Sep 27, 2010

KURSUS DIY (DO IT YOURSELF) BZEE BAKERY



APA ITU KURSUS DIY.... DIY (do it yourself) atau dalam bahasa orang kampung...kursus buat sendiri.  Kiranya,  sapa yang join kursus ni akan buat sendiri produk yang dia pilih dari A sampai Z. Peranan saya ialah sebagai pembimbing/pengajar dan menurunkan pelbagai tips-tips penting untuk menghasilkan produk yang terbaik. Memandangkan u all yang buat sendiri, so, semua hasil pun u all bleh bawak balik...SEMUA tau.

Ada lebih 200 subjek yang anda boleh pilih untuk kelas DIY

MACAM MANA NAK DAFTAR KELAS DIY

1. Pilih apa yang nak blajar daripada Menu dibawah. Minimum dua jenis. Maksimum 8 jenis.
2. Buat keputusan nak belajar bila. Sila rujuk date-date yang masih kosong di bawah tajuk Jadual Kelas DIY
3. SMS saya - 019 282 0053 dan nyatakan apa yang nak belajar dan bila
Contoh: Zalina, 30 Disember, Red Velvet dan Russian Black n White
4. Saya akan bagi quotation.
5. Jika anda setuju, anda perlu membayar deposit 1/2 daripada total yuran untuk booking tempat.Selagi tak bayar deposit saya berhak bagi date tu pada orang lain, walapun anda dah nyatakan minat anda untuk ambik date tu.
6. Deposit perlu dibayar menerusi Maybank Bzee Cafe & Bakery, 5051 76100 195
7. Pas bnk in sms details nama, date yang dipilih, subjek dan apa yang nak belajar
Contoh: Zalina, 30 Disember, RV dan Russian BW, RM180

(jika anda tak sure lagi nak belajar apa tapi nak book dulu tempat, anda perlu membayar minimum deposit RM200)
8. Sila simpan bukti pembayaran dak kemukakan semasa kelas.
9. Kelas bermula kul 11 pagi. Sila bawak apron. Tidak dibenarkan membawa peneman semasa datang kelas DIY. Hanya yang bayar deposit dibenarkan masuk kelas



MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI KELAS DIY
  1. Kelas DIY hanya diadakan pada hari SELASA, RABU, KHAMIS dan JUMAAT.
  2. Sabtu adalah untuk kelas demo. Ahad dan Isnin adalah hari off day saya.
  3. Date yang dah ada nama bermakna dah ada orang booking dan dah bayar deposit.
  4. Date yang saya tak senaraikan bermakna saya tak buat class.
  5. Semua date ni tertakluk kepada perubahan.
  6. SEMUA KELAS DIY AKAN BERMULA PUKUL 11 PAGI SEHINGGA SELESAI....SILA BAWAK APRON SEMASA DATANG KELAS



APA ITU KELAS MENYELIT
Bagi anda dah malas nak tunggu DIY sebab lambat sangat , so anda nak join sama dengan orang lain yang dah pun book date awal.
Tapi syarat penting:.
Anda WAJIB ikut sama macam apa yang student asal ambik. TAK boleh pilih apa yang anda suka saja. Tak boleh tambah, tak boleh kurang.. Jika student asal nak ubah last minute pun, anda kena ikut.. Anda akan buat kek anda sendiri dan bawak balik semua kek anda. BUKAN SHARE dengan student asal.. Saya yang akan tentukan boleh selit atau tidak.

SENARAI-SENARAI KURSUS DIY
(senarai akan ditambah dari semasa ke semasa).

Untuk modul dan package-package terkini, anda juga boleh lihat di facebook saya - Zalina Yahaya. Lihat album
































MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN MENGENAI KELAS DIY

  1. Kelas DIY hanya diadakan pada hari SELASA, RABU, KHAMIS dan JUMAAT.
  2. Sabtu adalah untuk kelas demo. Ahad dan Isnin adalah hari off day saya.
  3. Date yang dah ada nama bermakna dah ada orang booking dan dah bayar deposit.
  4. Date yang saya tak senaraikan bermakna saya tak buat class.
  5. Semua date ni tertakluk kepada perubahan.
  6. SEMUA KELAS DIY AKAN BERMULA PUKUL 11 PAGI SEHINGGA SELESAI....SILA BAWAK APRON SEMASA DATANG KELAS

Sep 24, 2010

Kelas Sepanjang Oktober 2010

Salam dan aloooo untuk semua. Sorry sebab lama sangat tak menulis. Seperti yang saya janjikan, saya akan start class minggu ketiga Oktober. Ada 3 kelas saja sepanjang bulan Oktober ni. Sapa berminat bleh bank in deposit selewat-lewatnya 2 hari sebelum kelas. Pas bank in, sms nama ke phone saya - 019 282 0053 untuk pengesahan.


TARIKH: 17 OKTOBER 2010 (AHAD)
MASA: 10 - 4 ptg
KELAS: Kelas hias kek kahwin 3 tingkat menggunakan teknik steambuttercream
YURAN: RM250

DEPOSIT: RM150

Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini yang mudah menghias kek menggunakan kaedah steamed buttercream - kek nampak seperti fondant - licin dan berkilat. Setiap pelajar akan menerima 3 biji kek sponge untuk dihias. Pelbagai teknik dan hiasan akan diajar termasuk `buat sampai boleh' bunga ros, border-border yang sesuai untuk kek kahwin dan cara memasang tiang pada kek kahwin
(Resepi kek sponge akan diberikan)

Setiap pelajar akan membawa pulang kek kahwin 3 tingkat.

'
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA: Apron, turn table, spatula dan kain lap.



TARIKH: 23 OKTOBER 2010 (SABTU)
KELAS: 3 Jenis kek kontinental menggunakan fresh cream (whipping cream) - Blackforest, Kiwi dan kek dengan sugar image
MASA: 10 pagi - 3 ptg
YURAN: RM150

DEPOSIT: RM100

Info kelas: KELAS PRAKTIKAL .Pelajari cara betul mengendalikan fresh cream (whipping cream). Cara pukul, tips-tips menjadikan sapuan kek kemas, cantik dan juga cara betul meletakkan sugar image diatas kek.

Setiap pelajar akan membawa balik 3 biji kek (1/2kg) - Blackforest, Blueberry dan kek dengan sugar image pelbagai karektor cartoon. Ketiga-tiga kek akan menggunakan kek sponge. Cara membuat kek sponge akan ditunjukkan secara demo.

TARIKH: 30 OKTOBER 2010 (SABTU)
KELAS: Menghias Cupcake (Advance) menggunakan teknik steamedbuttercream
MASA: 10 - 4 ptg
YURAN: RM180

DEPOSIT: RM80



Info kelas: KELAS PRAKTIKAL SEPENUHNYA. Pelajari teknik terkini menghias cupcake menggunakan teknik steamedbuttercream. Permukaan cupcake akan nampak licin, berkilat seperti fondant. Anda juga akan diajar membuat pelbagai jenis bunga mudah daripada fondant (resepi akan diberikan) , buttercream dan menghias cupcake menggunakan pelbagai motif halus.

Peralatan yang perlu dibawa: Apron dan kain lap.






Sep 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Salam dan aloooo untuk semua. Saya nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua. Maaf kalau ada yang tak kena, tersilap cakap, terasa hati atau dalam bahasa senangnya..MAAFKAN LAH SAYA -  ZAHIR DAN BATIN.

Insyallah saya akan adakan kelas balik pada bulan Oktober. Jadual penuh saya akan masukkan dalam blog tak lama lagi.So, selalu-selalulah check kat blog saya no....

Wassalam..

Aug 24, 2010

Sapa nak tempah kek raya

Salam dan alooo untuk semua...mesti sekarang semua dah sibuk dok buat biskut raya kan...? Dah brapa jenis buat...? Buat, jangan tak buat..hehhee. Ok...pada sapa-sapa yang sibuk buat biskut raya n tak sempat nak buat kek raya, meh order ngan saya. Ni kek-kek yang saya jual sempena raya tahun ni. Kita raya Jumaat (10 September) kan..So, bleh ambik Rabu. Kek ni bleh simpan paling lama seminggu. Boh dalam peti sejuk laaa.

Ok, ni kek n harga-harganya:

chocolate indulgence
(RM55/kg)
Kalau nak letak pisang - Banana Chocolate - RM60/kg



Carrot Cake
(RM55/kg)


American Chocolate
(RM60/kg)

Prune cake with prune icing
(RM60/kg)

Butter Rainbow - guna butter SCS
(RM50/kg)

Butter cake
RM50/kg

Marble cake
(RM50/kg)

Japanese Cotton Cheese Cake
(RM55/kg)

Orange butter cake
(RM50/kg)
Kek kurma
(RM55/kg)


Ok, sapa yang berminat, bleh confirm order ngan saya dengan bayar deposit 1/2.

Aug 19, 2010

Hamper Raya

Salam dan alooo untuk semua....Dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Cepatnya... Rasa mcm baru kemarin start berpuasa. Macam besa laaa...bulan posa ni saya akan `lompat' sana, lompat sini cari barang-barang untuk siapkan hamper. Biskut dah siap buat. Empat jenis semuanya. Assistant saya tahun ni - Bihah (nama penuh dia Rabihah).  Keja sambil menimba pengalaman. Bihah ni nak mula berjijak-jinak ngan biz homebase bakery ni. So, bila saya buat iklan nak cari pekerja hari tu, Bihah call saya kata dia berminat. Lagipun dia kata, boring tak buat pa kat rumah.
Bihah ni baru ikut somi dia pindah ke Somban ni. Sebelum ni dia dok kat Kedah. So, bulan posa kali ni best  sebab dapat `speaking' Kedah kaw-kaw ngan Bihah ni. Kami banyak guna perkataan-perkataan Kedah yang lama tak guna...best, best...hehhe

Ok, kita layan gambar-gambar hamper yang kami dah buat. Sapa yang berminat nak order bleh call. Tapi mintak maap yeaaa saya tak dapat buat delivery...Kena datang ambik sendiri. Segala kesulitan amat dikesali....sorrrryy yea..




Ni pakej ekonomi A- RM30
Kandungan:
i. 2 jenis biskut
ii. Bakul rotan dengan hiasan kain net dan riben kertas
iii. Kad ucapan




Pakej ekonomi B - RM30
i. Dua jenis biskut raya
ii. Bakul rotan bertangkai dengan hiasan riben
iii. Kad ucapan

Pakej ekonomi C - RM40
Kandungan:
i. 2 jenis biskut raya
ii. Dodol
iii. Bakul rotan bertutup dengan hiasan riben
iv. Kad ucapan

Pakej ekonomi C - RM40
Kandungan:
i. 3 jenis biskut raya
ii. Kotak transparent dengan hiasan riben dan kad raya
Pakej ekonomi D: RM50
Kandungan:
i. Biskut raya
ii. Minuman berkarbonat
iii. Wafer
iv. Cadburry chocolate
v. Kacang tumbuk
vi. Twisties
vii. Puding mangga

Pakej ekonomi E - RM50
Kandungan:
i. 2 jenis biskut raya
ii. Dodol
iii. Kerepek bawang
iv. Bakul rotan bertutup dengan hiasan bungan dan riben chiffon
v. Kad Ucapan


Pakej Standard : RM100
Kandungan:
i. 4 jenis biskut
ii. Kek Buah
iii. Kerepek bawang
iv. Kerepek ubi
v. Kerepek pedas
vi. Chocolate
vii.  Bakul mengkuang dengan hiasan kain net dan riben kertas
viii. Kad ucapan
Pakej standard RM150
Kandungan:
i. 3 jenis biskut raya
ii. Chocolate
iii. Sparkling juice
iv. Kek Buah
iii. Kerepek bawang
iv. Kerepek ubi
v. Kerepek pedas
vi. Bakul mengkuang dengan cling wrap dan hiasan bunga
vii. Kad ucapan


Pakej Standard RM150
(Kandungan sama seperti di atas tetapi berbeza packging - bakul mengkuang dibalut dengan kain net halus)


Pakej standard RM200
Kandungan:
i. 4 jenis biskut
ii. Kek buah
iii. Chocolate
iv. Kerepek bawang
v. Kerepek ubi
vi. Kerepek pedas
vii. Serunding
viii. Dodol
x. Bakul jut bertangkai diihias dengan kain net dan riben
xi. Kad ucapan
Pakej standard RM250
Kandungan:
i. Empat jenis biskut raya
ii. Kek buah
iii. Serunding
iv. Kerepek bawang
v. Bekas kayu berkerawang dan bertapak dihias dengan riben dan bunga
vi. Kad ucapan

Aug 11, 2010

SELAMAT BERPUASA...

Salam dan aloo untuk semua pembaca blog ni  dan juga student-student saya. Saya nak ucapkan menunaikan ibadat berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ni dapat memberikan sejuta nur dan rahmat buat kita semua.

Insyallah, kalau tak ada aral melintang dan memandangkan suami saya dah ok,  saya akan start semua kelas yang tertangguh, terkensel dan macam-macam terlagi, lepas raya nanti yea.

Salam...

Aug 1, 2010

LAGI RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA....

Salam dan aloo untuk semua...khas untuk anda pembaca setia blog saya yang juga selalu menyokong dan mendoakan kesejahteraan saya, ni ada 5 lagi koleksi biskut raya yang boleh anda cuba. Biskut mana yang bessttt....? Ermmm...saya paling suka snow lemon n strawberry chocolate. Tapi semua pun sedap. Try la buat...


SNOW LEMON

A:
150 gm butter
30 gm gula kastor

B:
1 biji kuning telur

C: (ayak sekali)
200gm tepung gandum
60 gm tepung ubi jagung

D:
30 gm cornflakes kisar
20 gm almond nib

Hiasan:

Coklat putih cair

Halua kulit lemon

Cara:

1. Gaul sebati A
2. Masukkan kuning telur dan kemudian bahan ayak. Akhir sekali D.
3. Canai bentuk acuan bulat. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 hingga 25 minit.
4. Sejukkan. Celup dengan coklat putih cair dan tabur halua kulit lemon





STRAWBERRY CHOCOLATE FANTACY
A:

60 gm cornflakes (hancurkan sedikit)
40 gm black currant
40 gm almond stripe (panggang pada suhu 160 darjah sehingga garing)

B: 200 gm cooking chocolate -cairkan

C: Strawberry chips (untuk hiasan)


Cara:
1. Campurkan A dan masukkan B. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan strawberry chips.
2. Biarkan beku sebentar (20 hingga 30 minit) – tak perlu letak dalam peti sejuk.

SWEET ISABELLA



A (Base)

65 gm butter
60 gm tepung superfine/cap rose
40 gm tepung jagung
20 gm serbuk icecream
20 gm gula aising

B: (topping)
85 gm butter
75 gm tepung superfine/cap rose
45 gm tepung jagung
30 gm gula aising

Pewarna pink+1 sudu teh strawberry paste

Pewarna unggu/campuran merah dan biru

Hiasan:
Gula-gula manik

Cara
1. Campur dan gaul A sampai jadi doh. Canai nipis dengan acuan bulat
2. Campur B. Bahagian kepada dua. Satu dengan pewarna pink & strawberry paste dan satu lagi warna unggu.
3. Masukkan kedua-dua warna ke dalam piping beg beracuan bunga dan paip atas adunan A yang telah diterap tadi. Hias dengan gula-gula manik.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.




BISKUT NAVY


A

200 gm butter
150 gm gula kastor

B:
1kuning telur



C:
40 gm serbuk badam
280gm tepung gandum

 Hiasan
Almond Slice – bakar sekejap
Coklat putih

Cara:
1. Pukul A sampai kembang. Masukkan kuning telur dan akhir sekali C.
2. Canai dan terap dengan acuan yang digemari. Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 hingga 40 minit.
3. Sejukkan .
4. Cairkan coklat putih dan tabur dengan almond slice.

Jul 31, 2010

Kelas Kek chocolate, carrot cake n 300 rose untuk Umi

Salam dan aloo untuk semua...baru habih kelas kek chocolate n carrot cake ni. Kenyang baru lepaih late lunch ni. So sementara nak tunggu nasik turun ke perut, sebelum dapat tido petang (hehehe), saya postkan dulu gambaq-gambaq kek yang blajaq hari ni.

11 orang student joint kelas hari ni - Maslian, Nurliyana, Hayatun, Aida, Zanariah, Shuzilawati, Asiah, Kamsiah, Halimatus, Esah n Kak Supiah. Ada lagi 5 orang yang memang nak sangat kek ni n dah lama tunggu kelas ni ada hal n tak dapat joint. So kena tunggu pas raya la nampaknya yea...Tapi tak janji yea pas raya apa...mungkin raya posa, mungkin raya aji, mungkin raya cina atau mungkin raya deepavali tahun depan..hehehheh.

Riuh rendah gak kelas petang ni ngan masalah student yang dok tak habih-habih konpiius antara kek chocolate moist n kek chocolate indulgence/royal chocolate. Sib baik tak confius kek carrot walnut. Dia orang punya tahap konpius ni kiranya sampai last masa nak rasa kek. Lawak la hampa ni. Len kali saya ajar buat sejenis kek coklat dah ler. Tak pa lah..kita layan gambar-gambar kek yang dipelajari hari ni....


3 jenis kek yang diajar hari ni - belakang skali tu American Chocolat, depan kanan kek carrot n kiri plak chocolate indulgence


Ok...ni Chocolate indulgence

Ni American Chocolate
Errr...gambar kek carrot potong tak sempat nak ambik sebab masing-masing dah tak sabar nak ambik sebab nak balik...

Ok, semalam mak mertua buat tahlil kat rumah dia. Campur skali dengan doa selamat untuk suami n kenduri sambut ramadan. Saya buatkan omak Chocolate Moist Slice, Chocolate Ball n Kelapa Jelly. Seperti yang dijangka, kelapa jelly yang paling mendapat perhatian. Budak-budak plak seperti biasa suka kek-kek chocolate tu.

                        

Kelapa jelly, chocolate slice n chcocolate ball untuk kenduri tahlil Omak...

Kelmarin plak siapkan 300 cupcake untuk Cik Umi. Cik Umi tak cerewet. Dia kata akak buat lah mcam mana pun. Tema colour pink purple. So saya buat bunga rose sekuntum untuk setiap cupcake.


yang ni rona pink atas base purple

Yang ni bunga purple atas base pink (sorry camera saya ni macam incredible hulk...suka suki tukar colour terutamanya colour purple. Kalau real punya bukan purple ni...)

Bos cik Umi, Puan Ashikin plak order chocolate mois cake dengan hiasan buttercream. Ni ha gambarnya.

Jul 27, 2010

RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA

Salam dan aloo untuk semua...

Ni ada 7 resepi biskut raya saya yang keluar dalam majalah SAJI bulan Ogos. Ni memang saya cipta khas untuk SAJI. Kalau tanya saya dalam banyak-banyak biskut ni, biskut mana best, saya highly recomend biskut KASIH. Sempoi gila biskut ni. Selain senang nak buat, bahan yang digunakan pun senang nak cari. Bak kata orang...ada kat keliling rumah jerr...hehehe...Biskut ni cuma pakai tepung, butter n gula. Telur pun tak payah pakai. Tapi peringatan penting, untuk biskut ni u all memang kena pakai butter yang mahal n berkualiti butter. Paling murah pun butter Anchor. Untuk resepi ni saya pakai SCS...memang best..kawww...cair di dalam mulut.

So sesapa yang belum belum majalah Saji bleh la try resepi-resepi biskut ni. Tapi elok beli majalah tu. Ada lebih 200 resepi biskut. Pilih saja mana yang nak.

Ok, apa-apa pun kalau nak cuba resepi biskut saya, silalah...selamat mencuba.

CHOCOLATE SWIRL


1.
A

125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys






B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit

2. CHERRY VANILA ICECREAM COOKIES

A:


220 butter
50 gm gula aising (diayak)
1 sudu the esen vanilla

B:
225 gm tepung gandum
25gm tepung jagung
50gm serbuk aiskrim

C (Hiasan)

Ceri merah dibelah dua
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan ke dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit seperti bunga. Hias dengan ceri merah.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Paipkan dengan coklat cair diatasnya sebagai hiasan

3.
4. BISKUT KURMA LEMON



A:

120 butter
30 gm gula castor
1 sudu the vanilla
1 biji kuning telur




B
1 sudu the parutan kulit lemon/oren
100 gm kurma (buang biji dan cincang halus)
30 gm kelapa panggang

C:
50 gm serbuk badam
150 gm tepung

D (Hiasan)
Telur merah
Gula castor

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B dan seterusnya C
2. Canai dan terap dengan acuan. Sapu kuning telur diatasnya. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
3. Tabur gula castor atas biskut sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sejukkan.


.4. HAZELNUT CROQUANT COOKIES







A:
220 butter
50 gula asing (ayak)
1 biji kuning telur



B:

225 gm tepung gandum
12 gm tepung ubi
12 gm tepung potato starch
20 gm tepung jagung
50 gm tepung susu

C (Hiasan)
Hazelnut croquant secukupnya
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B.
2. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Paip mengikut corak yang diingini. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Celup dengan coklat cair dan tabor hazelnut croquant


5. BISKUT KASIH




A:

112 butter
25 gula aising
½ sudu the vanilla






B:
125 tepung gandum
Secubit garam

C (hiasan)
Gula-gla manik berbentuk hati

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Sapu sedikit dengan telur putih dan hias dengan gula-gula manik berbentuk hati.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.




6. BLACK FANTASIA





A:

120 gm butter
70gm gula aising
1 biji kuning telur




B:

20 gm serbuk bijan hitam
30 gm tepung jagung
100 gm gula-gula manik berwarna
50gm serbuk badam
150gm tepung gandum

C (hiasan)
Kuning telur
2 sudu besar serbuk roti (berwarna putih)
2 sudu besar gula-gula manik berwarna

Cara:
1. Gaul A sebati. Masukkan B. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan kuning telur dan tabur campuran serbuk roti dan gula-gula manik
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit



7. BISKUT KARAMEL RANGUP




A:

100 gm butter
50 gm gula castor
100 gm gula perang





B:
½ cawan kelapa kering
½ cawan cornflakes
½ cawan hirisan badam
½ cawan black currant

C: (hiasan)
Gula-gula manik berwarna
Gula-gula M&M
Kertas papercup saiz paling kecil



Cara:

1. Cairkan A atas api. Tuang ke dalam campuran B. Gaul sebati.
2. Gunakan sudu kecil, masukkan adunan ke dalam kertas papercup. Tabur dengan gula-gula manik.
3. Bakar sekejap pada suhu 150 darjah celcius selama 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Letakkan gula-gula M&M atas biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Sejukkan.

Jul 26, 2010

KEJA KOSONG N KELAS KEK CHOCOLATE UNTUK RAYA...

Salam dan alooo untuk semua...maaf banyak-banyak sebab lama sangat tak update blog ni. Alhamdulillah segala urusan ketika menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah berjalan lancar. Semua sihat walafiat. Suami cuma demam sehari masa kat Mekah. Cuaca panas sket.  Hari-hari lain dia segar bugar n aktif. Alhamdulillah, syukur. Semoga saya dan suami diberiNya lagi kesempatan, rezeki dan kesihatan untuk mengerjakan haji pula tahun depan. Insyallahhhh...aminnnnnnnn

Ok, untuk pengetahuan semua, saya dah start dengan projek hamper saya. Tapi tahun ni kena pulun lebih sket sebab partner yang selalu buat hamper ngan saya tu tak dapat joint tahun ni. Dia dah bukak nursery dia sendiri di Cheras. So, susah sket nak bahagikan masa. Zila, adik praktikal dari Kolej Komuniti (errr...betul ker Zila...Kak Ina lupa plak Zila blajar kat mana dulu...hehehhe...) yang bekerja ngan saya tahun lepas plak tak dapat joint tahun ni sebab nak tolong kakak ipar dia yang jugak buat jual biskut raya. Rajin Zila ni...tak cakap banyak. Buat keja saja...Saya suka pekerja macam ni. Bila ditanya baru cakap. Ni puji ikhlas ni...bukan bodek yea Zila...(zilaaa...jom aaa keja ngan akak...hehhehe cubaan terakhir...)

Mula-mula dia janji nak keja, tapi tadi dia sms tak jadi sebab order biskut raya kak ipar dia dah banyak. Tak pa Zila...dah tak dak rezeki kita nak bekerjasama. Lain tahun la nampaknya kalau ada rezeki. So, memandangkan saya sorang, maka dengan ini saya nak tanya lerrr ada tak sapa-sapa atau anak sapa-sapa yang berminat nak buat part time ngan saya. Sambil-sambil hilangkan boring menunggu waktu berbuka tu bleh la joint saya. Bleh blajar freee...ehehe. Saya tak nak ramai-ramai. Dua orang cukup.

Masa kerja: 8.30 pagi - 5 petang

Mula bekerja: Isnin 2 Ogos 2010 sampai keja selesai (selalunya sampai minggu ke 3 ramadhan)

Gaji/elaun: RM20 sehari

Bidang kerja: Tolong saya buat biskut (kira ni blajar free lerrr...hehehhe), packaging, buat riben, buat hamper dan kalau diperlukan akan ikut saya p distribute hamper.
Satu lagi keja mestilah kena tolong saya kemas kedai sebelum balik.

So, sesiapa yang rasa suka keja-keja macam ni bleh call saya - 019 282 0053

Ok, ni hal lain plak. Kena penuhi janji saya kepada beberapa student yang nakkan kelas kek chocolate n kek carrot walnut. Dah lama dia orang mintak. Mintak sangat-sangat. Nak buat untuk raya. So kalau ada sesiapa yang nak joint bleh confirm ngan saya n bayar deposit RM50 selewat-lewatnya pada Rabu 29 Julai. So ni details kelasnya;

Kelas demo membuat 3 jenis kek yang anda boleh hidangkan atau buat jual masa raya iaitu:

1. American Chocolate

1. American Chocolate

Chocolate indulgence

                                Kek carrot walnut dengan cream cheese (saya juga akan ajar cara mudah nak buat carrot gula tu...)

Tarikh: Sabtu, 31 Julai 2010

Masa: 10 pagi - 12.30 tengahari

Yuran: RM100

Deposit: RM50 (bnk in ke dalam account maybank saya 1122 500 16852 selewat-lewatnya pada Rabu, 29 Julai 2010)

So, jangan tunggu lama-lama. Cepat confirmkan kehadiran sebelum terlewat.Tempat terhad