Sep 30, 2013

CLASS DIY GROUP


Apa itu kelas DIY GROUP/BUAT SENDIRI BERKUMPULAN

Ni jenis kelas baru yang baru saya introduce. Nak bagi peluang pada student yang nak belajar DIY ngan saya tapi tak nak pening-pening belajar banyak. Nak ambik sejenis saja pada setiap class.

So, saya introduce la kelas ni.

Ciri-ciri kelas DIY Group:

1. Pada setiap kelas saya hanya akan ambik maksimum 6 pelajar sahaja. Paling kurang perlu ada 3 pelajar. Kalau tak cukup 3 orang, saya berhak membatalkan kelas

2. Saya yang akan tentukan apa yang akan diajar dalam kelas berkenaan. Tapiii..kalau u all ada geng 6 orang, dan dah decide nak belajar apa yang u all nak, Insyallah saya akan ikut. Just bagi tau saya kata u all dah ada geng 6 orang dan nak belajar apa. Saya akan adjust jadual.

kelas DIY Group ni hanya dibuat pada setiap hari Jumaat.

3. Anda PERLU MEMBAYAR FULL AMOUNT yuran kelas ni. Bukan DEPOSIT. Dan semua bayaran tidak akan dipulangkan balik jika anda membatalkan kelas atas apa alasan sekalipun. Anda juga TAK BOLEH fowardkan bayaran tu ke kelas lain. Kesimpulannya… semua bayaran BURN jika anda tak hadir. Kecuali anda dapat mencari pengganti.

4. Kelas bermula pukul 11 pagi dan insyallah akan selesai paling lewat kul 3 petang.


Bagaimana kelas DIY Group dikendalikan:

1. Setiap student akan buat kek masing-masing dari A-Z. Cuma timbang saja saya soh assistant saya tolong siapkan. Sebab kalau nak tunggu anda semua timbang sendiri…kelas yang bermula kul 11 akan habis kul 5….Selalunya kelas DIY Group ni klau start kul 11, paling lewat kul 3 dah habis. Kadang-kadang lebih awal dari tu.

2. Proses buat sendiri tu akan bermula daripada awal sehingga lah habis. Setiap student akan diberikan mixer sendiri . STUDENT TAK AKAN SHARE MIXER atau PERALATAN-PERALATAN LAIN. Semua saya akan siapkan sorang satu set.

3. Setiap student akan bawak balik semua hasil yang dia buat. Tak kan share potong 6 ker, 4 kerrr…WAK BALIK SEMUAAA…

Apa yang perlu dibawa masa datang kelas

1. Bawa APRON saja….yang lain saya siapkan.