Nov 3, 2011

3 sekawan dari Singapura

Asskm dan aloooo untuk semua....Kak Nita, Kak Yam n Kak Aishah dari Singapura ambik DIY ngan saya hari ni. Dia orang ambik package slice cake 4in1 - Strawberry Slice, Chocolate Slice, Fresh Fruit Slice dan Ala-Ala Opera Slice Cake.

Pelbagai petua dan teknik penting menghasilkan slice cake yang kemas diajar dalam kelas ni. Cara sapu krim, cara potong, tips memudahkan kerja kalau nak buat slice cake dalam kuantiti yang banyak dan tak lupa gak pelbagai idea menghias kek slice.

Wpun bertiga, dia orang ni nak class DIY. Semua buat sendiri dan hasilnya pun sendiri-sendiri laaa. Tak share. Masing-masing happy ngan class hari ni. Tak sabar nak balik buat. Kak Nita cakap slice cake ni sesuai sangat untuk Dessert Table yang semakin jadi trend masa kenduri-kenduri kahwin di Singapore.

``Sekarang ni memang trend. Bila ada kenduri kahwin, tuan rumah akan siapkan meja khas untuk letakkan dessert jerrr...meriah. Macam-macam dessert.

``Memang jadi tumpuan dessert table ni kalau orang buat kenduri kahwin,'' kata kak Nita.

So, sesuai sangat la Kak Nita n kengkawan dia datang blajar. Bleh jadi sumber pendapatan supply dessert untuk orang yang buat kenduri kawen. Rasanya kat Malaysia ni belum  popular lagi kan konsep dessert table neh.....? Ada yang buat, tapi tak ramai. Mungkin akan jadi trend tak lama lagi. So, apa lagi....anda-anda di luar sana, cepat rebut peluang jadi penyeplai (tukang supply..ahaksss) dessert-desert comel ni...Tapi sebelum tu, bleh masuk class saya dulu. Ada macam-macam produk yang bleh dijadikan dessert untuk dessert table....(hehehe...sorry yea...iklan mencelah sat...ahaksss)

Ok, ni gambar-gambar sekitar class hari ni:


Ni Kak Yam

Kak Aishah

Kak Nita

Tengah susun buah untuk Fresh Fruit Slice Cake

Practice buat coklat untuk hiasan atas kek slice

Fresh Fruit Slice Cake

Strawberry Slice Cake

Chocolate Slice Cake

Ala-ala Opera Slice Cake

Tq Kak Nita, Kak Yam n Kak Aishah sebab sudi datang jauh-jauh untuk join kelas saya. Insyallah  23 November ni, kita jumpa lagi. Dia orang nak bawak sorang lagi geng dari Singapore untuk berDIY ngan saya.