDAPNYA...' n hubby i suka sgt opera n snowy peach tu..i pun...'speechlees uu''' nyum2.. BEST, cream puff n eclairs u tinggal kotak je yg anak2 i tak makan...hehehee;-)  so, foto2 yg i bg ni lepas simpan smalaman kat kdai, baru nampak 'cantik'nya kek2 tu..mmg CLASS....orait Ina, tq vry much for being my sifu...smoga silaturrahim ini terus tjalin baik, ikhlas n kekal ke akhir hayat n semoga Zalina Yahaya dan Noor Hayati Yahya ( adik beradik la kitaaa..hehehe) akan terus2 dimurahkan rezeki Allah selama2nya. Amiinnn... tq2.. 

Ak aaaa laaaa...kebetulan plak...nama bapak kita sama...hehheheh...Tq Noor sebab sudi berguru ngan saya walaupun ilmu saya ni tak la setinggi mana. Insyallah kita akan sentiasa dimurahkan rezeki..aminnnnnn