Jan 17, 2012

Tunggu Kak Azizah tak mai, saya xperiment 2 kek gulung baru....

Asskm dan alooo untuk semua......Tak tau mana la saya dapat nama Kak Azizah Seremban yang patutnya ada class hari neh. Tunggu punya tunggu sampai kul 11.30. Tak dak sapa pun yang muncul. So, apa lagi, alang-alang dah dok ada kat bakery, saya berexperiment dengan dua kek gulung.

Satunya Tiger Roll. Sebelum ni dah cuba tapi gagal. Gagal mendapatkan kulit harimau tuh. Kali ni cuba alhamdulillah. Resepi betul. Teknik jerrr yang silap sket. Yeaaayyyy...berjaya gak akhirnya.

Kek gulung yang kedua saya namakan Miss Saigon (errr ada geng-geng kat FB soh tukar jadi Miss Sakura. Nanti lah saya fikirkan). Dah lama saya simpan idea nak melukis atas kek gulung neh. Hari ni berkesempatan mencuba. Alhamdulilllah pun berjaya. Dan ni lah hasilnya....


Miss Saigon Roll


Tiger Roll a.k.a Harimau Malaya Roll. Saya sangat berpuas hati dengan kulit harimau tuh...tapi colour dalam tu saya  nak kena lembutkan sket...garang sangat

Untuk yang nak tau cara buat dua kek baru neh, tunggu yeaaa...Saya akan buat kelas bulan Februari. Ni under koleksi Rock n Roll....(kek gulung)...

Jan 16, 2012

Calling for Kak Azizah Somban (DIY esok - 17 Jan)




Errrrr....Kak Azizah Seremban, tolong call sayaaaa....esok nak blajar apa  aaaaa. Sorry...lost contact terus neh...emel tak dak, phone tak dak....

Saya yang haru

Zalina
019 282 0053)

Jan 14, 2012

Demo Creampuff n Slice Cake - terima kasih sekali lagi untuk semua....

Asskm dan alaoooo untuk semua...Alhamdulillah. Kelas demo untuk creampuff n slice cake hari ni hampir-hampir full house. Standard saya kalau full house tu 50 orang. Sebabnya bakery saya boleh muat seramai tu jerr.... boleh kalau nak 60 (heehehe...dah start kelabu mata...) Tapiiii nanti student tak selesa. Sian kat student

Hari ni 48 orang join - Nur Khuzaini, Izah, Kak Zai, Mazliara, Amai, Kak Murni, Kak Nurul, Shakinah, Munawwarah, Fazdina, Rafeah, Kaseh, Adamiah, Zi, Intan, Halijah, Yati, Shafawati, Emy, Shairunisa, Siti Nur, Haniza, Myra, Ifa, Kak Nora, Norrlie, Salbiah, Siti Faimah, Hendon, Siti, Siti Fatimah, Nazira, Siti Haida, Nurul Naqiah, Norsalawati, Norizah, Hajah Rajumah, Hanizam, Norliza, Norhanisah, Anna, Sapiyah, Rapiah, Melissa, Kak Mai, Normi, Zurairah dan Norah.

Tq untuk semua student lama dan baru. Ni nak buat satu pengakuan....saya sbenarnya sangat-sangat berdebar setiap kali kelas. Berdebar bukan sebab nak mengajar tu...tapi berdebar menantikan student-student yang nak datang.

Hati saya ni sangat berbunga-bunga dan gumbira tak terkata bila tengok student-student sama datang untuk repeat class ngan saya. Bagi saya tu satu pencapaian dan kepuasan yang sangat membanggakan untuk diri saya sendiri. Kalau student repeat datang berkali-kali bermakna resepi yang saya ajar sebelum ni menjadi. Boleh pakai. Kalau tak mesti orang tak repeat...kan?

Dan tu juga bermakna apa yang saya ajar orang paham. Sebelum saya ambik keputusan untuk mengajar sepenuh masa dulu, saya pikir banyak kali. Boleh ker saya mengajar. Sebabnya saya ni ada masalah untuk buat orang paham. Saya tak boleh bercakap depan orang. Mesti berdebar. Darah gemuruh. Dulu masa keja reporter, saya tak bercakap. Saya sibuk menanya orang jerrrr...Tapi alhamdulillah semua tu dah jadi sejarah sekarang....cheeewwwahhhh....Saya sekarang lebih yakin dengan diri sendiri untuk bercakap dikhalayak ramai. Tq untuk semua student yang tak jemu-jemu menyokong saya.

Selain tu, saya juga sangat berterima kasih pada student-student baru yang berani mencuba kelas saya. Sanggup datang dari jauh. Lebih membanggakan dan kembang idung saya ialah bila saya dapat tahu, dia orang datang tu atas recomendation daripada student yang penah datang sebelum ni....saya sangat-sangat menghargai. Terima kasih sekali lagi untuk anda semua.....



Semua yang didemokan hari neh...

Dari bawah ke atas - Ala-ala opera slice cake, strawberry slice cake, Chocolate slice cake dan fresh fruit slice cake

Eclairs

Cream puff yang ditangisi kesedapannya oleh student..(ahakssss....puji mau lebeyyyyyyhhh)

Wati n Myra senyum sampai ke telinga dengan hasil masing-masing....

Ni ntah sapa punya....aiiiyyy...buah lebih nampak kat fresh fruit slice cake tuhhhh...

Lunch time....sorry kena beratur panjangggg....

Proses pembahagian

Sesi photography

gosippp time

Rajinyaaaa....
Untuk shakinah yang tak jemu-jemu jadi tukang agih - tengkiu very much. Tak lupa gak kat Kak Murny yang tak jemu-jemu jadi tukang kutip yuran. Tqvm. Tq juga untuk Norah bagi krepek mak dia yang sedap tuh., Tq untuk Noorlie sebab bagi kuih bakar n samosa tersedap abad ineh...hehhehe...Tqvm untuk semua juga....kalau ada yang lupa saya nak ucapkan tq, maapkan saya. Masalah pelupa saya sangat seriussssss.....Tq skali lagi.

Cerita Julie n Aziah

Asskm dan alooo untuk semua....Dua kelas DIY lepas (Khamis dan Jumaat) sebenarnya tak kena mengena langsung. Julie dari Rantau, Negeri Sembilan. Aziah, jauh di selatan - JB. Tapi cerita kedua-dua student saya kali ni buatkan saya terus fikir tentang hidup, kematian dan harapan untuk terus hidup.

Julie kematian mak sejak dia umur 8 tahun lagi. Lepas tu kakak Julie adalah segala-galanya bagi Julie - menggantikan arwah mak.

Saya tanya: ``awak ingat arwah...?''

``Ingat kakkk...saya anak kedua bongsu. Memang manja dengan arwah. Adik bongsu tu masa tu masih menyusu - tiga tahun,'' Sedihnya saya dengar cerita Julie. Tak boleh bayangkan keadaan masa tu. Allah maha kaya. Julie n adik dia pas tu dijaga kakak macam  anak sendiri.

Tapi umur kakak Julie tak panjang. Baru saja meninggal dunia. `` Dia tak penah sakit apa pun kak. Tetiba pendarahan dalam otak, terus operation. Seminggu lepas tu dia meniggal. Memang sedih kak sebab dia dah jadi macam mak kami. Kalau kami adik beradik nak makan apa, mesti cari kakak. Berkumpul pun di rumah dia,''

Cerita Aziah plak - mak dia dah menderita penyakit kanser paru-paru sejak 10 thn lepas. Dah macam-macam rawatan mak dia lalui. Chemotherapi tak yah cakap laa. Ntah dah berapa kali.

``Doktor bagi dia enam bulan untuk hidup. Tapi alhamdulillah mak masih kuat semangat. Dah lebih enam bulan daripada tarikh yang Doktor bagi untuk hidup,''

Tapi kata Aziah, mak dia memang agak uzur. Sejak lebih 10 tahun lepas, dia cuma boleh makan bubur. Mak Aziah dah tak dak deria rasa lagi.

``Kuatnya semangat dia  untuk hidup,'' kata saya.

``Ak aaaa kak...dia suka berjalan. Tadi dia yang nak ikut hantar saya datang kelas,''

Cerita Julie buatkan saya berfikir betapa kita harus sentiasa bersedia dan redha untuk kehilangan orang yang kita sayang dalam hidup ni. Allah akan ambil bila-bila masa sama ada kita bersedia atau tak.

Cerita Aziah pulak sebaliknya - betapa kita jangan mengalah dengan apa jua dugaan Allah. Jangan putus asa dan patah semangat untuk terus berjuang dan berusaha untuk hidup. Allah akan menduga kita dengan pelbagai dugaan yang tak mungkin boleh kita bayangkan.

Ini ingatan untuk diri saya sendiri. Doa saya semoga Allah tetapkan iman dan senitasa beri saya kekuatan untuk berhadapan dengan apa sahaja dugaan mendatang. Saya mohon saya boleh menerima segala dugaan pahitNya dengan penuh keredhaan dan tidak patah semangat. Dan, saya juga mohon, Allah tidak jadikan saya seorang yang lupa diri dengan dugaan nikmat dunia. Itu yang paling saya takut.


Sorry, emo sket....tapi tak tau napa cerita Julie n Aziah tu buat saya terus berfikir sampai la...sangat memberi kesan kat saya.  Ok, tak pa..kita tinggalkan crita Julie n Aziah n ambik iktibar daripada kisah dua student saya tu.

Julie 1st time berDIY ngan saya. Lama dah dia book class ni. Kalau tak silap sejak bulan Oktober lepas. Dia ambik package hamper, Italian Rainbow dan Vanila Muffin.





Julie dengan items yang dia blajar hari neh



Aziah dari JB plak ambik DIY 5 jenis kek - Italian Raibow, Royal Caramel, Double Chocolate Cheesecake, Blackforest Cheesecake dan Japanese Cotton Cheesecake


Royal Caramel

Italian Rainbow

Japanese Cotton Cheesecake

Blackforest Cheesecake

Double Chocolate Cheesecake

Aziah
.
Aziah, Julie..tengkiu untuk cerita-cerita awak berdua yang membuatkan saya merenung kembali mengenai mati, hidup dan harapan untuk terus hidup....

Jan 12, 2012

Meroti ngan HaniZam

Asskm dan alooo untuk semua...Semalam meroti ngan HaniZam dari Shah Alam. Dia ambik package sweet bun n loaf. Zam ni tension sebab dok buat roti guna resepi kat internet tak penah menjadi. So, geram punya pasal...datang belajar terus lagi senang.

Untuk sweet bun tu ada 14 jenis. Loaf plak ada 3 - sandwich loaf, marble loaf dan pandan raisin loaf.


Hamparan roti n loaf - Zam kata...``saya buat tak lembut macam neh...,'' hehhehe (ni Zam kata aaa...bukan saya kata...)

Loaf tengah menaik dalam oven

Sandwich loaf atau ruti benggali

marble loaf

Pandan raisin loaf

Hasil hari neh
Untuk Zam, tengkiu very much....jumpa lagi sabtu neh....

Jan 10, 2012

BerDIY kali ke-3 ngan Lily

Asskm dan alooo untuk semua....Lily (dulu dari UK Perdana, tapi la ni dah pindah ke Puchong) datang lagi. Ni 3rd time Lily berguru ngan saya. Alhamdulillah apa yang dia dah blajar ngan saya sebelum ni dah balik modal berkali-kali ganda...alhamdulillahhhhh....

Lily selalu balik kampung dia di Kota Bharu untuk buat kelas kat sana. So hari ni nak blajar lagi kek-kek baru untuk diajar kat orang-orang di KB. So orang KB, tunggu kepulangan Lily untuk belajar kek-kek baru yang dia blajar dari saya.

Hari ni Lily ambik 3 kek saja - Snowy Peach, Tiramisu dan Nutty Caramel. Sorry yea gambar Lily tak dak sebab Lily tak nak diphotokan. Muka dia ada merah-merah. Tak chun kata Lily. So sapa yang nak tengok Lily, kena tengok balik post-post yang lama...

Ok, ni kek yang Lily buat hari neh. Cepat Lily buat keja. Kalau tak disebabkan tunggu Tiramisu tu set, kul 2.00 dah habih. Kami start kul 11.


Tiramisu


Snowy Peach


Nutty Caramel



Tq Lily...ada rezeki kita jumpa lagi.....insyallahhhh

Jan 8, 2012

Demo Back To Basic - Full House

Asskm dan alooo untuk semua...Alhamdulillah...kelas back to basic semalam selesai ngan suksessnyaaaa....Full House. Kelas back to basic ni betul-betul saya ajar yang basic - ABC, 1,2,3...Ada 12 jenis items yang sangat-sangat berguna untuk mereka yang baru menjinak ngan dunia baking. Kira resepi asas la...12 items tu ialah:

1.Cupcake vanila
2. Cupcake chocolate
3. Muffin Blueberry
4. Swiss Roll
5. Brownies
6. Kek Butter Marble
7. Kek Butter rainbow
8. Kek Pisang
9. Kek Oren
10. xxxss cuppies
12. Chiffon


Tq untuk semua student lama dan baru yang memeriahkan suasana - Kak Nurul, Maslina, Shakinah, Mazliara, Kak Zai, Aida, Lieza, Aishah, Farah, Rafeah, Khusairi (satu-satunya kumbang di tengah LAUTAN BUNGA..heheh), Jamaliah, Nora, Helina, Aishah, Kak murny, Faiza, Kak Nita (singapore), Anieza, Kaseh, Kak Yati, Aimi, Adamiah, Zainab, Juliana, Fida, Norhayati, Marshuhaila, Roziah, Ram, Azwina, Safinaz, Nooryati, Suhaila, Khairunisa, Haniza, Zura, Zaiton, Azlili, Norsham, Suraya, Hayati, Emeilliya, Noorelleya, Hartini, Kak Chik, Sapiyah, Mai, Melissa, Azlina dan Julia.

Ni gambar-gambar sekitar class semalam. Group photo tak dan nak ambik...sorrryyyy


Hamparan kek sebelum diagih-agihkan pada semua student



Sesi permbahagian bermula - di kat belakang


Kat depan plak department cuppies

Kek coklat dak potong lagi



Kek coklat ekonomi

Bluberry muffin


xxxs cuppies

cc coklat

vanila cc


rainbow buttercake



Kek Pisang ibu duit

Swiss roll

Kek Orange supermoist

Brownie

Chiffon coffee
Tq untuk semua. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi....