Sep 17, 2011

Ada orang nak postpone class 19 Oktober (Rabu) n 9 November (Rabu) - sapa nak?

hmmmmm....ni ada pengumuman postpone class lagi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan - 19 Oktober (Rabu) dan 9 November (Rabu gak...) Sapa nak date ni untuk kelas DIY bleh sms/emel saya.

Tq

Zalina

Special request class - bengkel hamper

 Askm dan alooo untuk semua....Nora, cikgu macaron kita yang sorang nih dah lama sangat mintak kelas hamper ni. Dia nak join ngan adik n adik ipar dia. Nak buat hamper secara lebih serius. So setelah bertangguh sejak sekian lama, maka saya pun memfreekan diri hari ni untuk buat kelas special request ni. 


Kebetulan nak jadikan rezeki Kak LaPisa pun tanya pasai kelas hamper nih. So saya kumpulkan depa ni berempat dalam satu kelas - Nora, adik dia Ida, adik ipar Ivy n Kak La Pisa.

Dalam kelas hamper hari ni saya ajaq:


i. Pelbagai jenis ikatan riben
ii. Pelbagai idea pembungkusan hamper - organza, net, shrink wrap dan kertas hadiah
iii. Cara menyusun barangan dalam bekas hamper supaya nampak menarik dan `melimpah ruah'
iv. Cara membuat costing dan menentukan harga
v. Tips mendapatkan barang hamper yagn murah 

vi. Resepi 3 biskut raya untuk buat hamper

Setiap peserta buat sendiri dan bawak balik hamper bernilai RM150. Ni gambar-gambar hamper yang depa buat hari ni:



Ni Ivy punya - net ngan tema olive green
Nora punya - organza ngan riben kertas
Kak La Pisa pilih teknik shrink wrap tema purple
Ida pilih net ngan tema ala-ala english

contoh mini gift

Contoh 2 - paper wrap

contoh 3  - package vip

contoh 4 - paper wrap

contoh 5 - organza

Semua tengah pulun....

semua hamper yang dibuat hari neh...

dari kiri - Kak LaPisa, Nora, Ida n Ivy

Kak La Pisa ngan hamper-hamper....

Idza - orang kampung den

Askm dan aloooo untuk semua...Slamat hari Malaysia...saya sambut di bakery. Kena keja..tak pa, dapat double pay...ahaksss. Idza, cikgu Maths n Fizik kat Batu Pahat ambik kelas DIY ngan saya hari ni. Lama dah dia booked kelas DIY ngan saya neh. Daripada sebelum kawin sampai dah pregnant sekarang...heheheh...lawak saja. Sbenaqnya tak la lama mana ponggg...

Idza ni pengantin baru. Inai di jari pun still ada kat ujung-ujung kuku...hehehhe. Masa dia book kelas ni dulu (sebelum bulan 6) dia belum kawin. Dia kawen bulan 6. Alhamdulillah la dah pregnant. Lupa plak dia cakap brapa bulan. Tapi baru lagi laaaa.. Tahniah no Idza...

Idza blajar 6 kek hari ni, termasuklah dua kek yang dia order untuk raya baru-baru ni - Red Velvet n Opera. Kek-kek lain - Russian Black n White, Italian Rainbow, Double Chocolate Cheesecake dan Blueberry Cheesecake.

Hari ni bleh cakap utara kaw-kaw sebab Idza ni orang Perlih. Orang Santan (errrr saya sbenaqnya tak tau Santan ni kat mana. Penah la dengaq orang dok sebut, tapi tak tau kat mana....santan kat market tau laaa). Tapi tu tak penting. Yang penting Idza kata dia nanti next class nga saya (22 November ni) dia nak buatkan saya LAKSA PERLIHHHH....fuhhhhhhhhhhhhhhhhh...BESTTTTT SANGATTTTT....saya memang hantu laksa, tapi sangat kecewa ngan diri sendiri sebab sampai la, buat laksa tak sedappppppppp...MENCHIKKKK!!!! Untuk hilangkan rasa teringin saya makan laksa maggi jerrrr...sian aaak kat saya..? SIAN KANnnnnn?

Ok lah...jangan merapu lagi, jom tengok kek-kek yang Idza buat hari neh...
Italian Rainbow

Red Velvet

Russian Black n White

Blueberry Cheese Cake

Double Chocolate Cheese Cake

Opera

Idza  ngan hasil tuaian.....

p/s: Seperti juga Ijah semalam, Idza juga akan buat open house jamu kek esok. So, sesapa yang nak rasa kek-kek ni, jemput lah ke rumah Idza yeaaa...(sorry Idza...saya jemput tanpa disuruh...ahaksssss lagi...)


Idza - terima kasih noooo...

Sep 16, 2011

Kelas 22 September dah dichuppp....

Asskm dan alooo semua....Kelas 22 September dah dichupppp oleh Shima, dari Seremban


Harap maklum - Zalina

Sapa nak kelas 22 September - Khamis - ada orang postpone




PERHATIAN:

Miza Hamid yang patutnya ambik kelas DIY pada 22 September (Khamis depan) terpaksa postpone ke tarikh lagi sebab orang tua dia tak sihat. So tarikh tu la ni kosong lerrr

Sapa yang berminat nak date tu bleh call/sms saya. Minimum kek untuk dipelajari dalam  kelas DIY ialah 2 biji dan maksimum ialah 8 biji sehari.

Tq

Zalina

Sep 15, 2011

i'm backkkkkk.....

Assskum dan alooo untuk semua.... hari ni kelas pertama pas berchotttiii panjang. Kat sebulan....tapi sbenaqnya bukan cuti ponggg...berlegar-legar kat sini-sini saja. Cuma bercuti daripada buat kelas jerr...Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain diteruskan macam besa...serupa macam tak cuti gak lerrr...

Tak achi macam neh...nak kena cuti betul-betul....pack barang dalam travel bag dan terbang bersama encik somi terchinta....errrrr...bilakah masanya tu Encik Somi...bila, bila...? (....harap-harap Encik Somi baca catatan neh.....ahaksss)

Ok, lupakan angan-angan melampau tuh....CUTTTTIIII jer khojerrrnye....keja, keja, keja...

Hari ni 1st DIY pas choti. Halijah a.k.a Ijah dari Kluang, Johor. Dia bertapa 2 hari kat somban ni. Actually bukan dua hari ponggg...kelas start semalam. Habisnya kul 2 petang tadi. Kiranya 1 1/2 hari jerr lah.

Semua 12 items yang Ijah blajar -

Black Forest Cheese Cake
Double Chocolate Cheesecake
Japanese Cotton Cheesecake, 
Opera, 
Tiramisu, 
Italian Rainbow, 
Russian Black n White, 
Chocoalte Indulgence, 
Snowy Peach,
German Black Forest, 
Cream Puff n Eclairs 
Strawberry Mika Mousse.

Ijah (luvchocolate77.blogspot.com) sebelum ni banyak buat biz chocolate n kelas-kelas deco. Nak kembangkan biz ngan pelbagai produk lain. Sebab tu dia join kelas DIY ngan saya. Ramah Ijah ni...rasa macam dah kenal lama.

Suka sembang ngan Ijah ni. Walaupun muda trangtantang daripada saya, tapi banyak petua dia share ngan saya...petua awet muda dan petua mengenai kehidupan.

Ijah kata, kalau nak cepat slim, jangan minum air ais pas makan nasik. Kena minum air suam....n pantang sangat-sangat makan nasi bersulam ngan ayaq....Halamakkkkk....dua benda yang saya tak sanggup buat...rasanya sebab tu saya tak kuruih-kuruih kottt....saya ni mcam tong air....banyak minum ayaq....errrr...adakah ini bermakna saya patut melupakan hastrat untuk menguruskan badan...? (ahakssss....alasan paling musabah....ahakssss...gelak lagi..)

Wukayyy...dah lar tu mengarut...jom layan gambar-gambar kek yang Ijah buat. Gambar kek kali ni tak brapa terliur sangat sebab tak dislicekan. Ijah tak nak potong sebab dia nak bawak balik untuk dikendurikan pada majlis open house Sabtu ni.

So, untuk kengkawan di Kluang dan kawassan-kawasan sewaktu dengannya yang nak teringin nak rasa kek-kek ciptaan Bzee Bakery, boleh lah mengunjungi open house Ijah Sabtu neh...(ahaksssss....lariiiiiii....memandai-mandai jemput orang ke open house rumah orang....- jangan marah Ijah, nanti kena jual...)


Black Forest Cheesecake

Japanese COtton Cheese Cake

Double Chocolate Cheese Cake

Opera

Tiramisu

Chocolate Indulgense (bunga kat atas tu.. nak bezakan ngan Russian Black n White sebab rupa sama cuma isi berbeza)
Italian Rainbow

Snowy Peach

Russian Black n WHite

German Black Forest

Strawberry Mika Mousse

Eclairs

Cream Puff

Semua kek yang Ijah buat....penuh fridge

Ni lah Ijah - Super Women yang akan mengadakan Open House sabtu ni untuk menjamu tetamu ngan semua kek yang dia buat....sila lah datang yea...(ahakkssss)

Untuk Ijah...tengkiuzzz sebab sudi berguru ngan saya. Semoga terus suksess. Tengkiu untuk tips-tips berguna tu yea...

Sep 13, 2011

Kek Baru - Nutty Caramel

Salam dan aloo untuk semua...semalam baru ada kesempatan untuk ke bakery. Cita-cita tinggi - nak bertapa n hasilkan 4 kek baru untuk silibus baru thun depan. Tapi yang berjaya hanya satu jer..Satu lagi saya cuba buat resepi baru chocolate banana with ganache n butterscotch topping. Tapi terpaksa dibakulsampahkan sebab saya tak suka tekstur kek yang terlalu lembab dan lembut. Tak pa, saya akan terus berusaha keras...usaha tangga kejayaaaannnn.....

So, kek yang berjaya dibuat dengan sempurna dan mendapat pujian dari tester saya ( tetap dan berpencen)  hubby, kak ipar dan anak sedara saya, Ayie ialah Nutty Caramel - kek butter chiffon caramel dengan topping peanut butter sour cream.

Cuma ada dua pandangan berbeza mengenai cream kek tu. Hubby kata agak manis tapi kak ipar n Ayie kata dah ok...sedap nyum-nyum...dah bleh jual. Tapi ketiga-tiga mereka sependapat - kek karamel tu memang sedap n moist. Depa ni request untuk buat kek karamel kosong jerrr...

So mengambil kira pendapat ketiga-tiga tester saya nih, saya akan mengurangkan manis pada peanut butter sour cream tu tapi akan mengekalkan resepi untuk kek caramel.

Ok, ni lah rupa kek terbaru saya - Nutty Caramel - rega RM70 - 1.2 kg +_ - (loyang 8 inch)



Wlupun ni kek butter, tapi tekstur dia super soft. Peanut butter sour cream dia plak hmmmmm.....menjilat sudu dibuatnyaaaa....hehheheh....

Saya akan kluarkan beberapa kek baru lagi dan semua kek ni akan diajar dalam kelas demo bulan Oktober nihh...(harap-harap saya berkesempatan untuk hasilkan 3 kek baru sebab kalau tengokkan jadual....penuh jerrrr....insyallah yakin boleh...)

Sep 7, 2011

Kelas DIY 29 n 30 dah dipenuhi....sorry...

Asskm dan aloo - ammmpunnn dan maaf dipinta....kelas DIY 29 dan 30 September yang dikosongkan oleh Cheah, Jitra dah di chopppp/penuh.....So, tiada kekosongan lagi...

Sekian, harap maklum...

Zalina

Alooooo semuaaa.... sapa nak kelas DIY 29 dan 30 September

Asskum dan alooo semua....lamanya tak update blog ni. Bakery pun tak jengah lagi untuk buat kerja-kerja pembuangan habuk. Saya terpaksa pendekkan cuti raya di Perlis sebab mak mertua masuk ICU raya ke empat hari tu. Masalah  jantung. Semalam baru keluar dari hospital. Dah tukar profession kejap skarang ni. Jadi misi jap...Insyallah MIL semakin ok. Dan insyallah saya akan mula kelas DIY saya pada 14 September (Rabu) depan.

Tapi ni ada makluman skett....student DIY saya - Cheah dari Jitra yang akan ambik kelas DIY pada 29 dan 30 September ni (Khamis dan Jumaat) terpaksa menundakan kelas dia sebab nak ikut husband ke China. So sapa-sapa yang berminat nak ambik kelas pada tarikh berikut bleh emel saya details yea...

Sekian, harap maklum....

Zalina
Slamat berpuasa Enam pada yang berpuasa enam....(saya raya enam Jumaat nih..alhamdulilllahhhh)

Aug 25, 2011

Biskut raya....

Salam dan alooo untuk semua...lamanya tak update blog nih......Tak da apa yang menarik sangat pas selesai kelas DIY saya dua minggu pertama berpuasa tu. Saya biasa saja...meneruskan kerja-kerja harian. Buat hamper sket untuk customer-customer lama (walaupun dah bercita-cita tak nak buat lagi tahun ni...hehhe..tapi customer dah pujuk kena la buat jugak..)

Pas habis kelas DIY dua minggu pertama hari tu, saya start membelek koleksi resepi-resepi biskut raya yang disimpan selama ni. Tak tau nak buat biskut apa sebab banyak sangat resepinya. Ada yang baru n ada yang dah lama sangat.

Tapi selalunya untuk pengetahuan anda semua, semua biskut raya saya akan jadi lain daripada apa yang sepatutnya. Sebabnya saya ni jenih yang beli dulu barang-barang buat biskut yang saya suka, pastu baru pikiaq apa nak buat. Sebab tu lah jadi biskut cara merba. Atau senang critanya - buat biskut berdasarkan bahan apa yang ada disekeliling saya...hehhehe

Saya akan adjust hampir 1/2 daripada resepi asal. Satu kebaikannya buat macam ni ialah - saya akan dapat biskut yang berlainan setiap tahun. Tapi keburukannya pula ialah - thn depan kalau nak buat lagi, jenuh nak ingat balik apa yang saya kurang dan apa yang saya tambah dalam biskut tuh....ehhehehhe....Tapi tak  pa la yang penting saya suka cara nih....hehhehehe

Untuk tahun ni saya buat 7 jenis biskut raya yang saya suka-suka hati taruk nama mengikut saya punya sukak gak....ahakssss. Semua biskut saya buat untuk makan sendiri dan untuk dicenderahatikan pada sedara mara tercinta....

Biskut-biskut tu ialah:

Cereal crunch

Samperit Mak Chaq (resepi daripada buku resepi arwah mak)

Thousand Nuts

Chocolate Crystal

Cornflakes Blossom

Butter Cherry cookies

Royal Pecan - hmmm...kacang pecan ni rega dia dekat RM80 sekilo...saya buat sket jer biskut nih....

Biskut dah siap pack untuk diagih-agihkan pada orang yang dikasihi...hehheheh
Ok...untk semua saya nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kalau saya ada buat silap. Terima kasih kerana terus menyokong saya.