Idea untuk buat kelas biskut raya dulu-dulu ni hasil pengalaman lepas-lepas masa saya dok buat biskut raya. Tiap-tiap tahun, saya akan buat beberapa jenis biskut raya - lama dan baru. Tapi selalunya daripada 10 jenis biskut raya tu, 3 jenis saya akan buat biskut lama la mcam makmur, samperit dan tart. Dan seperti biasa ketiga-tiga jenis biskut raya nilah yang akan habis dulu. Biskut-biskut baru ni...hmmmmmm...kekadang tu hapak macam tu jer...So, tahun ni cita-cita saya (ahaksss..) nak buat semua biskut lama-lama ni. Tapi berapa jenis tu tak sure lagi. Bergantung pada kerajinan....
Ok, sapa yang berminat nak buat biskut lama-lama ni bleh join kelas ni. Tarikh belum confirm lagi tapi insyallah bulan April. Dalam seminggu dua lagi saya bagi jadual penuh untuk bulan April. Sebabnya saya tengah tunggu confirmation daripada pensyarah-pensyarah jemputan saya untuk kelas bulan April. Bulan April ni saya banyak jemput cikgu-cikgu dari luar. Antaranya ialah Azie JB yang akan ajar kek lapis dia yang malatop tu, Ratu Biskut Raya Moden - Kak Ita Delights (biskut raya terbaru), Puan Mirawati yang famous ngan tart buah dia yang chumel-chumel tuuu.
Dan insyallah, saya juga akan menjemput pakar roti dari Indonesia - Pak Agus untuk kelas roti, bun dan donut selama dua hari di bakery saya.
Jadual lengkap - tarikh dan yuran akan dimaklumkan tak lama lagi. Tengah tunggu green light daripada sifu-sifu ni....Insyallahhh...
Kelas Biskut Raya Dholu-Dholuuu.... |
Kelas Tart Puan Mirawati |
Kelas biskut Kak Ita Delights |
Kelas Roti Pak Agus |