Aug 14, 2011

Tempahan Kek Raya kini dibuka

Salam dan alooo untuk semua....




Pada sesapa yang berminat untuk order kek raya, pilih mana yang berkenan yea...Ikuti langkah mudah ni...
Cara:

1. Pilih kek mana yang berkenan
2. Emel saya
3. Tunggu reply saya untuk bagi quotation atau mungkin discount
4. Bnk in full payment - Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
5. Tunggu jerrr hari bahagia untuk ambik kek....


Last Order: 22 Ogos (Isnin) kul 6 petang
Tarikh pick-up cake bermula 26 Ogos (Jumaat), 27, Ogos (Sabtu), 28 Ogos (Ahad) dan 29 Ogos (Isnin) - paling lewat kul 12 tengah hari.

Notes:
1. saya tak buat penghantaran. Semua kek perlu diambik sendiri di Bzee Bakery, No. 23 Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (berhampiran Kompleks Mahkamah Seremban 2)
2. Semua kek dijual pada saiz standard seperti yang dinyatakan dalam caption - saya tak buat kek berdasarkan berat atau separuh adunan.





Russian Black n White - RM95 +- 2.8 kg (saiz loyang 9 inch)

Red Velvet - RM85 (berat +- 1.6 kg)

Tiramisu - RM90 +- 1.5 kg. Saiz loyang 8 x 8 inch

German Black Forest - RM70 +- 1.6 kg. Saiz loyang 9 inch

Italian Rainbow - RM100. +- 2.5 kg. Saiz loyang 9 inch

Baked Oreo Cheese Cake RM70 +- 1.6 kg. Saiz loyang 8 inch

Opera - RM95 +- 1.8 kg. Saiz loyang 7 x 7 inch

Japanese Cotton Cheese Cake - RM65 +- 1.2 kg. Saiz loyang 8 x 8 inch

Chocolate Indulgence - RM80 +- 2.5 kg. saiz loyang 9 inch

Double chocolate Cheese Cake - RM70 +- 1.4 kg. Loyang saiz 8 inc


Blueberry cheese cake - RM70. +- 1.5 kg. Saiz loyang 8 inch

Chilled Oreo Cheese Cake - RM70 +- 1.8 kg. Saiz loyang 8 inch

American Chocolate - RM70 +- 2kg. Saiz loyang 8 inch

Cheese Tart - 1 box RM45 - 49 pcs.

Kek Pisang Ibu Duit - RM40+- 800gm. Saiz loyang 10 x 10 inch

Kek Pure Butter Marble 7 Keturunan - RM40 +- 1.2 kg. Saiz loyang 8 inch

Kiwi/Strwberry/chocolate Mousse cake - RM70. +- 1.6 kg. Saiz loyang 9 Inch

Snowy Peach CUstard Cream Cake - RM70 +- 1.6 kg. Saiz loyang 9 inch

Carrot Walnut With Cream Cheese - RM95. +- 2 kg. Saiz loyang 10x10 inch



Marble Cheesecake RM60 +- 1.2 kg. Saiz loyang 8 inch

Aug 13, 2011

Kelas Demo Khas Ramadhan

Salam dan aloooo untuk semua....Tq untuk semua 26 student (patutnya 28, 2 lagi tak dapat hadir sebab emergency) yang sudi join kelas demo hari ni walaupun sibuk ngan persiapan berbuka, raya dan len-len...

Salamah, Kak Nurul, Aurah, Intan, Zainon, Yann, Anna, Noraini, Sapiyah, Norhidayah, Fad (fadrizals-cakes.com), Ely, Zaridah (twinbakies.blogspot.com), Rohani, Kak Ani, Che Pah, Faridah, Mamatiera (mamatierakithchen.blogspot.com), Azrina, Zuharlina, Hasnaliza, Noraini, Siti Norliayana, Laily dan Mai.

Kali ni kelas demo 4 jenis kek ciptaan eksklusif  saya - Italian Rainbow, Russian Black n White, Snowy Peach dan Red Velvet.
Semuaaaa student yang riuh rendah tapi berdisplin...hehhehe

Russian blacn n white

red velvet

Snowy Peach Custrard cream cake

Italian Rainbow

Pada semua student hari ni....selamat mencuba semua kek-kek ni untuk jamuan hari raya nanti....Slamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin...

Tips kekal slim Kak Fatimah n DIY ngan Sathis dari Nilai

Salam dan alooo untuk semua....minggu ni minggu last saya buat kelas DIY sebelum start bercuti raya. Dua student last DIY saya ialah Kak Fatimah dari KL dan Sathis dari Nilai.

Kelas DIY Kak Fatimah, Khamis kelmarin dulu. Mula-mula saya ingat Kak Fatimah tak jadi ambik kelas DIY ngan saya. Pagi tu sms dan phone saya tak berjawab. Tetiba dalam dah dekat kul 9.30 Kak Fatimah muncul. ``Sorry lambat...kak uruskan mak dulu. Dia jatuh dalam bilik air. So sekarang tak bleh bergerak sendri sangat,''...oooo patutlaaaa...Tak pa ka...mak kena didahulukan.

Sbenarnya dah banyak kali saya dengar kes-kes orang tua jatuh dalam bilik air ni. Risau gak nih...sepanjang saya kat kedai, saya selalu pesan ngan mak metua saya supaya xtra berhati-hati bila masuk bilik air. Mak metua saya ni dah 77 umur dia. Tapi alhamdulillah dia still kuat lagi. Tapi nak kena hati-hati gak laaa....

Masa mula-mula sampai tu Kak Fatimah ni tak banyak cakap...dia buat jer keja. Nampak macam dia agak rushing nak siapkan keja dia.Dia ambik 2 jenis subjek jerrr... package sweet bun n cream puff n eclairs. Saya paham. Mungkin dia nak cepat balik gi tengok mak dia.

Tapi lama-lama dia ok. Peramah Kak Fatimah ni sbenarnya. Kak Fatimah ni dulu cikgu bahasa France kat beberapa sekolah berasrama penuh terkenal termasuklah TKC. Tapi dia berenti awal. Sekarang buat part time ajar bahasa France sket-sket.

Tapi saya respect betul la dia punya sifat rendah diri n jati diri Melayu Kak Fatimah ni. Wpun kawen ngan orang putih n ngajar bahasa France (belajar kat France 4 thn), jarang sangat nak dengar dia selit-selit bahasa Inggeris dalam perbualan dia....Rasanya kita yang tak berapa betul bahasa inggeris ni lagi suka menyelit bahasa Inggeris dalam perbualan kita walaupun  kadang kala tuh... ntah betoi ker idak...ahakssss.

Semua crita-crita ni saya yang korek dari Kak Fatimah...biasa laaaa kannnn....darah reporter masih mengalir dalam badan. Satu demi satu saya tanya Kak Fatimah ni. Rupa-rupanya Kak Fatimah ni dulu adalah bekas jurulatih negara untuk pasukan gimrama. Ingat Faiznoor Miskin...haaaa...anak didik dia la ni...Ada sorang lagi dia sebut...saya tak ingat...biasa la saya kan...banyak minum ayaq masuk semut...so, cepat lupa.

Patutlah body maintain cun n pergerakan pantas macam lipas kudung walupun sedang menghitung  hari nak masuk umur 50 thun. Sooooooo...apa lagi, saya pun tidak melepaskan peluang untuk tanya Kak Fatimah, petua-petua untuk kekal slim melim n diet betul untuk kuruskan badan.

Sebabnya.....saya ni boring tak habih-habih ngan diri sendiri yang tak penah-penah berjaya menguruskan badan. Rasanya sejak berzaman-zaman (ahakssss) ni lah keja saya...diet, kurus jap, pastu gemokkkkk balik .... hmmmmmpphhhh. Tapi bila dengar cara Kak Ftimah ni macam best jerrr....Rasa macam bersemangat nak try lerrr...

``Sebenarnya turun 2 kg sebulan atau 500 gm seminggu pun dah cukup. Itu yang paling sihat. Jangan mendadak sangat. Nanti jantung kita tak sihat. Dah tu nanti badan kita jadi mengelebeh. Lembik,'' kata Kak Fatimah.

Kata Kak Fatimah lagi: `` Kurangkan karbohidrat terutamanya nasi. Ambik Sket jer. Semangkuk kecik (mangkuk Cina tuh...jangan mangkuk tambah plak...ahaksss) tuh dah cukup. Banyakkan sayur. Sayur plak elok kalau campurkan dengan 3 kaler yang berbeza. Kurang atau kalau boleh elak, elakkan makan daging merah. Lebihkan ikan.''

errrr...akak punya diet macam mana...? (soklan menyibuk dari saya...ahaksssa)

``Pagi-pagi kak memang makan apa sahaja yang kak rasa nak makan - tak kira nasik lemak ker, roti canai kaaa...apa sahaja.
``Tapi tengahari...memang nasik sket jer..banyakkan sayur. Pastu antara waktu makan, buah-buahan. Malam kak jarang makan. Kalau lapar sangat, kak akan minum susu.
``Tapi kak akan elakkan makan buah-buah malam-malam- selepas pukul 7. Sebabnya buah-buah ni bila hadam dan masuk perut akan keluarkan asid...asid ni akan menyebabkan perut kita buncit,''
oooooooooooooooooooooo...ya kak kakkkk? Saya ni punya la suka makan buah malam-malam. Nak elakkan daripada makan nasik.
``Bleh kalau nak makan buah...tapi siang - antara waktu makan dan sebelum pukul 7. Pastu elakkan,''

Satu lagi kata Kak Fatimah - biasa lah....xcercise. ``tak payah nak susah-susah p gym kerr, beli peralatan xcercise mahal-mahal. Gi jalan - brisk walk dah cukup. Kalau kurangkan karbohidtrat, xcercise....mesti lagi cepat turun...

Fuhhh..Kak Fatimah ni memberi semangat baru kat saya laaa untuk kuruskan badan. Sbenarnya spanjang bulan posa ni memang saya try kurangkan nasik. Ambik dalam 3 sudu besar jerrr. Banyakkan lauk. Kuih muih jarang sangat ambik. Ayaq plak, banyakkan ayaq kosong.  Hmmmm...nampak gayerr nya macam ada la sket pengurangan. So far baru kurang 4 kg. Tapi kira ok lerrr...umur-umur mcm ni metabolisma memang rendah gila. Tak tau lerrr brapa lama bleh bertahan nih......ahakssss. Nak try laaah cara Kak Fatimah ni....Anda semua macam mana...? jom aaa try. hehheheh.

Sorry lerrr...melalut panjang. Di luar kawasan plak ....hehhehehe..Tapi tak pa..untuk kebaikan bersama kannn?

Saya tak banyak ambik gambar sangat dalam class ngan Kak Fatimah hari tu...mana taknya..berborak jerrr keja nya...hehhehe

Kak Fatimah yang cardas dan bertenaga....

Bun yang Kak Fatimah buat

Cream puff

eclairs
 Ni emel Kak Fatimah kat saya...

Salam Ina, time kaseh sangat2 ajar akak dan bagi akak  banyak roti2 yg gebu. Hasil kelas hari ni akak panjangkan ke ramai orang. Mudah2mudahan rezeki Ina dan akak bertambah dan hidup kite sekeluarge di berkati Allah. Puff pastry tu ramai peminat - sedap,lemak dan enak ( itulah antara komen yang akak dengar dari mereka yg tak berpuase tengahari tadi ! )

Sama-sama kak....alhamdulillah....lega saya dengaq. Errrr...masa Kak Fatimah mula-mula bagi tau yang dia belajar kat France 4 tahun, reaksi saya ``kaaaaaakkkkkkk....bestnya. Awat kak tak blajaq pastry kat sana...France kan syorga semua-semua nehhh...?

``Masa tu minat belum ada...cuti jer jalan, cuti jer jalan....sekarang baru minat,'' alaaaaaaaaaaaaaa.....ruginya, ruginya.. hehehhhe...Tapi tak pa, kalau kak dah blajar, mesti kak dah terror n tak mai blajaq ngan saya lagi kan...so, tak dpat lerrr petua selim melim...ahaksss... Tq kak untuk petua-petua tuh...

Ok, jumaat kelmarin, Sathis, yang penah berDIY ngan saya sebelum ni datang sekali lagi. Kali ni Sathis belajar 3 jenis kek - Russian Black n White, Red Velvet n Tiramisu.

Sebelum ni Sathis datang berbadan satu, kali ni berbadan dua..ahaksss. Suka dia. Setelah mencuba macam-macam, akhirnya dapat gak rezeki. Baru 1 1/2 bulan. Bestnyaaa....tahniah, tahniah... Tapi Sathis ni jenih alah teruk gak.

``Ingat nak cancel jer kak...tapi tak pa laaa...nanti lagi lambat nak tunggu kelas kak,''

Nampak dia letih. So banyak saya yang bergerak. Sathis buat yang ringan-ringan jerr. Tapi ok lerr...semua kek berjaya dibuat dengan sempurna.

Russian Black n White

Red Velvet

Tiramisu

Untuk Sathis, tengkiu yea sebab tak jemu-jemu nak blajar ngan saya. Dia kata pas ni nak ambik kelas demo jer...tak penat sangat. Ok dik....nanti pas raya saya keluar jadual baru...

Aug 10, 2011

DIY Nazlin n Lily

Salam dan alooo untuk semua....Isnin baru-baru ni DIY ngan Nazlin. Dia ambik 2 kek jer. Chocolate Indulgence dan Red Velvet. Orang Somban gak Nazlin ni. Tapi keja kat KL.

Nazlin bagi tau, dia dulu sebenarnya tak minat langsung bab-bab buat kek nih. Tapi sejak ada anak-anak minat tu timbul. Sebabnya dia kata anak-anak dia memang nak dia yang buatkan kek. Tak nak beli kat kedai.

``Budak-budak ni bangga sanggat kalau dapat bagi tau kawan-kawan kat sekolah yang kek tu saya yang buat. Sebab tu lah saya jadi minat buat kek-kek ni,'' kata Nazlin. Selain buat untuk anak-anak, Nazlin ada gak buat bizz kecik-kecik. Untuk kawan-kawan kat office. Yea la kan...alang-alang dah tau buat tu, rugi kalau tak komersialkan. Dapatkan juga hasil sampingan kan. Sebelum ni Nazlin banyak dapat order cheese cake dari geng-geng opis. So, pas ni bleh tambah produk la yea....



Nazlin tengah pulun menyapu krim kat Red Velvet

Ngan hasil kek yang dia buat kelmarin. Kuih berbuka posa tak yah beli hari nih....hehheheh

Ni mesej Nazlin kat saya semalam:

Kek tu sedap..bawa ke opis pagi tadi...mcm promo pulak..dah ada yg place order...

Alhamdulillahhhh.....ok Nazlin, insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. Nazli kata husband dia suruh blajar buat roti plak....


Hari ni, DIY ngan Lily dari UK Perdana plak. Kelas Selasa yang sepatutnya Kak Suzi join tak jadi sebab dia ada hal.

Ni 2nd time Lily berDIY ngan saya....riuh rendah budak ni.Otak bisnes budak ni. Dia ni mek Kelantan. Semua yang saya blajar kat saya sebelum ni habis semua dia buat kelas kat sana - kat rumah nenek dia. So, dia kumpul orang dulu. Cukup minumum 6 orang, dia balik Kelantan buat kelas.

``Alhamdulillah kak...sambutan kelas ok. Balik modal la kak...,'' Lily kata..(ooooo...balik modal yeaaa...bab untung tak sebut yeaaaa......ahaksss - anyway tahniah, tahniah....)

Ok, pas ni sapa-sapa kat area Kelantan yang tak dapat datang kelas saya di Seremban nih, bleh arrange class ngan Lily. Ni nombor phone dia 013 393 0852.

Kali ni dia blajar dua jenis - German Black Forest dan Cream Puff n Eclairs. Yang cream puff n eclairs tu kata Lily sebenarnya dia memang tak suka makan. Dia penah makan sekali dulu...lama dah masa sekolah. Skali makan terus tak nak cuba lagi. Tak sedap, Lily kata.
``Tapi sebab akak promote gila-gila kat blog akak ni...saya pun rasa macam kena blajar gak laah. Saya nak try tengok cream puff akak rasa macam mana,'' .....(hmmmm....nanti kooo....nak rasa yeaaaaa...!!!!!.skali makan, juling bijik mata tau...baru ko tahu penangan cream puff n eclairs akak nih....ahaksss)

Pastu budak ni, satu lagi masalah dia ialah tak suka black pitted cherry yang saya guna untuk German Black Forest tu....Saya kata kat dia....``tak der makner nya nak ganti ngan lain...tak bleh...kena gak guna pitted cherry nih..sebab German Black Forest memang pakai pitted cherry...,''  ...hmmmp...Amikk KOOO...

So, dengan berat hati, Lilly pun terpaksa la guna pitted cherry tuh. ``Tak pa lah kak..sib baik mak saya suka buah ni,'' kata Lily. Suka ka tak suka ka...kena buat gak dik nunnnn...


 Lily tersengih bangga ngan German Black Forest yang saya paksa dia boh gak black pitted cherry tuh....

Cream puff

Eclairs Lily

Ni mesej Lily kat saya:
Kak, slmt bbuka...mmg saya x suka cream puff tpi mak sy ckp creamnye best sgt..Tapi surprise....saya suka german black forest tu...sedaaaappp!!!! 1st time saya suka cherry tu..nyum-nyum...tq kak...

hmmmm...ko memang `perak' atau dalam bahasa kelatan - `dharat'.....tak palah dik nun.....kalau tak suka cream puff tu tak pa....buat kelas jer laah, tak yah makan......ramai student lain yang suka....




Aug 6, 2011

DIY sepanjang minggu pertama posa

Salam dan alooo untuk semua....sorry ambik masa lama sangat untuk update blog. Dah seminggu berposa. Baru malam ni berkesempatan ngadap laptop n mengarang. Hari-hari lain tu ada saja benda nak buat.

Sepanjang minggu lalu, saya berDIY ngan Azizah, Nisya (dua-dua dari Seremban), Norah (errrr.....lupa plak...Subang kan,,,? sorry, sorryyyyy)  n Cikgu Su (Marshuhaila) dari Kelang.

Azizah dari Seremban yang keja kat RHB di Senawang blajar buat roti n creampuff & eclairs. Kiranya dia 1st student saya untuk bula posa. Hmmmm...mencabar betoi bulan-bulan posa nih menguli roti. Lebih mencabar lagi bila bau roti panas-panazzz keluar oven lerrrr...hehhehe....

Ni sebakul sweet bun yang Azizah buat

eclairs

Creampuff.....

Mesti anda tertanya-tanya....Azizahnya manaaaa...? hehhee...maaf buat masa ni Azizah enggan dikenali. Tunggu lepas rayaaaaaaa....hehheheh (lawak jerr Azizah)

Student DIY kedua plak Nisya. Ponggg dari Seremban. Orang PD tapi keja kat Senawang. Nisya ni penah masa kelas chocolate indulgence saya. Kelas demo. Lama dah...dia pun tak bleh nak recall bila. Dia kata dah buat 4 kali, 2 kali jadi, 2 kali tak jadi. Selalunya failed masa kat curah coklat atas kek tu laaa...So, tension punya pasal...dia nekad ambik kelas DIY. Hmmmm....banyak info-info dan petua yang saya bagi masa kelas dulu Nisya lupa niiiii....sebab tu tak jadi.

So, hari tu, Nisya tengok dan buat notes betul-betul. Harap-harap pas ni tak dak masalah lagi yea. Selain chocolate indulgence, Nisya juga blajar 3 jenis tartlet - fruit, chocolate dan blueberry cheese.
Nisya ngan 3 jenis tartlet dan chocolate indulgence


 TQVM kat Nisha sebab tolong saya masukkan biskut raya dalam goodie bag yang saya buat untuk majlis buka posa Southern Waste Management (SWM). Nisya yang rela hati nak tolong sementara menunggu shell tart dia sejuk sebelum bleh isi filling. Tq skali lagi yea dik....

Jumaat kelmarin plak, Norah Ahmad berDIY ngan saya. Dia ambik 4 jenis kek - Russian Black n White, Black Forest Cheesecake, Red Velvet dan Carrot Walnut with Cream Cheese. Ramah Norah ni. Sampai-sampai jer dia dah tolong saya angkatkan butter dari kereta saya. Masa tu saya keluar beli butter n creamcheese jap. Bila sampai, Norah dan setia menunggu kat kedai saya. Menengokkan saya mengangkut barang sorang, sorang, dia offer nak tolong. Hmmmm...alhamdulilllah....bulan-bulan posa ni ada jerrr orang nak nolong kan....?hhehehe

Bukan tu jerrr....Norah gak bawak rempeyek bilis yang mak dia buat untuk saya. Sedapppp...rangup n cukup rempah ratusnya. Mak Norah memang buat jual rempeyek ni. Bukan saja masa bula posa, tapi sepanjang tahun. Sapa nak bleh call Norah (012 696 3899).Tq yea dik....



Norah yang baru siapkan kek carrot walnut dia....


Ngan semua kek yang dah siap....     

Ni emel Norah kat saya....


Salam k.ina,
 
kek2 yang baru di pelajari telah pun selamat di makan dan di kendurikan di masjid. Memang sedap la kak kek2 tu, x tipu ya. Saya paling suka sekali red velvet cake, carrot cake dan blackforest cheese cake....kek black n white russian tu sy suka gak tapi prefer la yg 3 lagi tu sedap betul. x rugi sy datang kelas akak hari ni, byk teknik2 baru yg telah saya pelajari..........
 
Ohh ya anak2 sy dah siap book mana kek yang akan mereka bawa bulan hadapan bersempena dengan harijadi mereka.....
 
Insya-Allah, sekiranta tiada aral melintang memang nak datang ke kelas kelolaan k.ina, cuma x pasti kali ni boleh ke pi utk kelas DIY

 Ok dik, alhamdulillah sebab suka kek-kek saya tuh...insyallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi...

Hari ni, Sabtu, saya berDIY ngan Marshuhaila - Su. Ni 3rd time dia ambik DIY ngan saya. Mula-mula dulu saya memang dah plan untuk bulan posa, saya tak nak buat kelas hari Sabtu dan Ahad. Tapi Su ni punya la memujuk rayu mintak dikasihani..(ahksssss...). Last-last saya pun termakan ngan pujuk rayu dia sebab dia mempunyai alasan yang sangat kukuh yang pada pandangan saya, tak patut sangat saya tak mengasihani dia...ahakssss( bahasa munga-munga,.....). Alasan tu, biarlah menjadi rahsia antara kami...ahakssss skali lagi....

Tapiiiii.....DIY ngan Su ni lah yang paling mencabar skali. Apa taknya...kalau sebelum ni student belajar kek jerrr.. Saya sendiri pun dah tak terliur dah tengok kek-kek tuh. Tapi Su ni ambik package western food, macaroni bakar, chicken pie, portugese eggtart dan chocolate walnut muffin.


Hmmmmm...menumis bagai lerrrr jawabnya tadi. Si baik la Su ni tengah `beraya'. So, bleh lerrr dia jadi tester....ahakssss.

Dalam package western tu ada;

i. Spagethi bolognese
ii. Lasagna
iii. Shepard Pie
iv. Pizza instant
v. Mashroom soup

Kami start kul 10.30 pagi. Settle semua kul 5 petang. Fuhhhh....penat gila...sebelah paginya buat western food n macaroni bakar, pastu sambung ngan buat muffin dulu. Pas settled semua tu, kemas meja bagi cantik-cantik dan bersih, terus mencanai dan melipat puff pastry....
Portugese Egg Tart - Su kata portugse egg tart saya lagi sedap dari KFC punya...(ni  Su kata aaa...bukan saya kata....Tq Su sebab jadi duta Portugese Eggtart saya...ahaksss)

Macaroni bakar

Mini Sheppard Pie

Chocolate Walnut Muffin - sehari sebelum class Su sms saya. Dia kata dia nak resepi mufin chocolate yang paling sedap. Pas bakar saya suruh dia rasa sebab dia tengah raya kan....``mmmm...memang sedap kak...,'' - Skali lagi,  ni Su kata, bukan saya kata...

Pizza express

Lasagna

Spagethi Bolognese dan mushroom soup....nak tak larat nak ambik gambaq boh dalam pinggan cantik-cantik...semua dah ponek...

Semua yang Su blajar hari ni....fuhhh....rezeki harimau untuk bukak posa. Su nak bawak semua ni gi rumah sedara dia kat Sungai Congkak. Nak berbuka kat sana

Su yang tak berapa penat sebab tengah `beraya' (ahaksss). Dia kata thn ni dia nak jamu western food untuk open house raya rumah dia.....jom serbuuuuuu....

Untuk semua student DIY minggu ini - Azizah, Nisya, Norah dan Su....tengkiu sekali lagi sebab sudi joint kelas DIY saya. Selamat berposa dan selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin...

Aug 1, 2011

KELAS KHAS RAMADHAN

Salam dan aloooo untuk semua...

Ada beberapa student call/sms/emel mintak saya buatkan kelas kek resepi eksklusif Bzee Bakery - (resepi yang saya sendiri cipta) iaitu: 

ITALIAN RAINBOW

RED VELVET

RUSSIAN BLACK N WHITE

SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE


Kebanyakan yang call mintak saya pertimbangkan untuk buat class ni sebelum raya sebab dia orang nak buat untuk raya.

So, dengan ini saya menimbangkan untuk mengadakan kelas ni pada tarikh dan masa berikut:

TARIKH: 13 OGOS (SABTU) - MINGGU KEDUA PUASA

MASA: 9 PAGI (kelas dijangka selesai pukul 3.30 petang)


YURAN: RM 180


TEMPAT: BZEE BAKERY, SEREMBAN 2, SEREMBAN


APA YANG PERLU DIBAWA MASA DATANG KELAS: Tupperware/plastic container untuk bawak balik kek yang dipelajari.

NOTA: Memandangkan ni kelas khas, kelas hanya akan diadakan jika cukup penyertaan MINIMUM 10 PELAJAR. 

Bermakna, jika tak cukup 10 pelajar, saya berhak untuk pulangkan deposit dan tunda kelas selepas raya.


Kalau anda berminat, ikut langkah mudah ni

1. Bank in deposit RM80 ke dalam akaun Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in - EMEL/SMS SAYA - Zalina Yahaya (019 - 282 0053). Taip  nama anda dan nyatakan KELAS KHAS RAMADHAN - Paid RM80

Contoh: Era Fazira, Kelas Khas Ramadhan - Paid RM80
3. Saya akan jawab OK TQVM. Pastu saya akan masukkan nama anda dalam senarai mereka yang confirm datang.
4. Sila buat pendaftaran SELEWAT-LEWATNYA PADA RABU, 10 OGOS. Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang...

SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA

Assalamualaimum wbt....

Untuk semua student dan kengkawan yang disayangi, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa. Semoga puasa dan amal ibadat kita diberkati dan diterimaNya.

Dan semoga puasa kali ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik daripada sebelumnya.


Ikhlas dari:
Zalina Yahaya

Kelas Demo last sebelum raya

Salam dan alooooo untuk semua.....Sorry lambat update blog. Sabtu lepaih kelas Advance Cheesecake - Double Chocolate Cheesecake, Blackforest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake. 26 orang daftar, tapi 24 jer hadir sebab yang lagi dua ada emergency.

Mereka yang join kelas Sabttu lepas - Zainon, Kak LaPisa, Che Pah, Nooraini, 4 sekawan dari Singapore - Mariam, Asiah, Hanita dan Hasmawati, Julia (pemilik dusun terkenal di Melaka..ahakssss...lawak jerrr. Tengkiu yea bawakkan rambutan best), Shakinah, Suhaiza, Siti Zarina, Siti Norliza, Kak Aida, Shafinaz, Effa, Nor Aziah Yacob, Noorelleya, Lily, Salamah, Rossnani, Halimatusadiah, Hayati dan peserta paling senior - Hj Maimunah. Umur dia dah 65 tahun...fuhhhh....sure cucu-cucu suka. Wan masih bake cake..CHeese cake lagi....

Kelas start kul 11. Kalau tak silap kul 2.30 dah habis. Cepat sebab cheesecake ni saya tunjukkan jerrr cara nak buat. Saya dah siapkan cheesecake yang siap. Cuma tunggu hias. Kalau nak nunggu cheesecake ni masak, sejuk n set, alamatnya balik kul 7 lerrr.....Cheesecake kan kena bakar lama n kena set dulu baru potong.

Sorry, gambar sekitar class pun tak banyak. Ni jer yang ada...

Kek-kek yang diajar Sabtu lepas - Blackforest Cheesecake, Japanese Cotton Cheese Cake dan Double Chocolate Cheesecake

Double Chocolate Cheesecake

Blackforest Cheesecake

Japanese cotton cheesecake

Ni bahagian yang dibawak balik setiap student.

Ni plak student paling senior - Makcik Hajah Maimunah, 65, dari Melaka....Respect betul lerrr ngan makcik ni yang still berminat ngan baking. Dia pandai buat kek lapis. Dulu memang buat bermiaga. Tapi sekarang dah tak buat lagi...blajar sajer-sajer jerrr....