May 15, 2009

Home Made Chocolate





Antara contoh-contoh coklat homemade guna teknik mudah - seeding (pembenihan)




Hari ni selain sibuk buat kek untuk Mia, saya sempat joint kelas homemade chocolate. Saja nak mendalami ilmu home-made chocolate dengan Norli di Amore Bake. Sebenarnya ni dah kali ke empat saya masuk kelas chocolate ni. Sejak dua tahun lepas lagi blajar buat homemade chocolate ni. Tapi teknik-teknik sebelum ni cerewet.


Bagi yang biasa buat chocolate mesti tau cerewetnya proses buat chocolate ni terutamanya semasa proses tempering. Dalam kelas-kelas sebelum ni, kalau tak dak dua benda wajib - marble (untuk tempering) dan thermometer untuk check suhu coklat, memang tak bleh buat chocolate.


So, selalunya lepas balik daripada kelas-kelas tu, saya jadi macam boring jerr...sebab nak kena beli barang-barang tu. Bukannya murah - marble saja paling murah RM150 - tu pun kecik jerrr...Thermometer plak rega dalam RM120 lebih. Saya pikir, kalau saya sendiri pun boring nak beli barang-barang ni, u all yang nak saja-saja buat untuk seronok-seronok nak bagi anak-anak makan, lagi la boring yer dak...? So, lepas balik kelas-kelas tu, saya simpan jer notes-notes tu.


Tapi sebenarnya bukan sangat rega barang-barang tu (sebab benda-benda ni bleh simpan dan jadi assett berharga kita). Cuma saya boring mengenangkan tekniknya tempering yang cerewet dan tak bleh salah langkah. Macam-macam pantang larang n yang paling saya boring, kalau nak buat chocolate ni kena dalam aircond...blehhhhh....? Ni yang paling saya boring skali. Abih, nak kena pasang aircond kat dapur la plak kannn? Ker, nak kena buat chocolate kat dalam bilik tidoq...?


Tapi teknik yang saya blajar hari ni best. Tak perlu marble, tak perlu thermometer n paling best, tak payah nak ngada-ngada cari aircond. Teknik ni namanya `seeding' (pembenihan). Pensyarah dari UPM, Dr. Halimah (kalau tak silap saya) yang mempopularkan teknik ni. Hasilnya cantik dan yang paling penting tahan panas. Kata Norli, coklat ni kalau nak dihantar ke customer pakai pos pun bleh, tak cair. Saya tak penah cuba. Nanti saya cuba poskan coklat ni untuk adik saya yang dok kat Sungai Petani. Tengok apa hasilnya. Nanti saya inform.


So, sapa-sapa yang berminat nak blajar teknik mudah buat coklat homemade ni, boleh arrange time dengan saya. Untuk kelas ni, saya cuma hadkan pada 4 orang pelajar sahaja. Best buat coklat ni. Enjoy. Coklat ni sesuai untuk macam-macam function - gift pengantin, hamper, door gift, even nak ganti biskut raya pun bleh. Lepas balik dari kelas tadi dan bawa contoh-contoh coklat yang saya buat, ada customer datang kedai. Saya tunjukkan coklat ni. Dia dah minat nak tempah untuk raya. Sajerr kata dia nak kelainan sket. Asyik buat biskut raya jer...betul gak kan....hehee


Sesapa yang nak buat bisnes, saya akan ajar costing skali, mana nak dapatkan coklat, macam mana packaging dlln...