Nov 26, 2011

Kelas Demo last untuk tahun ni...

Asskm dan alooo untuk semua...Alhamdulillah..pejam celik, pejam celik kita dah sampai ke kelas demo last untuk thun ni. Mcm tak caya saja dah nak habis tahun. Rasa baru sangat sambut New Year.. ni dah nak sambut New Year skali lagi.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi sepanjang tahun ni. Tq atas sokongan semua. Saya amat-amat menghargai.

Kelas demo kek kontinental modul 1 ni kira macam acara penutup bagi aktiviti kelas demo setiap hari Sabtu untuk tahun ni. Tapi kelas-kelas lain - DIY dan DIY berkumpulan akan diteruskan macam biasa. Kalau saya rajin n boring dok rumah lama-lama, insyalllah saya akan penuhi hari Sabtu saya ngan aktiviti kelas praktikal ramai-ramai (maksimum 14 student satu kelas)- contohnya kelas pastry kerr, kelas kek gulung kerrr, kelas roti kerr atau kelas-kelas lain yang dirasakan sesuai dan boleh dibuat secara praktikal. Apa-apa pun saya akan umumkan dalam blog. Tu pun insyallah kalau rajin lerrrr.....hehehhehe...

Ok, untuk kelas demo last untuk thn ni, saya ajar 4 kek continental resepi eksklusif saya - Carrot Walnut With Cream Cheese, Chocolate Indulgence, Opera dan Italian Rainbow. Alhamdulillah 28 yang majoritinya student-student yang baru tahu pasal kelas saya join kelas hari ni.

Tq untuk 28 student yang join class demo hari neh - Kak Nurul, Kak Jamaliah, Siti Fatimah, Elmi, Idayu, Hafizah, Min, Adaw, Myra, Rozi, Siti Gauyah, Hanisah, Ram, Lyn, Maznita, Hasimah, Marzila, Emelliya, Yim, Melissa, Nurl Hidayah, Salbiah, Norimi, Fida, Norah, Haniza, Samsuriah dan Marhaini...

Chocolate Indulgence

Carrot Walnut Wth Cream Cheese


Italian Rainbow

Opera



Sukaaa sebab dah dapat kek masing-masing. Masa untuk balikkkkkkkkkk



Untuk semua student hari ni dan juga yang sebelum-sebelum ni, selamat menyambut MAAL HIJRAH yeaaa...Semoga kita terus diberkati Allah dalam semua aspek. Aminnnn