Apr 19, 2013

JANGAN LUPA KELAS PASTRY PREMIUM - ESOK 20 APRIL


KELAS PASTRY PREMIUM - MODUL TERBARU BZEE BAKERY
- Apple Strudel
. Baklava
. Cronet/cream roll/cream horn - cheezy filling
.  Mille Feuille (Meal Fwee)

Saya akan ajar cara MUDAH MELIPAT PUFF PASTRY - bukan guna puff pastry yang siap. 


Mille Feuille (meal fwee)

Cheezy Pistachio Cream Roll/Cream Horn


TARIKH: Sabtu, 20 April 2013
PENGAJAR: Zalina, Bzee Bakery
MASA: 11 pagi - 5 petang/sehingga selesai
TEMPAT: BZEE BAKERY, SEREMBAN 2

JENIS KELAS: DEMO
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100 (dikira burn/not refundable/tidak boleh foward ke kelas  lain jika anda tarik diri dalam masa seminggu (7 hari) sebelum kelas)
STATUS: MASIH ADA KEKOSONGAN

Apr 14, 2013

Kelas Produk Komersial Jualan Pasar Ramadhan Hasnah Saidin

Asskum dan alooo untuk semuaaa...Alhamdulillah kelas Hasnah Saidin hari ni berjalan lancar dan smooth sekali. Hampir full house - 51 orang student join kelas ni hari ni. Pengalaman Hasnah menjual 5 killer produk dia pada setiap Ramadhan sejak bertahun tahun lalu diperturunkan dalam kelas ni.

Pelbagai tips penting dan berguna dikongsi. Kalau ikut semua-semua tips ni, tak mustahil anda juga boleh target pendapatan bersih lebih RM20K sepanjang Ramadhan !

Lima produk yang memang menjadi top seller Hasnah tu ialah - Puding Caramel, Kek Batik, Cream Puff Ekonomi, Kuih Bakar Bijan dan Kuih Bakar Berlauk. Kebanyakan kita mungkin biasa buat semua ni. Dan mungkin adan juga ada pelbagai versi resepi kuih muih popular sepanjang bulan Ramadhan ni. Tapi tak rugi kalau anda meluangkan masa dan mengeluarkan sedikit modal untuk datang menuntut ilmu dengan Hasnah. Sebab dalam kelas ni Hasnah perturunkan tips tanpa berselindung - macam mana nak buat kerja dengan cepat untuk menghasilkan kuih muih dalam kuantiti yang banyak tapi berkualiti.

Juga diperturunkan tips bagaimana nak jimat kos dan bagaimana mengurus masa supaya anda boleh menyiapkan semua kuih muih tu dalam masa yang terhad - mengejar waktu puncak orang ramai keluar membeli juadah untuk berbuka.

Puding Caramel















Ni plak juadah hasil air tangan Hasnah untuk semua student hari ni - Nasi Dagang Terengganu yang wallaaaa dan kuih koci yang sedappppp

Nasi Dagang

Kuih Koci
Untuk semua student dan juga Hasnah, tqvm sebab sudi datang ke Bzee Bakery. Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi....

Apr 13, 2013

Kelas Demo Back To Basic

Asskum dan alooo untuk semua....Alhamdulillah kelas Back To Basic hari ni FULL HOUSE lagi. Saya jarang buat kelas ni. Rasanya last saya buat kelas ni tahun lepas dan rasanya tak silap juga...bulan yang sama. Sooo mcam ulang tahun kelas Back To Basic la neh..hehehe

Alhamdulillah 56 orang join kelas ni hari ni. Yang mendaftar mencecah 62 orang. Tapi tak dapat datang pada saat-saat akhir. Kelas habis awal. Start kul 11.15 pagi. 3.30 dah selesai buat 12 jenis kek. Ni semua kek-kek basic yang sangat sesuai untuk adik-adik yang baru nak menceburi bidang baking. Tapi masa kelas tadi ada yang yang senior-senior datang. Nak tambah koleksi resepi kek asas. Tak pa...tak rugi belajar kan..?


Moist Orange Butter Cake

Swiss Roll

Cupcake Chocolate

Vanila Cupcake



Kek Chocolate Ekonomi

Brownies Ekonomi

Kek Pisang Ibu Duit

xxxs cuppies

Kek Pelangi





Kelas sedang berlangsung....
Untuk semua yang join kelas hari ni...trima kasih tak terhingga. Tanpa anda, saya hanyalah seorang pembela kucing di rumah...hehhhee


Labiu
Zalina, Bzee Bakery, Seremban 2

DIY Pecan Caramel n Russian Black n White ngan Amy

Asskum dan alooooo untuk semua....Khamis kelmarin Amy dari KL berDIY ngan saya. Dia ambik dua jenis kek - Pecan Caramel dan Russian Black n White.

Pecan Caramel

Russian Black n White

Apr 10, 2013

DIY ngan Lily

Asskum dan alooo untuk semua....Lily - antara regular student saya untuk kelas DIY datang lagi. Tak ingat ni  masuk kali ke berapa dia berDIY ngan saya. Rasanya dah 4 kali kot...Kalau tak silap laaa. Hari ni dia blajar 4 jenis. Dua jenis brownies - Fudgy Brownies dan Coffee Fluff Brownies dan dua jenis kek - Hazelnut Coffee dan Pecan Heaven.

Hari ni pun siap cepat. Kul 3 dah solosai....

Coffee Fluff Brownies

Fudgy Brownie

Coffee Hazelnut

Pecan Heaven

Hasil hari ni...

Kelas Produk Komersial Terlaris Hasnah Saidin Ada 5 kekosongan lagi




PENGUMUMAN...: Ada 5 tempat kosong lagi untuk KELAS PRODUK KOMERSIAL TERLARIS HASNAH SAIDIN (puding caramel, cream puff ekonomi, kuih cara berlauk, kuih bakar dan kek batik komersial)

(sebab ada yang tarik diri atas faktor yang tak dapat dielakkan).

So, sapa yang berminat ni detasilnya:

Nama kelas: KELAS PRODUK KOMERSIAL TERLARIS (KELAS DEMO)
TARIKH: AHAD, 14 APRIL
MASA: 10 PAGI – 5 petang
TEMPAT: BZEE BAKERY, SEREMBAN 2
YURAN: RM300
DEPOSIT: RM150
Berminat – ikuti langkah mudah ni:
1. Bank in deposit RM150 ke dalam acct Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Pas bank in SMS (saya ulang SMS, SMS, SMS) Ke nombor: 019 282 0053 – Zalina Yahaya.
Contoh SMS: ZEILA, RM150, PRODUK KOMERSIAL, 14 APRIL
3. Pas sms tu, saya akan jawab OK
4. Sila simpan atau emel bukti pembayaran – emel saya bzeebakery@gmail.com
5. Tarikh tutup bayar deposit: 12 APRIL JUMAAT ATAU sehingga class penuh
6. Tarikh akhir cansel class dan deposit dipulangkan – KHAMIS 11 APRIL. Lewat daripada tu deposit tidak akan dipulangkan.

Apr 9, 2013

DIY ngan Sharmila pecah record..

Asskum dan alooo untuk semua...Hari ni saya berDIY ngan Sharmila dari Kelang. Fuhhh...rasanya pecah record betoi. Dia ambik 7 subjek - Chocolate Walnut Torte, Royal Caramel, Hazellnut Coffee, Panacotta, Salted Caramel Brownies, Tiger Roll dan Pandan Roll. Kami start kul 11. Settled kul 2.30. Direct buat non stop. Pas selesai baru lunch.

Cekap betoi Sharmila ni. ehhehe...dia dah biasa baking. So senang. Ajar sket  dah faham. Melepa pun cepat jerrr dia buat.







Tq untuk Sharmila. Ada rezeki kita jumpa lagi yea...insya allah

KELAS BACK TO BASIC 13 APRIL, SABTU NI DAH PENUH...JANGAN BANK IN DEPOSIT LAGI




MINTAK MAAAF...dan ampunkan sayaaa...saya terpaksa repeat lagi pengumuman mengenai kelas BACK TO BASIC saya pada SABTU, 13 APRIL ni dah penuh sepenuh-penuhnya.

Saya terpaksa buat pengumuman ni sebab wpun pengumuman ni saya dah buat dua minggu lepas (kalau tak silap...), tapi saya masih menerima notis pendepositan untuk masuk kelas ni.

Insyallah kalau ada rezeki, saya akan ulang tayang semula kelas ni. Insya Alllahhhhh..

Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda.
Tanpa anda saya hanyalah seorang pembela kucing di rumah...- serius...

Labiu
Zalina, Bzee Bakery, Seremban 1