Apr 14, 2013

Kelas Produk Komersial Jualan Pasar Ramadhan Hasnah Saidin

Asskum dan alooo untuk semuaaa...Alhamdulillah kelas Hasnah Saidin hari ni berjalan lancar dan smooth sekali. Hampir full house - 51 orang student join kelas ni hari ni. Pengalaman Hasnah menjual 5 killer produk dia pada setiap Ramadhan sejak bertahun tahun lalu diperturunkan dalam kelas ni.

Pelbagai tips penting dan berguna dikongsi. Kalau ikut semua-semua tips ni, tak mustahil anda juga boleh target pendapatan bersih lebih RM20K sepanjang Ramadhan !

Lima produk yang memang menjadi top seller Hasnah tu ialah - Puding Caramel, Kek Batik, Cream Puff Ekonomi, Kuih Bakar Bijan dan Kuih Bakar Berlauk. Kebanyakan kita mungkin biasa buat semua ni. Dan mungkin adan juga ada pelbagai versi resepi kuih muih popular sepanjang bulan Ramadhan ni. Tapi tak rugi kalau anda meluangkan masa dan mengeluarkan sedikit modal untuk datang menuntut ilmu dengan Hasnah. Sebab dalam kelas ni Hasnah perturunkan tips tanpa berselindung - macam mana nak buat kerja dengan cepat untuk menghasilkan kuih muih dalam kuantiti yang banyak tapi berkualiti.

Juga diperturunkan tips bagaimana nak jimat kos dan bagaimana mengurus masa supaya anda boleh menyiapkan semua kuih muih tu dalam masa yang terhad - mengejar waktu puncak orang ramai keluar membeli juadah untuk berbuka.

Puding Caramel















Ni plak juadah hasil air tangan Hasnah untuk semua student hari ni - Nasi Dagang Terengganu yang wallaaaa dan kuih koci yang sedappppp

Nasi Dagang

Kuih Koci
Untuk semua student dan juga Hasnah, tqvm sebab sudi datang ke Bzee Bakery. Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi....