Aug 30, 2012

DIY ngan bakal doktor yang minat baking n masak...

Asskum dan alooo untuk semua...Rai (Raihana) student medic kat Russia tengah bercuti sekarang ni. Memang minat baking n memasak segala macam masakan. Budak ni siap ambik tempahan katering lagi kat sana. Fuhhhhhh....rajin sungguh. Ada lagi masa dia tuuuu...respect betul laaaa..

Memandangkan bidang baking pun memang Rai minat gila, so dia ambik kesempatan bercuti ni untuk berDIY ngan saya. Sebelum ni Rai ada masuk kelas demo saya. Dah lama dia target nak masuk kelas DIY ni. Kali ni baru kena ngan jadual dia n jadual saya.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar walaupun Rai tengah demam tak kebah. Tapi kata Rai, sebab nak datang kelas ni, dia lupa semua demam - tq...terharu akak dik...hehhehhe

Rai belajar benda heavy gak hari ni. Dia ambik package sweet bun, baked oreo cheesecake, painted rolls dan strawberry mika mousse. Kecuali baked oreo cheesecake, semua yang Rai ambik ni melibatkan keja-keja mengulit....tapi cepat jer kami habis. Sebelum kul 5 ptg dah settle semua. Alhamdulillah. Rai dah biasa bab-bab membaking ni. Kat sana kata Rai, dia banyak terima order kek-kek yang dia belajar dari saya terutamanya Italian Rainbow n Chocolate Indulgence. Alhamdulillahhh...dah sampai ke Russia kek saya ni nooo....hehheh. So pas ni Rai plan nak jual roti plakk...


Painted rolls


Baked Oreo Cheesecake

Rai ngan bun panas-panaszzzz

Tak nak lepas peluang rasa bun yang berasap baru kluaq oven...

Aug 28, 2012

KELAS DIY SEPTEMBER DAH PENUH...





Harap maaf, kelas DIY untuk sepanjang bulan September dah penuh. Tarikh-tarikh baru DIY akan dimaklumkan tak lama lagi.

Tq atas sokongan anda semua....

Zalina

DIY ngan abang Rashid...

Asskum dan aloooo untuk semua....hari ni giliran abang Rashid dari Nilai untuk berdiy. Dia blajar 3 jenis kek. Double Indulgence Chocolate Cake, Russian Black n White n Zebra Mambo Marble Cake.

Rajin sungguh abang Rashid neh. Dia blajar untuk suka-suka saja sebab memang minat baking n masak memasak ni....Selalu masak untuk jamu kengkawan dan sedara mara. Fuhhh best sapa jadi kengkawan abang Rashid neh...bleh selalu makan freee...


Rusian BW
Double Indulgence

Zebra Mambo Marble Cake

Abang Rashid tengah cocentrate hias Russian BW

DIY pertama pas raya...

Asskum dan alooo untuk semua....Hari ni kelas pertama saya pas raya. Patutnya hari Isnin saya tak buat kelas. Tapi ni kelas ganti sebab saya akan bercuti lagi pada Jumaat ni. Nak ke JB. Anak sedara nikah. Terus ambik cuti dari Khamis ni. Nak buatkan kek dan hantaran sket untuk dia.

Hari ni berDIY ngan Fadlina.Orang Jasin, Melaka. Tapi bekerja di Terengganu. Dia balik beraya. So alang-alang dah cuti ni terus dia ambik kelas DIY ngan saya. Memang dah biasa bake n selalu ambik tempahan. Cepat jer dia buat keja.

Hari ni Fadlina blajar 6 jenis semuanya - Italian Rainbow, Opera, Russian Black n White, Double Indulgence, Pavlova dan crunchy salted caramel brownies.

Untuk Italian Rainbow tu, Fadlina nak buat yang versi ombre - colour tone tu. Dia pilih colour hijau. Sesuai dengan mood raya....


Fadlina tengah melepa double indulgence


Italian Rainbow versi ombre

Crunchy Salted Caramel

Opera

Pavlova

Russian Black n White

Double Indulgence
Hasil DIY hari neh...

Ni plak zebra mambo - cousin nak rasa...

Aug 19, 2012

Durian crepes - nantikan kemunculan kelas pertama..

Asskm dan alloooo untuk semua...

Bagi mereka yang penah merasa keenakan durian crepes, nantikan kemunculan kelas pertama pas raya neh...insyallah minggu ketiga pas raya. Maklmat lanjut saya akan maklumkan tak lama lagi.

Jom belajar cara buat crepes yang halus mulus gabungan 5 jenis tepung terhalus. Saya tidak menggunakan tepung gandum...Juga pelajari tips-tips penting buat crepes supaya tak jadi macam kulit kuih ketayap....

Pas ni bleh buat sendiri dan makan puas-puas...tak yah beli lagi. Insyallah feedback yang diberikan oleh tester-tester yang dah penah makan durian crepes kat MidValley tu - rasa dia sama..

 Dan, pas makan puas-puas bleh start juallll....masyukkkk.....


Duriah crepes yang yummmehhhhh

Crepes yang halus mulus....

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Asskm dan alooo untuk semua....



Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang mengenali saya. Dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan, saya mohon maaf zahir dan batin atas segala kesalahan saya.

Semoga kita terus cemerlang, gemilang dan diberkati Allah dunia akhirat.

Zalina Yahaya

Aug 11, 2012

Class Esok 12 OGOS DIBATALKAN

Hi semua,

Al-fatihah...mak mertua saya telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Sehubungan itu saya terpaksa menunda class esok(12 Ogos) ke tarikh lain yang akan dimaklumkan nanti.
Sila SMSkan nama penuh, bank & no akaun serta jumlah deposit yang telah dibuat untuk saya pulangkan deposit anda.
Pemulangan deposit akan dibuat mulai Isnin...Insyaallah.
Segala kesulitan amat dikesali.

Aug 10, 2012

TARIKH BARU DIY OGOS DAN SEPTEMBER

Askm dan alooo untuk semua...

Saya senaraikan tarikh-tarikh baru untu kelas DIY untuk yang berminat nak daftar. SEMUA TARIKH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN... (saya akan pulangkan deposit sekiranya saya terpaksa membatalkan kelas)

1. Semua kelas DIY akan bermula pada pukul 11 pagi sehingga selesai
2. Sila bawak apron

 Mcm mana nak daftar untuk kelas DIY

i. Klik kat Apa itu Kelas DIY (under Labels, atas sekali sebelah kanan)

ii. Pilih apa yang nak blajar daripada senarai yang dinyatakan. Minimum 2 kek dan maksimum 8 kek. Anda juga boleh ke facebook saya - Zalina Yahaya untuk lihat album kelas-kelas terbaru yang saya tawarkan.

iii. Emel saya - bzeebakery@gmail.com. Nyatakan apa yang anda nak belajar dan TARIKH yang nak. Saya akan reply dan bagi sebut harga.

iv. Kalau setuju, bayar 1/2 deposit untuk book date yang anda pilih....(memandangkan akan ada yang akan mintak tarikh yang sama, saya hanya akan bookkan date untuk mereka yang bayar deposit dulu)

OGOS

ISNIN 27 OGOS  - Full
SELASA 28 OGOS - Dah dibook tapi boleh menyelit
RABU 29 OGOS - Full

SEPTEMBER
(MINGGU PERTAMA) 

SELASA 4 SEPTEMBER - Full
RABU 5 SEPTEMBER
KHAMIS 6 SEPTEMBER
JUMAAT 7 SEPTEMBER- dah dibook tapi boleh menyelit


MINGGU KEDUA
SELASA 11 SEPTEMBER
RABU 12 SEPTEMBER - Full
KHAMIS 13 SEPTEMBER - Full
JUMAAT 14 SEPTEMBER - Dah dibooked tapi masih boleh menyelit

MINGGU KETIGA
SELASA 18 SEPTEMBER - Full
RABU 19 SEPTEMBER
KHAMIS 20 SEPTEMBER
 JUMAAT 21 SEPTEMBER - Full


MINGGU KEEMPAT
SELASA 25 SEPTEMBER
RABU 26 SEPTEMBER - Dah dibook tapi masih boleh menyelit
KHAMIS 27 SEPTEMBER - Dah dibook tapi masih boleh menyelit
JUMAAT 28 SEPTEMBER - Full

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya - Zalina Yahaya - 019 282 0053

Aug 8, 2012

DIY last sebelum cuti raya....

Asskm dan aloooooo untuk semua.....Sorry lama tak update blog. Internet line buat halll....mula-mula ingatkan sebab bill kena potong. Tapi check-check kat billl rupanya dah terlebih banyak RM70. So, tengok-tengok hubby kata sebab modem....hmmmmm....nak kena kluaq duit lagi la nampaknya...

Ok, jumaat lepas (3 Ogos) saya berDIY ngan Rashidah..Ni 2nd time dia berDIY ngan saya. Kali ni Rashidah ambik package kek marble, puff pastry dan kek pisang ibu duit.

Ni gambar hasil kelas minggu lepas....

Package 4 kek marble
Zebra Mambo

Marble Seroja

Soft Marble

Marble Labenese

kek pisang ibu duit

Chicken pie

Sardine PUff

Portugese Egg Tart

Aug 2, 2012

DIY ngan Shima yang suka tengok gambar kek bila tension....

Asskm dan alooo untuk semuaaa....Shima dari Kelang ni ada cara unik untuk hilangkan tension. Tak kira laaah tension hal peribadi ker, tension kena marah ngan boss ker atau tension kena mara ngan customer kat tempat keja...

``Saya akan bukak Internet n tengok kek terutamanya kek-kek akak lerrr,''' kata Shima. Tergelak saya.
``.....hehehhe..betoi ka....'' saya tanya.

``Yea kak...betul...semua kawan-kawan saya tahu. Dia orang selau gelakkan saya sebab asyik tengok gambar kek, tapi tak pandai langsung buat kek. haaa...pas ni dia orang tak boleh gelakkan saya lagi....saya dah tau buat kek...,'' kata Shima. Hehehhe...bagus semangat Shima neh....

Shima crita dah lama dia teringin nak berDIY ngan saya. Dok asyik tengok blog saya sejak hujung tahun lepah lagi. Dok teragak-agak. Nak book ker tidak date DIY ni. Nak book jerr, penuh, nak book jerr dah penuh. Pastu bulan 5 lepas dia nekad. Dia book date 2 Ogos ni. Siap bagi tau ngan bos mintak cuti.

``Puasa pun puasa lah kak...saya tak mau tunggu lagi,'' kata Shima

Shima kata ni lah 1st time dia bake. Tapi ok gak. Dia tak nampak kekok sangat. Melepa pun, saya ajar sekali dua, dia dah dapat rentak. Cuma kena buat selalu la baru bleh perfect.

Hari ni Shima blajar Red Velvet, Chocolate Indulgence, Marble Cheese Cake dan Pecan Heaven.

Jom tengok hasil kek yang Shima buat...

Shima yang awet muda....ingatkan bujang trang tang tang lagi...rupanya dah ada anak sorang...

Marble Cheese Cake

RV


Pecan Heaven

Chocolate Indulgence....lamanya tak ajar kek ni....sekarang ni orang selalu request Double Indulgence
Untuk Shima, pas ni tak yah tengok gambar kek lagi untuk hilangkan tension....buat jer kek yang blajar hari ni, pastu makan...lagi hilang stresss...hehhehe


Aug 1, 2012

Chobaan tukar design Italian Rainbow ke corak Ombre

Asskum dan aloooo untuk semuaaaaa...Alhamdulillah hari ni saya berpeluang pujuk student DIY,  Zairina untuk tukar colour kek Italian Rainbow ke colour Ombre yang tengah top sekarang.  Colour ombre ni merujuk pada tone colour tak kira lah daripada cerah ke terang ker atau terang ke cerah.Saya tak buat dikrim, tapi saya soh Zairina cuba kat kek. Dia setuju n pilih colour pink.

Hasilnya....SWEEEETTTTT sangat...so pas ni klu rajin, u allzzz boleh try colour-colour lain yang lebih ceria. Bagi yang penah belajar Italian Rainbow ngan saya, u allzz bleh buat sama ada 6 atau 5 colour - klu 6 colour, timbangan adunan tetap 250gm. Tapi kalau nak buat 5 colour saja, timbangan lebih kurang 310gm.

Pas tu start colourkan adunan ngan colour yang paling muda. Last kali yang paling terang. Masa melapis tu, susun la bagi nampak ada tone...ni hasil yang dibuat petang tadi...



sweeettt kannnn....?



Selain Italian Rainbow, Zairina juga blajr 3 items lain - Carrot Walnut With Cream Cheese, Opera dan Pavlova.


Opera

Carrot Walnut With Cream Cheese

Ni lah Zairina tengah mengOMBRE kan Italian Rainbow dia....tq dik sebab brani mencuba....
Untuk anda semua....cuba la buat untuk raya ni...mesti ramai yang suka....

DIY last bulan Julai ngan Melissa Goh

Asskm dan alloooo untuk semua....pejam celik, pejam celik, dah habis bulan 7...fuhhh..cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sangat sambut tahun baru. Posa pun dah nak masuk setengah bulan. Arrrgggghhh....banyak kerja masih belum slosai neh...

Tak pa....insyallah, akan diselesaikan juga nanti....Hari last bulan Julai hari ni saya berDIY ngan Melissa Goh. Bapak Melissa Chinese.Mak Melissa Melayu. Masa CNY hari tu, dia penah bagi saya kuih sepit....punya lah sedap....rangup, ringan, lemakdan manis yang cukup sempurna. Saya tak penah makan kuih sepit sedap macam tu....serius...Sampai la teringat-ringat...Ni nenek dia yang buat. Dia tak buat jual pun. Memang buat kalau sambut CNY. Kalau la ada peluang, nak saja saya p menuntut ngan nenek Melissa neh. Saya soh Melissa blajaq buat kuih tradisi ni. Bukan senang nak dapat kuih sepit yang perfect macam tu....tak tau la budak ni p blajaq ka dak...rugi ooo tak blajaqqq...

Hari ni Melissa blajaq dua package yang berbeza. Satu package Puff Pastry - Chicken Pie, Sardine Puff dan Portugese Egg Tart dan satu lagi Package Muffin - Blueberry, Banana Walnut, Orange Poppy Seed, Chocolate Chips dan Coffee Oreo Chocolat Chips.

Ni hasil kerja hari neh....

Assorted Muffin

Choc Chips Muffin

Blueberry Muffin

Orange Poppy Seed

Banana Walnut n Poppy Seed Muffin

COffee Oreo Muffin

Chicken Pie

Sardine PUff

Favourite saya - Portugese Egg Tart