Asskm dan alooo untuk semua...Hari ni dan semalam kelas praktikal buat bun, loaf, piza dan donut ngan Pak Agus dari Indonesia. Pas ni bakery saya akan ditutup untuk kunjungan orang ramai (ahaksss) selama 2 minggu. Nak menguruskan kerja-kerja kawen adik. Akad nikah Sabtu ni (30 Jun) di Cheras. Kenduri belah kami di Kangar minggu satu lagi - 7 Julai. Saya memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi dalam projek ni...tapi APA PUN TAK BUAT LAGIIIII.....esok baru nak start buat. Gift, kek hantaran n kek kawin.
Tak pa, insyallah harap dipermudahkan Allah. Sib baik ada pembantu saya yang cekap lagi berwibawa - Kak Mas. Adik bertuah kat SP tu hari Jumaat baru nak mai. Tapi tak pa...tak bleh harap sangat kat dia sebab muatan dia tengah berat...takat nak ikat-ikat riben bleh lerrrr...nak soh buat keja-keja berat takut terberanak plak kat Somban neh...
Ok, tak paaaa..untuk kelas Sabtu n Ahad lepas, 4 orang join kelas Pak Agus ni. Ni kira mereka-mereka yang tak boleh join kelas April lalu yang dah full. 15 orang join kelas leps.
4 orang terpilih dan bertuah tu ialah Azimah, Saripah, Nazreen dan Suzi. Dua hari berDIY, Pak Agus ajar teori dan juga praktikal menghasilkan pelbagai jenis bun, loaf, donut dan piza. Meriah walapun 4 orang yang join.
Saya plakkk..hehehhe, beruntung sebab dapat khatam kali ke 2. Pas ni saya akan buat kelas donut. Sebab saya suka sangat donut yang gebuzz dan berwarna-warnni dan rasanya macam donut Big Apple tu...
Jom layan gambar sekitar kelas...
|
Assorted Donut ala-ala Big Apple |
|
Assorted sweet bun |
|
Sandwich loaf a.k.a roti tawar.a.k.a roti benggali |
|
Roti Kasur a.k.a roti tilam |
|
Donut gebuzz sebelum dimake up |
|
assorted pizza |
|
Ni plak Portugese Egg Tart - hidangan minum petang untuk student n Pak Agus dari bzeecabakery....best makan ngan kopi o kaw panaz-panaz buatan Kak Mazz |
|
Dari kiri - Suzi, Saripah, Pak Agus, Azimah n Nazreen dari Singapore |
Untuk semua, jumpa lagi dua minggu dari sekarang...sayonara n byeeeeee