Sep 16, 2012

Testing, testinggg...


Asskm dan alooo untuk semuaa...

Semalam, Sabtu saya tak buat kelas..tapi gi gak ke bakery. Tangan tergedik-gedik nak try tiga resepi baru untuk modul baru kelas saya. Kali ni yang pedas-pedas...tapi masih berasaskan pastry. Saya nak cuba Murtabak Cream Cracker, Quiche (disebut KEESH) dan chicken pie.

Quiche ni sejenis French Pastry yang base dia adalah pastry, pastu ada daging atau seafood dan savory custard.
 

Teknik pastry resepi yang saya buat ni expresss - tak perlu bakar dulu....terus buat pastry, boh inti, boh custard pedas, pastu terus bakar....senang dan yummeh..

Untuk chicken pie plak, kali ni saya tak pakai puff pastry. Kali ni pakai shortcrust pastry. Lagi senang dan tak perlu lipat-lipat. Tapi rasanya berbeza laaa..yang guna puff pastry lipat-lipat tu crunchy dan berlapis-lapis. Yang ni tidak...pastry gebu dan rangup...

Daripada ketiga-tiga ni, saya cuma sempat siap 2 jerrr.....Murtabak Cream Cracker dan juga Quiche...yang lagi satu tu tak sempat siap sebab dok pulun buat durian crepe. Ramai yang nak menyelit order rupanya.....hehehhe...Semalam saya buat lebih kurang 200 pcs durian crepe...semua licinnnn....Alhamdulillah...



Murtabak Cracker

Quiche (Keesh)

Junior saya masa kat USM - Tasnim...dia mai ambik durian crepe, terus sangkut tunggu saya siapkan murtabak cracker dan Quiche....so, apa lagi, soh jadi tester dan model lerrrr....jimat cost modellingggg...hehhehe

Okehhh...ni plak durian crepe ysaiz kechik-kechik macam yang dijual di Mid Valley tu...lebarnya lebih kurang 2 jari....bleh jual 6 biji RM10 macam yang kat Mid Valley tuh. Saya dah jumpa non stick pan yang boleh buat crepe yang chomel neh...


Ni lah non stick pan yang berukuran 5 inchi saja....Rega dia mahal sket sebab kualiti dia sangat best...tak yah boh minyak langsung...RM20 satu. Mana-mana student yang nak order bleh bank in full payment ke dalam accunt MAY BANK ZALINA YAHAYA - 1122 500 16852  paling lewat pada AHAD 23 SEPTEMBER sebab saya kena order dulu. Untuk cepatkan kerja, saya advice beli 2...senang. Pas bnk in, SMS ke nombor saya 019 282 0053. Contoh: Rozita Che Wan, RM40, Kuali Crepes 2. Saya hanya akan beli untuk orang yang dah bank in duit dan sms...tak nak chup-chup n bayar masa datang ambik...Bayar dulu baru bleh chup-chup...Mai ambik kuali ni masa kelas sabtu 29 September...