Apr 11, 2009

Kelas biskut raya 2009

Enam jenis yang diajar hari ni

Student-student tengah dok sibuk membawa pulang bahagian masing-masing. Yang kat depan (warna gelap) tu biskut black forest yang saya janji nak postkan gambar tu. Tapi dalam dok sibuk-sibuk tu, saya lupa plak nak ambik gambar fokus. SOrry sangat-sangat.






Walaupun raya jauh lagi, tapi student-student saya ni dah start mintak resepi-resepi biskut raya terbaru - yang belum ada dalam market la kiranya. So, sebagai memenuhi permintaan student-student yang setia ni saya ciptakan khas enam resepi biskut terbaru - snow lemon, sweet isabella, blackforest, Crunchy Croquant, thousand nuts dan chocolate paradise.

Ada enam lagi resepi biskut-biskut terbaru yang akan saya ajar bulan depan. So, rajin-rajinlah check jadual.


Just nak inform, sepanjang minggu depan, saya tak akan updatekan blog saya ni sebab nak balik kampung di Perlis. Sepanjang seminggu tu, hajat hati nak stop beberapa tempat - Ipoh, Penang, Kepala Batas, Sungai Petani/SP (rumah adik, nak jumpa anak-anak menakan...rindu walaupun baru jumpa bulan lepas), Alor Setar n Perlis.

N alang-alang dah ke SP saya nak singgah kat Magic Mix . Kedai ni jual pelbagai jenis tepung-tepung campuran yang best-best termasuklah mix chilled cheese cake. Saya penah cuba guna mix ni. Senang sangat, cuma campur mix dengan air dan terus sejukkan. Memang best cheese cake ni. So, sesapa yang susah nak dapatkan Philadelphia Cream Cheese atau tak confident nak buat chilled cheese cake, bleh cuba mix ni.


Satu lagi nak cuba mix fruit cake. Katanya ada seorang customer dari KL yang banyak buat duit dengan mengeksport mix fruit cake ni ke India. Tak per, nanti saya try. Kalau o.k bleh saya bagi demonstrasi free untuk student-student.

Selain itu, antara destinasi penting yang mesti saya p ialah Kepala Batas. Nak cari acuan-acuan kuih special kat Kompleks Kailan. Kat situ ada satu kedai (tak ingat la plak apa nama kedai tu...) yang jual macam-macam jenis acuan kuih berkualiti tinggi dengan design terkini. N yang best, boleh tempah acuan yang macam mana kita nak. Nanti saya akan postkan jenis-jenis acuan yang boleh anda beli di Bzee Bakery.

Kat Penang plak, nak cari satu kedai ingredients yang katanya menjual tepung-tepung roti antarabangsa yang berkualiti tinggi dan special. Kiranya tepung-tepung roti kat sini kalau dah jadi roti rasanya setaraf ngan roti kat hotel-hotel 5 bintang . Kebanyakan hotel 5 bintang banyak order tepung-tepung roti dari kedai ni. Nak beli n buat experiment sket sebab ada student yang tanya mengenai roti-roti special ni macam Artisan Bread, Baguette, Bagels, Focacia, Country Loaf , dsbnya...