Dec 30, 2012

DIY 25, 26, 27 dan 28 Disember


Asskm dan aloooo untuk semuaaaa....Alhamdulillah badan dah rasa ok  sket...so baru bleh update blog. Sepanjang minggu lepas badan tak brapa sihat. Masa kelas ngan Nora Bangi cuti Krismas tu pun dah rasa tak sedap badan. Tapi masa tu tak layan sangat sakit tu...teruskan gak. Cuma saya balik awal sket.

Balik malam tu tekak dah start  rasa sangat perit n badan lemah sangat. Tapi masa tu tak sampai hati nak cancel class....Wuihhh..mana boleh. Kak Hafizah dah datang jauh-jauh dari Singapore...dah sewa hotel..tetiba nak cancel classs...memang tak patutttt...memang tak patut....

So, saya teruskan gak pas pagi tu gi ambik ubat kat klinik. Alhamdulillah subjek hari tu semua cover. Termasuklah saya soh Kak Hafizah buat dulu kulit DC dia dan kek carrot. Pas asar macam tu, saya mintak izin kat Kak Hafizah nak balik awal...badan dah rasa lemau sangat. Hmmmm...balik rumah apa lagi...jadi sayur...lembik terus. Dalam pukul 8 mcam tu husband soh saya bangun. Dia nak bawak gi hospital skali lagi sebab dia rasa badan saya panas sangat. Memang betul pun panas. Kena cucuk sejarum untuk turunkan suhu badan. ``Esok u nak gi class gak kerrr..?'' dia tanya.

Dalam suara rock mcam Ramli Sarip, saya jawab..``wuishhh...kena gi laaa...tak bleh...sian kat Kak Hafizah. Kalau dari KL jerr...memang la saya cancel kan jerrr..,'' Husband diam...nampak muka dia tak puas hati...

So, esoknya, saya gagahkan diri untuk habiskan kelas ngan Kak Hafizah. Alhamdulillah berjaya selesaikannya. Saya cuma break jap gi baring masa dia lunch ngan Kak Maz.

Demam tak kebah-kebah. So saya call kak Faezah nak cancel class. Tapi alahaiii...tak sampai hati lagi sebab dia ni dari Alor Star. Lama dah beli tiket pegi balik nak datang kelas saya ni. Dah tu, Kak Faezah sebelum ni ada kisah sedih masa nak datang blajar ngan saya bulan 6 lepas. Masa dia nak naik bas ke Seremban, dia kena ragut....habis semua hilang. Siann dia...so, dia postponed kelas tu ke 28 Dis ni...tup-tup saya nak cancel plak....lagi laaa tak sampai hatiiiii....

So....atas rasa tak sampai hati tu, saya gagahkan diri gak....Tu pun saya terpaksa cancel sorang student yang nak menyelit. Sebab rasa tak larat nak buat ramai-ramai. Saya nak balik awal n rehat secukup-cukupnyaaa....

Alhamdulillahh...dapat berehat sampai Isnin ni. Harap dapat recharge balik bateri yang dah kong...heheheh Nak meneruskan lagi hari-hari yang lebih produktif.

Ok...jom kita tengok gambaq-gambaq kelas sepanjang minggu lepas....sorry sebab tak semua gambaq saya sempat ambik...mana yang ada jerrr...



Ni yang Nora Bangi blajar - Chciken Pie n Quiche Lorraine. Gambaq hamper tak dan ambik

Yang kat bawah ni plak subjek yang Kak Hafizah dari Singapore blajar:

Kek Kukus Anam Bulan dalam mini pack

DC

Carrot Walnut

Pavlova  





Di bawah ni plak apa yang kak Faezah blajar:



Ni kak Faezah
Untuk Nora, Kak Hafizah n kak Faezah.....mintak maaf banyak-banyak jika ada kekurangan saya semasa mengajaq dalam keadaan yang tak berapa sihat. Harap dapat semua ilmu n tips. Dan TQ banyak-banyak sebab memahami sitiuasi saya. Selalu kasi chance kat saya untuk gi berehat. In syaa allah ada rezeki kita jumpa lagi.