Jan 14, 2012

Cerita Julie n Aziah

Asskm dan alooo untuk semua....Dua kelas DIY lepas (Khamis dan Jumaat) sebenarnya tak kena mengena langsung. Julie dari Rantau, Negeri Sembilan. Aziah, jauh di selatan - JB. Tapi cerita kedua-dua student saya kali ni buatkan saya terus fikir tentang hidup, kematian dan harapan untuk terus hidup.

Julie kematian mak sejak dia umur 8 tahun lagi. Lepas tu kakak Julie adalah segala-galanya bagi Julie - menggantikan arwah mak.

Saya tanya: ``awak ingat arwah...?''

``Ingat kakkk...saya anak kedua bongsu. Memang manja dengan arwah. Adik bongsu tu masa tu masih menyusu - tiga tahun,'' Sedihnya saya dengar cerita Julie. Tak boleh bayangkan keadaan masa tu. Allah maha kaya. Julie n adik dia pas tu dijaga kakak macam  anak sendiri.

Tapi umur kakak Julie tak panjang. Baru saja meninggal dunia. `` Dia tak penah sakit apa pun kak. Tetiba pendarahan dalam otak, terus operation. Seminggu lepas tu dia meniggal. Memang sedih kak sebab dia dah jadi macam mak kami. Kalau kami adik beradik nak makan apa, mesti cari kakak. Berkumpul pun di rumah dia,''

Cerita Aziah plak - mak dia dah menderita penyakit kanser paru-paru sejak 10 thn lepas. Dah macam-macam rawatan mak dia lalui. Chemotherapi tak yah cakap laa. Ntah dah berapa kali.

``Doktor bagi dia enam bulan untuk hidup. Tapi alhamdulillah mak masih kuat semangat. Dah lebih enam bulan daripada tarikh yang Doktor bagi untuk hidup,''

Tapi kata Aziah, mak dia memang agak uzur. Sejak lebih 10 tahun lepas, dia cuma boleh makan bubur. Mak Aziah dah tak dak deria rasa lagi.

``Kuatnya semangat dia  untuk hidup,'' kata saya.

``Ak aaaa kak...dia suka berjalan. Tadi dia yang nak ikut hantar saya datang kelas,''

Cerita Julie buatkan saya berfikir betapa kita harus sentiasa bersedia dan redha untuk kehilangan orang yang kita sayang dalam hidup ni. Allah akan ambil bila-bila masa sama ada kita bersedia atau tak.

Cerita Aziah pulak sebaliknya - betapa kita jangan mengalah dengan apa jua dugaan Allah. Jangan putus asa dan patah semangat untuk terus berjuang dan berusaha untuk hidup. Allah akan menduga kita dengan pelbagai dugaan yang tak mungkin boleh kita bayangkan.

Ini ingatan untuk diri saya sendiri. Doa saya semoga Allah tetapkan iman dan senitasa beri saya kekuatan untuk berhadapan dengan apa sahaja dugaan mendatang. Saya mohon saya boleh menerima segala dugaan pahitNya dengan penuh keredhaan dan tidak patah semangat. Dan, saya juga mohon, Allah tidak jadikan saya seorang yang lupa diri dengan dugaan nikmat dunia. Itu yang paling saya takut.


Sorry, emo sket....tapi tak tau napa cerita Julie n Aziah tu buat saya terus berfikir sampai la...sangat memberi kesan kat saya.  Ok, tak pa..kita tinggalkan crita Julie n Aziah n ambik iktibar daripada kisah dua student saya tu.

Julie 1st time berDIY ngan saya. Lama dah dia book class ni. Kalau tak silap sejak bulan Oktober lepas. Dia ambik package hamper, Italian Rainbow dan Vanila Muffin.





Julie dengan items yang dia blajar hari neh



Aziah dari JB plak ambik DIY 5 jenis kek - Italian Raibow, Royal Caramel, Double Chocolate Cheesecake, Blackforest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake


Royal Caramel

Italian Rainbow

Japanese Cotton Cheesecake

Blackforest Cheesecake

Double Chocolate Cheesecake

Aziah
.
Aziah, Julie..tengkiu untuk cerita-cerita awak berdua yang membuatkan saya merenung kembali mengenai mati, hidup dan harapan untuk terus hidup....