Apr 4, 2012

Emi, Irma n Wati...

Asskm dan alooo untuk semuaa...Hari ni saya berDIY ngan 3 student yang boleh dikatakan mempunyai basic yang cukup `nipis' dalam bidang baking..Emi, Irma mengaku kat rumah kek paling glamer depa buat ialah kek chocolate kukus. Bab-bab melepa tak pernah langsung.

``Piping beg pun ni lah 1st time tengok kak...tak tau pun benda ni ada. Saya ingatkan orang guna plastik tu..,'' kata Emi. Emi merujuk plastik berbentuk selinder yang juai kat kedai tu..alaaa...yang orang guna untuk biskut raya tuuu...yang dia orang juai skali ngan nozel-nozel plastik.
 
 Tapi yang best tu, depa  ni ambik kek-kek yang boleh dikatakan kategori advanced - Russian Black n White, Italian Rainbow dan Red Velvet.

Tapi yang menakjubkan tu ialah bila tengok hasil yang depa buat. Ok lerr untuk yang 1st timer. Terutamanya yang Emi punya. Saya berkali-kali tanya cuba serkap jarang dia..``betul ker ni 1st time...,''.

Irma n Wati plak, masa kek ketiga (Red Velvet) baru nampak bleh pegang piping beg n spatula ngan confident. Dua kek terawal tu `goyah' sket lerrr...hehhehe..Tak pa lah balik pas ni kena practise yea....

Add caption

Red Velvet

Italian Rainbow

Russian BW - sorry tangan ketaqqq...

Ni Wati - dia sorang jerr boleh ditonjolkan...Emi n Irma enggan dikenali atas faktor keselamatan dalam negeri


Dia orang bertiga ni dah bersemangat nak masuk satu kelas lagi - nak blajar Apple Crumble Cheese Cake. Dia orang dah angau pas rasa sampel yang saya bagi...hehehe. Ok, insyallah ada rezeki kita jumpa lagi...