Nov 16, 2009

KENDURI KAWEN DI TAMAN TASIK TITIWANGSA...

Salam dan aloo untuk semua...

Semalam saya dan husband menjalankan `tanggungjawab' terakhir sebagai `pilot' n co-pilot untuk pengantin Jijie n wife dia Ijan. Ni kira kenduri belah pengantin lelaki - Jijie. Dia buat kat Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Best n happening gak buat kenduri kat luar ni.

Yea la pikir-pikir balik, tak yah penat-penat nak kemas rumah lepas kenduri. Tempat parking n kawasan luas. Kalau u all penah p naik Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, aaa...kat situ la dia orang sewakan untuk majlis perkahwinan. Kalau sapa-sapa nak info lebih lanjut bleh call pihak pengurusan Taman Tasik Titiwangsa - 03 - 4023 8294.

Sewa tapak RM400. Kalau nak bandingkan sewa kat dewan memang murah. Catering plak - RM25 sekepala. Tapi pakej catering ni, kita cari la mana yang kita suka ikut bajet masing-masing.




 Ni pandangan dari pintu masuk. Khemah kat tengah-tengah tu ada pelamin. Meja untk makan beradap plak kat belah kanan.





Ni meja makan beradap. Bunga kat depan tu fresh tau, bukan plastik....

Selain Taman Tasik Titiwangsa ni, kalau sapa-sapa nak buat garden wedding atau nak konsep open macam ni bleh gak try call tanya dua lagi tempat  ni:

Taman Tasik Permaisuri, Cheras - 03-9173 1571
Taman Warisan Putrajaya - 03-8887 7000

Saya n husband sampai kat Taman Tasik Titiwangsa lebih kurang pukul 12.30 tgh hari. Tunggu pengantin dari hotel dalam 1/2 jam. Pastu pengantin datang dengan pengapit n mak andam. Bukan sahaja pengantin yang kena make-up, tapi keta husband saya pun kena make-up gak. Mak Andam boh riben di keempat-empat pintu. Kat depan plak riben besar. Pastu kami berarak ngan rombongan pengantin perempuan dari Pahang ke tapak kenduri.

Sampai sana, ingat dah selesai tugas kami, so saya n husband nak p makan. Tapi tetiba sedara Jijie bagi tau kami kena dok makan kat meja pengantin. Puaih la bagi macam-macam alasan tak mau...tapi tak berjaya. (Jijie ni memang nak kena..... nanti kooo....!!!) Kami kena gak dok sebaris ngan pengantin.

Tapi o.k gak.dapat makan special. Masa saya n husband kat meja makan beradab dulu, masing-masing segan nak makan. Tapi sekarang...pulun aaa....orang mana penduli...Orang tengok pengantin jerrr...yea dak... Sedap makan ayam golek, udang panjat, rendang daging, dessert n macam-macam lagi lah...Semua dihidangkan oleh dayang-dayang...hehehhe




Pandangan hadapan khemah meja pengantin






Antara makanan-makanan yang kat meja pengantin. Bawah sekali tu tapai. Sedap


Saya suka centrepiece kat meja bulat kat depan meja pengantin ni...Nampak klasik. Kalau buat malam lagi best kannn...? Bleh boh lilin..




Saya n husbad kekenyangan....

Pas settle makan, penganti p potong kek plak...Saya ambik gambar jer, pastu kami pun balik tidoqqq....best....tidoq dalam kekenyangan... (aktiviti yang sangat sesuai untuk menambahkan berat badan....)



Nov 15, 2009

KELAS HIAS KEK GUNA BUTTERCREAM

Salam dan aloo untuk semua... Meriah kelas hias kek guna buttercream semalam. Sonok pun ada gak tengok gelagat student-student saya - Kak Ani (dia ni agen maid- sapa nak maid, call saya. Saya plak agen Kak Ani..hehhhe), Maziaton, Suri, Haliza, Diana n Aida pulun menghias kek. Saya start kelas dengan bagi penerangan mengenai cara-cara buat buttercream dan kek sponge. Banyak petua-petua saya perturunkan untuk  buat buttercrean dan cara untudapatkan kek sponge yang cantik.

Pastu tu student start practise paip border kek. Dah teror, dia orang buat bunga plak.


(Dari kanan kiri ke kanan - Maziaton, Noraini n Haliza tengah picit bunga. Kena buat sampai boleh....)

Pastu lepas makan tengah hari, masing-masing mula potong kek n sapu krim...



Ni bunga ros yang dibuat Aida. Cantik kannn....?


Badan kena tegak...pegang spatula kena betul n turntable kena pusilng....aaaa....baru betul n gerenti kek jadi licin

Lepas dah settle sapu kek bagi kemas-kemas, student mula menghias kek dengan border yang dia orang blajar tadi dan letakkan bunga-bunga yang dia orang dah buat.




Antara aksi-aksi pulun memulun student dalam kelas semalam....

Dan ni lah hasil titik peluh student (sbenarnya tak berpeluln punnnn....kelas saya ada air condition sepenuhnya.....)




                                   

So pada student-student, jangan lupa baling rumah buat yeaa....Selalu saya ingatkan kat student kalau nak buat cake decoration ni yang penting ialah kena selalu buat.. Blajar banyak kali pun kalau tak  buat selalu, confirm kita akan lupa. Lagi lama simpan n tak practise, lagi kita akan lupa....


Nov 14, 2009

MABUK BUNGA....LAGI DAN LAGI

Salam dan alooo untuk semua... hari ni hati rasa berbunga-bunga....hehehe....sbenornya, hari ni saya start memindahkan bunga-bunga ros ke cupcake dan tambah hiasan-hiasan lain yang patut. Temanya semua bunga, bunga dan bunga lagi....Tersenguk-senguk gak memicit piping beg buat bunga-bunga ni sorang-sorang. (sib baik dalam tengah hari sket, Kak Long, dia pun nak bukak bakery gak kat area kedai saya, datang lepak sembang-sembang. Tak la ngantuk sangat..)

Selain bunga ros merah besar, ada dua bunga kecik (pink n purple dan daun hijau.)

Selain tu, nak bagi meriah lagi, saya tambahkan bunga fondant kecik dua kuntum. Kiranya hiasan untuk cupcake Jijie ni gabungan steamed buttercream (untuk cupcake), buttercream (bunga dan daun) dan sugar paste/fondant.



Saya buat slow-slow sambil layan radio Hot FM. Best dengar lagu Kris Dayanti (.Aku Wanita Biasa) n ex- husband dia Anang - Separuh Jiwaku Pergi.... Sian kat si Anang ni kannnn...Sapa-sapa yang tak penah dengar lagu Anang, cepat-cepat cari....best ooo....

Sambil layan lagu n sembang ngan Kak Long (Kak Long singgah jap saja - dalam sejam), akhirnya saya berjaya menghias 305 biji  (5 biji kasi free)  cupcake untuk Jijie yang akan bersanding di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ni. Memandangkan majlis akan diadakan diluar rumah yang sememangnya akan terdedah pada cahaya panas, maka sebab tu saya guna steamedbuttercream. Bunga plak saya guna krim khas yang memang tahan panas dan tak mudah cair. Kalau nak guna fondant bleh, tapi reganya mahal la dik nun.....Kalau hiasan macam ni, saya akan charge RM3.80 satu. Tapi memandangkan  ni buttercream, saya charge RM2.20 jer satu. (Ni skali ngan bekas.....)


Cupcake yang dah siap dihias...haaaaahhh.....lega satu part. Cuma tunggu nak boh dalam bekas container jer...


Yang blakang tu dah siap boh dalam container, yang depan ni belum....chupp nak p minum jap....


Yahooo....semua dah siap. Pas ni masuk kotak....LEGAAAAA...

Tapi kan puan-puan (hehehe....tetiba la plak kannnn...)  masa dah penghujung-penghujung nak habis menghias tu, tetiba saya rasa sayu.... Tau tak pasai pa....? Saya rasa sayu pada diri sendiri sebab bila pikir-pikir balik, saya ni dok la sibuk buat cupcake lawa-lawa kat orang. Tapi kat saya sendiri bila nak makan cupcake, ambik yang lebih-lebih tak jadi jer...Maka tiba-tiba timbul semangat dan azam....Ada tujuh biji cupcake xtra. Saya berjanji pada diri saya, pas settle cupcake Jijie ni, saya nak buat cupcake cantik-cantik n banyak bunga untuk diri sendiri. Dan inilah hasilnya....


Ni cupcake untuk saya sendiri....

Pastu, untuk memuaskan lagi hati, saya terus capai sudu kecik dan makan cupcake yang ada bunga banyak tu....Fuhhhhh.....sedapnya cupcake yang ada bunga ni...... (ni kes puji diri sendiri...!!!!). Selama ni saya makan cupcake reject jerrr....Rasa puaih hati. sangat...



 Fuhhhh....sedapnya cupcake yang ada bunga....!!! (saya cadangkan kepada mereka-mereka yang buat cupcake cantik-cantik kat orang, skali skala kesiankanlah diri anda. Bagi lah dia makan cupcake yang cantik skali skala....Lagi pun, kan anda sendiri yang buat cupcake tu....tak kan orang jer dapat rasa....., sekian, terima kasih....hehheheheh).


Tapi....biasalah kita yang buat kek ni, mana larat nak makan banyak-banyak. Dah jemu. Bleh perabih satu jer....Yang lainnya, saya masuk dalam bekas. Tak tau nak bagi sapa.....Nantilah saya pikirkan...


Cupcake untuk saya yagn siap masuk bekas....Nak bagi pada diri sendiri dah tak larat nak makan....

Pas settled cupcake ni kena ngemas....Arrrrgggghhhhh....(ada sapa-sapa yang nak keja ngan saya....- tolong hantar resume...). Tapi keja tak habih lagi ni. Nak bakar kek sponge untuk kelas esok. Ada 6 orang student. Saya buat dua adunan sponge vanila.



Kek sponge vanila untuk kelas hias kek guna buttercream esok....

Pastu, saya siapkan coklat untuk customer saya - Azlinda. Khamis kelmarin dia order nak satu coklat kotak besar (35 pcs), 1 kotak 9 biji coklat n 1 kotak 4 biji. Dah dekat pukul 7, dia sms mintak tambah lagi satu kotak besar 35 pcs. Sib baik la ada stok bahan mentah, kalau tak, tak dapat la den nak tolong.



Yang kotak besar 35 pcs rega RM40 satu, yang 9 bijik - RM14 n yang 4 biji RM5.50



Siap ikat riben sebab coklat ni untuk hadiah birthday kawan Azlina

Ni plak cupcake yang Azlinda ambik Khamis kelmarin. Ni untuk anak dia bawak ke sekolah.






Nov 11, 2009

MABUK BUNGA.....

Salam dan aloo untuk semua... hari ni lepas ngemas n mop bakery, saya start buat bunga-bunga untuk cupcake Jijie. Jijie nak bunga ros merah. Semuanya 300 ratus kuntum...! Kebas jugak la tangan saya memicik krim untuk buat bunga ni. Ni cupcake untuk kenduri belah Jijie Sabtu ni. Buat bunga dulu. Cupcakenya buat Jumaat.

Tapi bunga ni saya tak pakai wafer cone sebab kalau pakai, bunga akan jadi besar dan tak cantik untuk letak atas cupcake. So, saya paip terus jer atas `paku' untuk buat bunga. Ni ha rupanya...




Kalau nak buat bunga kita pakai wafer cone n cone holder ni kan.....?


Tapi kali ni saya pakai `paku' ni jer (errr lupa plak apa ke nama dia...nanti saya cari). So, just paip terus bunga atas ni...


So, jadilah macam ni....pastu kalau kita transfer lah atas cupcake atau kek terus. Tapi memandangkan saya nak buat banyak cupcake, saya buat dulu bunga tu. Simpan dulu dalam peti sejuk. So nanti bila dah siap icingkan cupcake, bleh letak terus bunga ni. Cepat sket keja....

So, sepanjang petang ni, keja saya buat bunga ros kecik ni. Ni lah hasilnya - 300 bunga ros kecik.


Nov 8, 2009

Kawen, kawen...

Salam dan aloo untuk semua.

Semalam (sabtu), seperti yang saya citer, saya dan husband bawak semua kek yang saya buat ke rumah Jijie di Desa Minang, Gombak. So, jam-jam terakhir Jijie sebagai teruna dihabiskan bersama saya ngan husband.

Ni pengalaman pertama saya bersama orang lelaki yang nak kawen. Selama ni dengan citer jer. Tak tau la sama ada Jijie ni yang panik dan gabra atau semua lelaki macam ni. Tapi memang tak keruan Jijie menghitung jam-jam terakhir dia akan diakad nikahkan oleh kadi. Jijie akan akad nikah di rumah perempuan pukul 8.30 malam. Kami mula bertolak pukul 3.30 petang.

Dah tu yang tambah kesiannya, urusan majlis perkahwinan semuanya Jijie buat. Sepanjang jalan ke Kampung Awah, Jengka, Pahang tu (dekat UiTM Pahang), telepon kejap-kejap dering, kejap-kejap dering. Jijie jawab tu, jawab ni , berkaitan dengan  persiapan-persiapan akhir majlis malam ni.

Tapi dalam kesian-kesiankan Jijie tu, sempat gak saya n husband tanya soalan-soalan yang  menambahkan kepanikan  Jijie....Saja jer tanya dia dah hapal ker ayat ni ayat tu...dah habih pikir kerr nak kawen ni n macam-macam lagi....hehehhe sian Jijie...

Masa kat highway Jijie tak berapa glabah sangat. Tapi bila dah dekat nak sampai dekat hotel (Mercu View), Jijie kata degupan jantung dia makin kencang. Dup dap, dup dap....hehehhe....teruk gak rupanya orang lelaki sebelum majlis akad nikah ni yea....Sampai kat sana, kami bawa Jijie uruskan tempat tinggal sedara mara Jijie di Rumah Tetamu UiTM Pahang. Tekejut beruk saya bila Jijie bagi tahu total kereta rombongan pihak lelaki ialah 20 buah! Saya n husband n beberapa keta lagi dok kat Mercu View, tak jauh dari UiTM.

Pukul 8 tu, kami berkumpul kat rumah tetamu. Kiranya keta husband saya jadi keta pengantin. So, kami kena p ambik pengantin la  ke rumah pengantin pompuan untuk acara akad nikah. Lama gak Jijie kena bersoal jawab ngan tok Kadi. Selepas majlis akad nikah tu, kebetulan saya n husband makan satu meja dengan tok Kadi. So, terdengar la gak sedikit sebanyak pasal Tok Kadi ni. Umur 81 tahun....Orang Bagan Datok,Perak,  tapi dah lama menetap di Jengka. Dia start mengajar ngaji ni sejak dia umur 22 tahun. So, anda bleh bayangkan berapa banyak soalan yang dia tanya Jijie...hehehhe....lawak saja. Sebenarnya, ada 2 soalan yang Jijie kena jawab. Kalau tak silap rukun nikah n rukun Islam...Terkebil-kebil gak la budak tu mengingat benda yang dia hafal dalam keta tadi...Tapi sebenarnya saya tau, Jijie tahu semua ni. Tapi dah dalam keadaan macam tu, silap-silap tanya nama orang yang dia nak nikah pun dia bleh silap...kannnn?



Ni gambar Jijie masa mula-mula dipanggil dok atas kusyen pengantin. Muka tension gila....Depan Jijie yang pakai baju biru tu Tok Kadi.



 Ni Ijan,isteri Jijie. Cantik n berbudi bahasa budak ni.
Ni muka lega Jijie. Senyum sampai ke telinga lepas majlis akad nikah



Upacara batal air sembahyang...yang baju biru kat kanan tu pengapit Jijie - nama Boy. Eh, eh Boy ni....dia plak yang terlebih suka....yang kawennya Jijie. (Boy ni bujang lagi....sapa nak berkenalan bleh call saya...hehehe)

Esoknya, Sabtu kenduri la. Hari ni Jijie dah tak nampak panik lagi. Saya n husband p ambik dia kat rumah tetamu di UiTM. Dengan bangganya Jijie kata kat husband saya..``eh, sekarang aku dah ada bini tau...'' hehehhe....Dalam keta Boy bagi tau, pagi-pagi dia dah call Ijan ``Hai isteriku....'''hehheheh. So romantik....(hmmmpphhh...eksyen ko yea Jijie....semalam punya la panik...)

Rombongan pihak lelaki kena berenti kat bawah pokok tak jauh dari rumah pengantin pompuan. Tujuannya, nak make-up n pakaikan Jijie tengkolok n keris dulu. Tengok gambar-gambar Jijie tengah dimake-up oleh mak andam bawah pokok, depan Hospital Jengka....




Jijie tengah di makeup oleh mak Andam di bawah pokok

Boy tengah bagi pos ayu bersama payung pengantin


      Dah semua orang sibuk, saya (kanan) n husband ambik gambar sendiri jerr
       Kat belakang tu, Boy tengah enterframe .




Ni kek yang saya buat. Tengah diadjust oleh salah seorang sedara Jijie untuk dibawak masuk ke rumah pengantin

Meriah gak sambutan pengantin pompuan. Saya tak tau nama alat muzik tu, tapi bukan kompang. Rasanya nafiri dan gendang. Masa makan beradap tu, ada persembahan silat dan tarian piring. Sementara orang kat luar tengok persembahan tu, saya masuk dalam tengok kek-kek saya kat barisan-barisan hantaran...hehehhe...Kek tiga tingkat putih merah tu, tak sempat nak tengok nasib dia...sebab lepas makan, saya n husband terus balik. Rasanya acara potong kek malam.



   

Untuk Jijie n Ijan - SELAMAT PENGANTIN BARU

Nov 7, 2009

KERJA GILAAA.....

Salam dan aloo untuk semua.... hari ni saya buat keja gila...(bukan jadi gila yea...). Saya siapkan kek  kawen 3 tingkat dan 2 kek hantaran. Semua kek icing fondant. Pas tu tambah lagi 100 biji cupcake untuk wedding gift. Semua ni order dari kawan husband saya - Jijie yang akan akad nikah esok malam.

Sebenarnya Jijie order dah lama. Rasanya sejak sebulan lalu dan seperti biasa saya akan plan keja saya. Saya tak suka hias kek dalam keadaan tergesa-gesa. Idea hilang. Selalunya saya akan bakar kek sehari sebelum hias. So, plan asalnya saya akan bakar kek hari Khamis dan hias hari Jumaat. Sabtu hantar.

Tapi nak dijadikan cerita, saya dipanggil p kursus di Shah Alam, under Kementerian Sumber Manusia - dari 29 Oktober hari tu sampai lah semalam - 5 November (Khamis). Semalam  sampai rumah dah lewat petang. Hati dah tak sedap sebab sebijik habuk pun kek tak bakar lagi. Tapi saya sedapkan hati...sempat. Pagi-pagi buta esok, saya nak p kedai, bakar kek-kek yang saya nak kena hias tu...

Tapi pagi tadi, plan ubah lagi. S aya kena  hantar husband p Putrajaya jap. Dia nak  hantar dokumen kat sana. Dia cakap tak yah hantar tapi tak sampai hati sebab dia tak brapa sihat.  So, pi mai, pi mai....pukul 12 baru ke kedai dan start membakar kek. Plan asalnya Jijie ni order 3 jenis kek tu saja la. Dia nak kek coklat moist untuk kek hantaran pihak lelaki dan untuk kek tiga tingkat. Satu lagi kek carrot.

Tapi last minit Jijie call mintak tolong sangat-sangat dia nak cupcake 100 biji. Bakal isteri dia (orang Felda Jengka, Pahang) nak untuk bagi kat guest. Saya dah berat hati sebab pikir macam tak sempat jerr sebab satu biji kek hapa pun tak masak lagi. Tapi last-last saya buat gak. Sian kat budak ni...So, selain bakar kek 5 biji, saya pun sambung la bakar cupcake lagi 100 biji.

Keja-keja membakar siap dalam pukul 4 ptg. Saya start menghias pukul 4.30. Alhamdulillah semua settle sebelum pukul 10 tadi. Tapi punya la penat...Esok saya n husband akan hantar semua kek-kek ni kat rumah Jijie di KL dan pastu kami akan terus bawak bakal pengantin - Jijie p Jengka. Jijie akan akad nikah malam esok. Kendurinya Ahad. So, sebab tu saya tak bleh buat kelas minggu ni....Minggu depan insyaallah ada. Ahad.




Ni kek carrot dibalut icing fondant - tema putih. Pengantin perempuan punya.




Ni plak pengantin lelaki punya. Kek chocolate dengan tema colour brown




Kek chocolate moist untuk acara potong kek belah pegantin perempuan. Tema putih merah.



Ni 3 jenis kek yang saya buat tadi



Ni cupcake dengan steamed buttercream untuk gift sebelah pengantin pempuan. Tema putih pink