Aug 6, 2011

DIY sepanjang minggu pertama posa

Salam dan alooo untuk semua....sorry ambik masa lama sangat untuk update blog. Dah seminggu berposa. Baru malam ni berkesempatan ngadap laptop n mengarang. Hari-hari lain tu ada saja benda nak buat.

Sepanjang minggu lalu, saya berDIY ngan Azizah, Nisya (dua-dua dari Seremban), Norah (errrr.....lupa plak...Subang kan,,,? sorry, sorryyyyy)  n Cikgu Su (Marshuhaila) dari Kelang.

Azizah dari Seremban yang keja kat RHB di Senawang blajar buat roti n creampuff & eclairs. Kiranya dia 1st student saya untuk bula posa. Hmmmm...mencabar betoi bulan-bulan posa nih menguli roti. Lebih mencabar lagi bila bau roti panas-panazzz keluar oven lerrrr...hehhehe....

Ni sebakul sweet bun yang Azizah buat

eclairs

Creampuff.....

Mesti anda tertanya-tanya....Azizahnya manaaaa...? hehhee...maaf buat masa ni Azizah enggan dikenali. Tunggu lepas rayaaaaaaa....hehheheh (lawak jerr Azizah)

Student DIY kedua plak Nisya. Ponggg dari Seremban. Orang PD tapi keja kat Senawang. Nisya ni penah masa kelas chocolate indulgence saya. Kelas demo. Lama dah...dia pun tak bleh nak recall bila. Dia kata dah buat 4 kali, 2 kali jadi, 2 kali tak jadi. Selalunya failed masa kat curah coklat atas kek tu laaa...So, tension punya pasal...dia nekad ambik kelas DIY. Hmmmm....banyak info-info dan petua yang saya bagi masa kelas dulu Nisya lupa niiiii....sebab tu tak jadi.

So, hari tu, Nisya tengok dan buat notes betul-betul. Harap-harap pas ni tak dak masalah lagi yea. Selain chocolate indulgence, Nisya juga blajar 3 jenis tartlet - fruit, chocolate dan blueberry cheese.
Nisya ngan 3 jenis tartlet dan chocolate indulgence


 TQVM kat Nisha sebab tolong saya masukkan biskut raya dalam goodie bag yang saya buat untuk majlis buka posa Southern Waste Management (SWM). Nisya yang rela hati nak tolong sementara menunggu shell tart dia sejuk sebelum bleh isi filling. Tq skali lagi yea dik....

Jumaat kelmarin plak, Norah Ahmad berDIY ngan saya. Dia ambik 4 jenis kek - Russian Black n White, Black Forest Cheesecake, Red Velvet dan Carrot Walnut with Cream Cheese. Ramah Norah ni. Sampai-sampai jer dia dah tolong saya angkatkan butter dari kereta saya. Masa tu saya keluar beli butter n creamcheese jap. Bila sampai, Norah dan setia menunggu kat kedai saya. Menengokkan saya mengangkut barang sorang, sorang, dia offer nak tolong. Hmmmm...alhamdulilllah....bulan-bulan posa ni ada jerrr orang nak nolong kan....?hhehehe

Bukan tu jerrr....Norah gak bawak rempeyek bilis yang mak dia buat untuk saya. Sedapppp...rangup n cukup rempah ratusnya. Mak Norah memang buat jual rempeyek ni. Bukan saja masa bula posa, tapi sepanjang tahun. Sapa nak bleh call Norah (012 696 3899).Tq yea dik....



Norah yang baru siapkan kek carrot walnut dia....


Ngan semua kek yang dah siap....     

Ni emel Norah kat saya....


Salam k.ina,
 
kek2 yang baru di pelajari telah pun selamat di makan dan di kendurikan di masjid. Memang sedap la kak kek2 tu, x tipu ya. Saya paling suka sekali red velvet cake, carrot cake dan blackforest cheese cake....kek black n white russian tu sy suka gak tapi prefer la yg 3 lagi tu sedap betul. x rugi sy datang kelas akak hari ni, byk teknik2 baru yg telah saya pelajari..........
 
Ohh ya anak2 sy dah siap book mana kek yang akan mereka bawa bulan hadapan bersempena dengan harijadi mereka.....
 
Insya-Allah, sekiranta tiada aral melintang memang nak datang ke kelas kelolaan k.ina, cuma x pasti kali ni boleh ke pi utk kelas DIY

 Ok dik, alhamdulillah sebab suka kek-kek saya tuh...insyallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi...

Hari ni, Sabtu, saya berDIY ngan Marshuhaila - Su. Ni 3rd time dia ambik DIY ngan saya. Mula-mula dulu saya memang dah plan untuk bulan posa, saya tak nak buat kelas hari Sabtu dan Ahad. Tapi Su ni punya la memujuk rayu mintak dikasihani..(ahksssss...). Last-last saya pun termakan ngan pujuk rayu dia sebab dia mempunyai alasan yang sangat kukuh yang pada pandangan saya, tak patut sangat saya tak mengasihani dia...ahakssss( bahasa munga-munga,.....). Alasan tu, biarlah menjadi rahsia antara kami...ahakssss skali lagi....

Tapiiiii.....DIY ngan Su ni lah yang paling mencabar skali. Apa taknya...kalau sebelum ni student belajar kek jerrr.. Saya sendiri pun dah tak terliur dah tengok kek-kek tuh. Tapi Su ni ambik package western food, macaroni bakar, chicken pie, portugese eggtart dan chocolate walnut muffin.


Hmmmmm...menumis bagai lerrrr jawabnya tadi. Si baik la Su ni tengah `beraya'. So, bleh lerrr dia jadi tester....ahakssss.

Dalam package western tu ada;

i. Spagethi bolognese
ii. Lasagna
iii. Shepard Pie
iv. Pizza instant
v. Mashroom soup

Kami start kul 10.30 pagi. Settle semua kul 5 petang. Fuhhhh....penat gila...sebelah paginya buat western food n macaroni bakar, pastu sambung ngan buat muffin dulu. Pas settled semua tu, kemas meja bagi cantik-cantik dan bersih, terus mencanai dan melipat puff pastry....
Portugese Egg Tart - Su kata portugse egg tart saya lagi sedap dari KFC punya...(ni  Su kata aaa...bukan saya kata....Tq Su sebab jadi duta Portugese Eggtart saya...ahaksss)

Macaroni bakar

Mini Sheppard Pie

Chocolate Walnut Muffin - sehari sebelum class Su sms saya. Dia kata dia nak resepi mufin chocolate yang paling sedap. Pas bakar saya suruh dia rasa sebab dia tengah raya kan....``mmmm...memang sedap kak...,'' - Skali lagi,  ni Su kata, bukan saya kata...

Pizza express

Lasagna

Spagethi Bolognese dan mushroom soup....nak tak larat nak ambik gambaq boh dalam pinggan cantik-cantik...semua dah ponek...

Semua yang Su blajar hari ni....fuhhh....rezeki harimau untuk bukak posa. Su nak bawak semua ni gi rumah sedara dia kat Sungai Congkak. Nak berbuka kat sana

Su yang tak berapa penat sebab tengah `beraya' (ahaksss). Dia kata thn ni dia nak jamu western food untuk open house raya rumah dia.....jom serbuuuuuu....

Untuk semua student DIY minggu ini - Azizah, Nisya, Norah dan Su....tengkiu sekali lagi sebab sudi joint kelas DIY saya. Selamat berposa dan selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin...