Feb 9, 2012

DIY 8 dan 9 Feb 2012 - Norlie, Wani n Mazliara

Asskm dan aloooo untuk semua....Selasa kelmarin berDIY ngan kawan lama dari Somban - Norlie (Norlie Cookies). Tokey biskut raya. Norlie gak ada buat class kat kedai dia di Jalan Pantai. Ni nombor Norlie untuk sapa yang berminat nak join kelas dia - 013 620 6325.

Hari ni Norli blajar dua kek saya yang memang mendapat permintaan ramai - bukan saja untuk customer makan, tapi gak untuk student blajar - Russian Black n White n Snowy Peach. Kelas Norlie hari ni turut diselit oleh Cikgu Wani. Wani sajerr blajar nak buat makan kat rumah.

Wani (kiri) n Norlie


Snowy Peach n Russian Black n White

Hari ni plak, Mazliara datang blajar Royal Caramel n Hamper. Ni 2nd class DIY Maz ngan saya. Sebelum ni Maz banyak join class-class demo. 


Maz tengah beraksi...

Organza wrap

Shrink Wrap

Net wrap



Royal Caramel

Feb 8, 2012

PENGUMUMAN....Kelas Rock N Roll 3 Mac tunda ke 31 Mac

Asskm dan alooo untuk semua....



Harap maklum....kelas swiss roll Rock n Roll 3 Mac (Sabtu) terpaksa ditunda ke 31 Mac. Den luppooo...cousin kawen hari tu....

Dia dah bagi tau thn lepas lagi...sorry, sorry. Kelas ulangan Kek Slice n Cream Puff Eclairs (yang sepatutnya 31 Mac tu) plak akan diadakan pada bulan April. Date akan dimaklumkan tidak lama lagi. Harap maklum yea....sorryyyyyyy

Cikgu Su datang lagi....

Assskm dan alooo untuk semua...Marshuhaila (Cikgu Su) berDIY skali lagi ngan saya hari ni. Kalau tak silap ni kali ke empat kot. Alhamdulillah dah balik modal jual produk-produk yang dia blajar dari saya sebelum ni. Antara yang terhangat di pasaran - creampuff n eclairs dan Red Velvet.

Hari ni dia blajar 7 items semuanya. Russian Black n White, Royal Caramel, Nutty Caramel, Chocolate Mascarpone, Carrot Walnut With Cream Cheese, Kek Kukus n Pavlova.



Cikgu Su tengah beraksi...

Hasil hari neh....

Feb 3, 2012

DIY ngan Kak Suri, Melaka

Asskm dan alooo untuk semua....Kak Suri dari Melaka berDIY ngan saya sekali lagi. Ni 2nd time. 1st time dulu ambik gambo tangan jerrr, kali ni tak nak bergambar langsung. Hmmmm...tak pa lah kak. Kita ambik gambar hasil kerja kak jer lah.

Hari ni Kak Suri ambik package kek slice 4in1 dan Pavlova...
Pavlova

Ala-ala Opera slice cake

Strawberry slice cake

Chocolate slice cake

Fresh fruit slice cake

Feb 2, 2012

Kelas DIY Selasa, Rabu dan Khamis....

Asskm dan alooo untuk semua....sorrry, sepanjang minggu ni tak sempat nak updatekan kelas-kelas DIY. So terpaksa kumpul skali. Minggu ni start class ngan Noor sambil diselit oleh kak Nora dari Melaka n Kak Suzy yang happenningggg.....

Klu tak silap ni kali ketiga Noor berdiy ngan saya. Kak Nora selalu attend kelas demo n Kak Suzy plak 2nd time. 1st time hari tu kelas demo.

Depa ni ambik puff pastry - chicken pie, portugese egg tart dan sardine puff. Satu lagi Russian Black n White. Ketiga-tiga sepakat takmo ambik gambaq atas faktor-faktor keselamatan dalam negeri...ahakssss...So, gambar makanan saja laaa yang boleh nampak......hmmmmm..apa nak buekkkkk...

Chicken pie

Sardine puff

Portugese Egg Tart

Russian Black n White
Hari Rabu n Khamis, giliran sikumbang jati - Din dari Ampang plak. Din chup DIY dua hari ngan saya. Semalam n hari ni. Semalam dia solo. Tak dak orang menyelit. Semalam Din blajar 4 kek. Semua berasaskan coklat sebab dia pengemar coklat tegar. Opera, Russian Black n White, Chocolate Indulgence dan German Black Forest.

Din, graduate Law dari UiTM. Baru jer grad. Thn lepas. Tapi morah rezeki. La dah keja. Baking ni kira hobi n minat dia. Dia selalu tolong makcik dia bake kek kat rumah. So, senang ajaq Din ni sebab dia kenai bahan. Cuma dia tercungap-cungap sket mengejar speed saya....hehehhehhe. Tak pa dik....kena biasakan diri. Masa itu emas. Dalam baking ni kena pantas dan cekap....


Ni la Din - sangat berpuas hati ngan hasil yang dia buat. Din kata ``lama saya tunggu kelas kak ni. Saya book class kak ni 17 Oktober lepas,''' (fuhhh...lama tuuuu...hehehhe....tmakasih dik sebab sabar menanti)

Ok, hari ni plak kelas DIY Din - Package Sweet Bun dan Cream Puff n Eclairs diselit oleh aweks-aweks - Amy Rempit, Elly (wife cousin hubby) dan Kak Salmiah. Sib baik Din ni tabah dan tenang. Langsung tidak tergugat iman walaupun acap kali digoda oleh Amy Rempit...heehheheh. Rilekss n senyum jer bila kena usik ngan Amy rempit (errrrr..nama dia bukan Amy binti Rempit aaaa, tapi Amy, ibu kepada 3 anak ni memang suka naik moto...).





Dari depan - Din, Elly, Amy Rempit dan Kak Salmiah

Feb 1, 2012

JADUAL KELAS DEMO FEBRUARI DAN MAC 2012

JADUAL KELAS DEMO FEBRUARI  dan MAC 2012

1. KEK CONTINENTAL MODUL 2 -
Red Velvet, Russian Black n White, Snowy Peach n Tiramisu

TARIKH: 11 FEBRUARI 2012 (SABTU)
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
YURAN KELAS: RM180

RED VELVET


SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE

TIRAMISU
Kalau berminat nak join, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM80 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 10 FEBRUARI 12 TENGAHARI.
Deposit boleh dibuat mulai sekarang/hari ni
ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK 11 FEB
No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
 (Sila bawak bekas masing-masing untuk bawak balik kek yang dipelajari)
____________________________________________________________________

2. KELAS BARU - BROWNIE PREMIUM  (MODUL KELAS TERBARU!!!!!)

TARIKH: 18 Feb 2012 (SABTU)
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
YURAN KELAS: RM180


KELAS: BROWNIE PREMIUM
                i. Fudgy Walnut Brownie
                ii.  Marbled creamcheese brownie
                iii.  Vanila fluffy brownie
                iv.  Crunchy Salted Caramel Brownie

                                       

Fudgy Brownie

Fluffy Vanila Brownie

Marbled Cheese Brownie
Crunchy Salted Caramel Brownie

                           
Kalau berminat nak join, ikut langkah mudah nih:

i. Bank in deposit RM80 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 17 FEBRUARI 12 TENGAHARI.
 Deposit boleh dibuat mulai sekarang/hari ni.
ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK 18 FEB
No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)
(Sila bawak bekas masing-masing untuk isi kek yang dipelajari)
 _____________________________________________________________________________

 3.  KELAS: KEK CONTINENTAL POPULAR BZEE BAKERY (MODUL 3)
     - GERMAN BLACK FOREST
     - STRAWBERRY MOUSSE
     - CHOCOLATE MOUSSE



TARIKH: 25 FEBRUARI, SABTU
MASA: 11 PAGI - 5 PETANG
YURAN: RM150
DEPSOSIT: RM50

  

German Blackforest

Strawberry Mousse

Chocolate Mousse

Kalau berminat nak join, ikut langkah mudah nih:
i. Bank in deposit RM50 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya JUMAAT 24 FEBRUARI 12 tengahari. Deposit boleh dibuat mulai sekarang
ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK  25 FEBRUARI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya).
(Sila bawa bekas masing-masing untuk isi kek yang dipelajari)


____________________________________________________________________


4. KELAS BACK TO BASIC - 12 JENIS KEK ASAS


Tarikh: 24 MAC  2012 (Sabtu)
Masa : 11 pagi - 5 petang
Yuran: RM250 
Deposit: RM150
Kelas: Back To Basic (12 jenis kek asas - SANGAT sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak ngan dunia bakery. Koleksi pilihan kek terbaik Bzee Bakery dan gerenti menjadi - Insyallah). Daripada resepi-resepi asas ini juga saya akan tunjukkan mcam mana nak kembangkan untuk jadi beberapa resepi lain. 


PERCUMA: 1. Resepi asas Buttercream yang boleh digunakan untuk sapuan cupcake dan cupcake.
                       2. Resepi buttercream untuk membentuk bunga yang cantik
                       3. Resepi chocolate ganache economi yang membolehkan anda menjual kek coklat
                           ekonomi - kek coklat murah

1. Kek Pisang

2. Rainbow

3. Swiss Roll

4. Cupcake Vanila

5. Cupcake Chocolate

6.Chiffon Coffee

7. Kek Orange Super Moist

8.Chocolate Cake Supermoist (versi economy - resepi kek coklat baru)

9.Blueberry muffin

10.Asas Brownies

11. Butter Marble (resepi tak sama ngan butter rainbow)

12. XXXXsss cuppies- sesuai dijadikan gift kenduri (resepi tak sama ngan vanila muffin)

Jika berminat nak join class neh ikuti langkah berikut:
1. Bank in deposit RM150 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya pukul 12 tengahari, 24 MAC 2012. Deposit boleh dibuat mulai sekarang/hari ini
2. Pas bnk in, sms NAMA, class dan tarikh class - contoh: Maya Karin, back to basic,  24 MAC
3. Pas tu tak yah buat apa-apa lagi - tunggu tarikh class n datang class bersama duit balance. Sila bawa bersama BEKAS masing-masing untuk isi kek yang dipelajari.


_____________________________________________________________________________







5. KELAS `ROCK N  ROLL'  (MODUL KELAS TERBARU!!!!!!)

1. Benji Roll

2. Pandan Roll
3. Tiger Roll
4. Painted Roll (TERBARU!!!)
5. Icecream Roll (TERBARU!!!)

Tarikh: 31 Mac 2012
Masa: 11 - 5 petang
Yuran: RM200
Deposit: RM100


Benji Roll

Pandan Roll
Painted Roll


Tiger Roll
(gambar icecream roll akan dipost kemudian...)

Jika berminat nak join class neh ikuti langkah berikut:
1. Bank in deposit RM100 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195 selewat-lewatnya 2 MAC 2012. Deposit boleh dibuat mulai sekarang/hari ini
2. Pas bnk in, sms NAMA, class dan tarikh class - contoh: Maya Karin, back to basic,  3 MAC
3. Pas tu tak yah buat apa-apa lagi - tunggu tarikh class n datang class bersama duit balance. Sila bawa bersama BEKAS masing-masing untuk isi kek yang dipelajari.


________________________