So Najah memendekkan masa kelas. Blajar hamper n kek pisang saja. Patutnya balik kul 11 malam ni tapi Najah mintak saya ambik tiket awai. Alhamdulilah dapat kul 4.30 tadi. Ni mesti Najah tengah tidoq atas bas ... ahaksss. Tak pa lah Najah...penat kan.
Alhamdulillah kelas hari ni berjaya diselesaikan dengan sempurna dan tepat pada masa yang dibajet.
Seperti biasa dalam kelas hamper ni saya ajar:
i. Pelbagai jenis ikatan riben
ii. Pelbagai idea pembungkusan hamper - organza, net, shrink wrap dan kertas hadiah
iii. Cara menyusun barangan dalam bekas hamper supaya nampak menarik dan `melimpah ruah'
iv. Cara membuat costing dan menentukan harga
v. Tips mendapatkan barang hamper yagn murah
vi. Resepi 3 biskut raya untuk buat hamper
Dan yang paling best ialah buat sendiri dan bawak balik hamper bernilai RM150.
Sapa berminat untuk belajar buat hamper - persediaan untuk raya tahun depan, bleh book kelas awal-awal. Tapi bulan Januari lah yeaaa....tahun ni dah penuh..ampunnnnn...
Ni gambar hamper-hamper yang Najah buat hari nih...
Sesuai untuk hamper Christmas |
Ni Najah kata sesuai untuk Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat dan yang sewaktu dengannya...Tema Kewanitaan |
Ni untuk koleksi Raya Aji - Najah cakap... |
Ni plak dia kata untuk Hari Setiausaha - Shrink Wrap |
Net Wrap ngan ribbon kertas - untuk raya @ Hari Bapa pun ok...hehheh |
Koleksi hamper yang Najah buat ngan hamper dari kelas sebelum ni.... |
Ni mesej Najah kat saya lepas naik bas tadi:
Kak ina, terima kasih sbb sudi ajaq. Best blajar ngan kak ina. Doakan yaaa...tak sabaq nk blk promote hamper
Sama-sama diknunnn....insyallah kita sama-sama doa. Awak berjaya, saya bleh tumpang sronok n bangga.
Tapi satu petua kejayaan yang Najah kongsi ngan saya hari ni yang saya sangat SUKA DAN SETUJU ialah
Orang yang berjaya ialah orang yang bila dapat sesuatu idea, terus buat dan terus usaha ke arah itu...jangan tunggu n bagi berbagai-bagai alasan - tunggu bagi cukup itulah, ini lah... dan ..bla, bla dan blaaa....
Najah baca dari buku pakar motivasi terkenal - Dr. Azizan