Mar 10, 2012

DIY 8 Mac - Hasnah & Miza

Assskm dan alooo untuk semua...Hari Khamis lepas cikgu baulu - Hasnah Saidin datang berDIY ngan saya. Ni kira siri pertama daripada 3 siri kelas yang dia akan join ngan saya tak lama lagi. Setiap kelas dia akan ambik 5 kek/items. Ambik sket-sket supaya tak pening sangat.

Semalam Hasnah diselit Miza dari Port Dickson. Dia orang belajar Chocolate Indulgence, Opera, Italian Rainbow, Russian Black n White dan Pavlova.

Seronok bercrita criti ngan Hasnah ni. Pengalaman dia buat direct selling. Dalam masa 3 tahun dia pulun, sekarang dah bleh pakai BMW 5 series..fuuuuhhhh.....tabik spring laa. Dan biasa laaa...adat orang rajin ni, tak reti dok diam. Ada saja bizz dia nak buat.

Wpun dah boleh tarik nafas lega ngan hasil titik peluh buat direct selling dia tu, dia tak dok diam. Dia yang minat masak-masak ni buat satu lagi bizz yang lumayan. Jual kuih muih. Kek batik, puding caramel, baulu n kuih bakar adalah antara killer produk dia terutamanya untuk bulan puasa. Memang lumayan betoiiii...Alhamdulillah. Pendapatan untuk musim bulan puasa ni memang lumayan sangat. Suka tengok orang rajin neh.

Miza ni pula baru berjinak-jinak ngan dunia baking ni. Dia kata saja blajar untuk buat makan sendiri. Tapi saya dan Hasnah dan brainwash dia.....hehehhe. Soh dia buat bizz. Start slow-slow dulu. Jual ngan kawan-kawan terdekat. Insyallah kalau buat betul-betul, boleh buat duit ngan produk-produk bakery ni walaupun secara homebase. 

Sekarang ni Hasnah memang popular di kalangan penggemar-penggemar baulu tradisional. Dia banyak buat kelas. So sesapa yang berminat nak jadi usahawan baulu, boleh contact Hasnah - 019 664 7769. Dia dok Shah Alam.







Miza (kiri) n Hasnah.