Aug 25, 2009

Hamper special request dari customer



Ni untuk VVVVVIP (banyak Vnya...hehhe) - kotak ukir perak yang dalamnya diisi dengan buah-buah kering - kurma Mariami, buah Teen dan buah apricot kering Turki




Mangkuk tingkat (orang kampung saya panggil Sia') yang diperbuat dari buluh. Ada 2 jenis biskut home made, kek buah, buah rotan, serunding daging dan kurma Rotub. Untuk majlis berbuka puasa.




Ni plak untuk VIP (satu jer V nyerr...) - kotak perak berukir diisi dengan kurma Mariami


Salam dan alooo....

Selain dok pulun buat biskut raya untuk hamper, saya dah start buat hamper-hamper untuk customer. Walaupun dah ada katalog khas untuk hamper raya edisi 2009, ada juga regular customer yang nak saya buat special untuk dia orang. Memandangkan order dia orang lebih daripada RM5k, maka dengan rela hati saya pun buatlah khusus untuk dia orang. So, ni lah antara hasil-hasilnya....

Aug 20, 2009

JUALAN BISKUT RAYA

Cornflakes Almond
Almond Sizzling

Chocolate Square

Hawaian Coconut

Green Pearl
Malatop

Black Pistahcio

Blueberry Tart

Salam dan aloo untuk semua,
Kepada sesapa yang berminat nak beli biskut `tunjuk-tunjuk' (hehehhe), bleh datang ke Bzee Bakery untuk pilih pelbagai jenis biskut yang ada. Biskut-biskut raya akan mula dijual pada minggu ke-2 Ramadhan. Semua biskut harga RM24/box. Kandungan minimum 50 keping.
Semua biskut guna butter Anchor dan bahan-bahan lain yang bermutu tinggi.

Aug 19, 2009

Adik Bzeebakery - RibenManis dalam Kosmo, Utusan dan Harmoni




Kosmo, 18 Ogos 2009


Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009


Harmoni - keluaran khas raya - September 2009

Salam dan alooo untuk semua...,
Just nak perkenalkan `adik' kepada bzeebakery - RibenManis - satu lagi cabang perniagaan saya. Tapi ni khusus untuk hamper dan cenderahati. Dah masuk tahun ke 4 saya buat bisnes pembungkusan hamper ni, tapi sebelum ni saya letak bawah Bzeebakery saja. Tapi tahun ni, supaya lebih organised lagi dan senang nak manage, saya perkenalkan RibenManis. So, kiranya, kakaknya - Bzeebakery buat biskut n produk-produk bakery dan supply kat RibenManis la...

Aktiviti pembungkusan hamper ni bukan sahaja terhad masa raya Aidilfitri saja, tapi perayaan-perayaan lain pun kami dapat tempahan - Chinese New Year, Deepavali, Birthday, majlis perasmian tertentu n macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah, yang banyak dan rancaknya mestilah masa perayaan Aidilfitri.

So, sesapa yang berminat dengan hamper, bleh lawati blog http://ribenmanis.blogspot.com/. Sesapa yang nak jadi agen pun bleh. Call saya untuk keterangan lanjut.

Aug 17, 2009

Bzee Bakery dalam SAJI








Salam dan aloooo.....sajer jer nak tunjuk (bukan menunjukk yeaa...hehhehe), sempena bumper isu raya , majalah masakan paling popular - SAJI SEPTEMBER ni, saya ada buat sumbangan sket. Ada 12 jenis resepi biskut ciptaan saya dalam SAJI bulan ni. Semua resepi tu ada kat mukasurat 6 sampailah ke muka 16. Selain saya, ramai lagi cikgu-cikgu dan pakar-pakar buat biskut raya turut menyumbang resepi masing-masing.

So, jangan berlengah lagi, dapatkan segera SAJI bulan keluaran SEPTEMBER 2009 dikedai-kedai berhampiran anda (hehehe, macam iklan la pulak....)

Aug 14, 2009

TIADA LAIN MELAINKAN CHOCOLATE SEMATA-MATA.....

Hamper untuk VVIP....sorry ler, tak elok bebenor gambarnya....lighting out...yang real cantik n grand tau....hehhehe

Ni kek chocolate untuk Tasha, anak menakan pupu saya....(anak sepupu saya...orang kedah kata anak menakan pupu.....bukan kupu-kupu aaa....)


Satu lagi kek chocolate. Tak cukup ngan chocolate itam, boh lagi chocolate putih..

Salam dan alooo untuk semua. Sorry lama tak updatekan blog. Minggu ni minggu buat presentation hamper raya kat client-client....(presentation jerr...belum confirm lagi.....harap-harap dapat la...) Sambil-sambil tu ambik gak tempahan dari customer. Yang terbaru dari Liza petang tadi. Liza call masa saya on the way balik dari Putrajaya buat presentation. Masa tu dah dekat pukul 3 ptg. Liza nak kek kawen steamed buttercream. Dia nak ambik esok. Tapi memandangkan saya nak balik Sungai Petani jap esok-esok pagi, so kena la siapkan juga hari ni. Saya suruh dia ambik sebelum maghrib. Sib baik Liza ni tak cerewet. Dia kata buat la kek apa pun. Colour...? saya tanya. ``Akak buat lah colour apa pun...janji ada''. Heheeheheh....sempoi betoi Liza ni. Tak penah saya jumpa orang nak kek kawen yang suruh saya buat colour apa yang saya suka.... So, balik dari Putrajaya apa lagi bersilat la. Alhamdulillah berjaya siapkan, tapi saya lupa nak snap foto. Kalut sket sebab pastu kena siapkan 50 cupcakes untuk Suzana. Suzana nak tema boys n girls. Yang ni pun lupa nak snap gambau....Rugi betoi....


Yang teringat nak snap, dua kek chocolate yang last tu...Dua kek chocolate ni memang kek chocolate sungguh-sungguh laaa....tiada chocolate melainkan chocolate semata-mata....Satu untuk Tasha n satu lagi untuk house warming parti kawan sepupu saya - Azmi atau lebih mesra lagi - MIE HEILAM.....


Pas siap ngan kek-kek tu, terus sambung buat hamper untuk VVIP. Nak pakai Isnin ni. Abih, dah nak balik Sungai Petani, kena la pulun buat hari ni gak...Fuhhh.....tapi alhamdulillah, semua keja settle...Bleh balik SP dengan tenang. Tapi Ahad dah kena balik mai Somban....arrrrrggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.......boring betoi....!!!!!

Aug 7, 2009

KEK, KEK DAN KEK LAGI....

Kek chocolate moist dengan steamed buttercream
Kek chocolate moist steamed buttercream untuk Fara

Ni plak kek Fara - chocolate moist ngan steamed buttercream


Kek tunang Suharti

Salam dan aloo untuk semua. Minggu ni `kenyang' buat kek, Semua kek steamedbuttercream. Kek kawen tiga tingkat untuk Fara n Nissa. Fara nak kek chocolate moist guna steamed buttercream kaler orange. Tapi tak nak tiang... Untuk pihak lelaki plak, Fara kata husband (masa order tu, belum la husband lagi yea...hehhehe - fara nikah malam ni - Jumaat, 7 Ogos) dia nak colour turqoise. Nak bunga lily, dua tingkat n nak tiang.


Nissa pula pilih kaler light pink. Kek chocolate gak. Tiga tingkat steamed buttercream. Tapi Nissa ni pilih tema bunga lain sket - ala-ala bunga sakura gitu....


Selain itu, minggu ni gak, sorang lagi customer, Suharti order kek tunang. Dia nak dua kilo kek butter cuppucino. Tema colour, kuning.


Aug 2, 2009

PAKEJ KEK-KEK RAYA POPULAR dan lain-lain ....

Muffin kurma

Kek Carrot Walnut ngan cream cheese topping


Kek tunang anak Kak Pah


Pakej 5 jenis kek raya popular - carrot walnut with cream cheese, prune ngan cream, pisang walnut , american chocolate n kek pelangi


Salam dan aloo untuk semua...kelas pakej kek-kek raya popular tu saya tak jadi buat Sabtu sebab ada hal emergency. So tunda buat hari ni (Ahad). Tapi dek kerana tak nak kecewakan student-student yang nak buat persiapan raya, saya, gantikan hari ni. Semuanya lima jenis - Kek Carrot, kek prune, kek chocolate moist, kek pisang walnut n kek pelangi. So, untuk student student hari ni selamat mencuba - jangan tak cuba. Dr. Fadhillah Kamsah kata ilmu kalau tak diamalkan dalam masa 24 jam, kita akan lupa....hehehhe (ni mesti ramai yang tak setuju ngan saya....mana la larat nak buat 5 kek dalam masa sehari....kannnn? Tak pa....paham, paham....yang penting cuba. Kalau ada yang tak clear, call saya....)

O.k, selain kelas, minggu ni saya ada beberapa kek saya siapkan untuk customer, selain dok pulun buat cookies untuk persiapan hamper raya. Salah satunya kek tunang guna teknik steamed buttercream anak Kak Pah yang bertunang dengan orang Kuala Pilah. Tema colour - cream n silver. Kak Pah penah order kek akad nikah n kek kawen 3 tiga tingkat untuk anak sedara dia sebelum ni. Senang berurusan ngan Kak Pah ni, dia just call saya n cakap nak colour apa. Design dia serah pada saya jer. Kata Kak Pah, lepas raya ni ada lagi 2 orang anak (....kerrr anak sedara dia aaa..lupa la plakkk), yang nak kawen....(kerr nak tunang....hehhheh lupa lagi...). Untuk Kak Pah, terima kasih daun keladi.

Minggu lepas gak, customer dari Hospital Besar Tuanku Jaafar order carrot cake n kurma muffin. Kek Carrot tu dia nak potong kecik-kecik pastu nak carrot....so, kena la gentel carrot kecik-kecikk....