Feb 24, 2013

Percutian yang indah - Part 2 - Andalusia

ANDALUSIA - negeri kedua terbesar di Spain dengan kepadatan penduduk tertinggi di negara ni. Terdapat 8 daerah di Andalusia ni - Seville (orang spain panggil Sevilla), Cordoba, Granada, Almeria, Cadiz, Huelva, Jaen dan Malaga.

Daripada 8 daerah ni, saya melawak 3 ja...Seville (ibu negeri Andalusia), Cordoba dan Granada..Nak melawat semua kalu, jawabnya kena dok sebulan..hhahahah

Enam malam kami di Seville. Cordoba dan Granada (yang ada alhambra) kami gi one day tour guna perkhidmatan tourist guide. Gi pagi, balik petang.

Di Seville ni kalau bab bakery, saya tertarik dengan satu bakery ni yang dah berusia 128 tahun..! Mula dibukak sejak tahun 1885..fuhhhhh.....masa masuk bakery tu, nak gak saya tanya mana satu produk dia yang memang klasik gila...yang bakery ni buat sejak mula ditubukan. Tapi susah nak berkomunikasi ngan dia orang ni sebab dia orang tak faham bahasa Inggeris. So...lupakan sajalah hasrat tu.. hahaha ...



Ni bakery La Campana, Serville. Masa ni pagi lagi so tak dak orang. Masa kami otw balik ke hotel petang tu, memang ramai orang. Penuh kerusi-kerusi kat luar tu. Saya cuba beberapa produk `selamat' kat bakery ni. Saya rasa cream puff. Sedap. Tak manis sangat. Selain tu, saya juga suka cara packaging bakery ni dan juga hampir semua bakery kat Spain. Untuk produk-produk bakery yang bukan kek - pastry, bun, cookies kebanyakannya diletkkan di atas board atau plastik keras, dibalut kertas, kemudian diikat.


Ni cara pembungkusan produk untuk take away...sempoi




Sebahagian daripada produk-produk bakery yang dihasilkan oleh bakery  La Campana di Seville
Ok..secara keseluruhannya di Seville ni saya lebih banyak enjoy tengok bangunan-bangunan bersejarah dia. Sangat suka dengan building-building kat sini dan lorong-lorong sempit di sekitar bandar ni. Kami banyak menyelusuri lorong-lorong sempit. Setiap lorong sempit pasti akan jumpa kedai-kedai menarik termasuklah bakery-bakery. Pernah dengar orang selalu kata lokasi sangat penting kalau kita nak berniaga....? Hmmm...bagi saya teori ni tak boleh dipakai di sini. Bila terjumpa kedai-kedai lama yang tersorok di lorang-lorong sempit, kerap saya berbisik pada husband..``macam mana dia (bizz) boleh idup aaa kat sini,''. Tapi sebenarnya saya tak setuju sangat dengan faktor lokasi yang akan menentukan anda berjaya atau tidak dalam biz. Ya, betul, lokasi memainkan peranan. Tapi saya rasa faktor lokasi tidak lah sepenting kualiti perkhidmatan yang kita tawarkan. Kalau kita bukak kedai makan, letak tepi jalan laluan orang ramai tapi kalau makanan kita tak sedap, tetap orang tak pegi. Banyak dah contoh yang kita tengok kan....

Sorry..membebel jap..hahha. Ok, seperti yang saya cakap tadi, di Seville yang terkenal dengan sejarah laga lembu dan tarian klasik flamenco ni, banyak bangunan-bangunan cantik. Suka warna dan juga details jaring-jaring besi yang menghiasi setiap tingkap bangunan. Mula terbayang nak buat kat rumah sendiri...hehhehe




Satu lagi ciri menarik ialah kewujudan `courtyard' di tengah-tengah laman rumah. Kami banyak menjenguk ke dalam bangunan-bangunan yang terbuka untuk tengok courtyard yang dipenuhi ngan taman hijau yang sangat nyaman.

Di hotel penginapan saya di Serville pun ada. Masa mula-mula masuk tu, saya sangat kagum ngan tumbuhan hijau yang memenuhi walkway ke bahagian reception. Ni rumah lama. Bilik kami ditingkat dua. Di tengah ruang ada courtyard. Satu di bawah dan satu lagi di tingkat atas di depan bilik kami. Memandankan suhu sejuk sangat, tak dapat leerr kami lepak kat luar.Masa musim panas mesti best lepak nih...


Courtyard bahagian bawah....dok kejap-kejap bleh lerrr...lama-lama beku..hahhahah



Entrance hotel kami 
Di Serville ni gak terkenal ngan ceramik. Kalau kita perhatikan banyak bangunan dia mempunyai finishing ceramik yang sangat cantik dan halus.

Kedai ceramik...sangat cantik n halus...tak berani nak beli sebab susah nak bawak balik dan kedua sebab harganyerrr...hahhaha (tapi lebih kepada harganyerrrr...hahha)

Hari-hari terawal kami di Serville dipenuhi ngan melawat tempat-tempat bersejarah. Saya melawat istana Royal Alcazar di tengah-tengah bandar Serville yang juga hang 20 minit berjalan dari hotel kami. Diiktiraf sebagai antara warisan dunia oleh Unesco, istana ni adalah istana tertua di Eropah yang masih digunakan sehingga kini.

Istana ni asalnya milik orang Islam sebelum dirampas oleh orang Kristian. Ukiran Tulisan-tulisan Arab dan juga tulisan nama Allah masih dikekalkan  di sebahagian besar dinding istana ni. Istana ni adalah peninggalan paling berharga yang menunjukkan pengaruh senibina Islam.








Selain Real Alcazar, tempat yang perlu juga kita tengok kalau datang ke Serville ni ialah Plaza de Espana. Saya sangat kagum ngan tengok bangunan yang bagi saya sangat gah ni...DI bina pada 1928. Berbentuk separah bulatan, bangunan ni kini menempatkan pejabat-pejabat kerajaan.

Kawasan sekitar plaza ni pernah menjadi lokasi pengambaran beberapa filem popular seperti Star Wars (1)- The Phantom Menace, Star Wars (II) - Attack of the Clones dan yang terbaru pada filem Dictator (2012).










Di Serville, kami gak tak lepas peluang untuk tengok show flamenco - genre muzik di Spain. Rugilah tak tengok sebab Andalusia ni lah asal usul muzik dan tarian ni. Flamenco melibatkan nyanyian, mainan guitar, tarian, tepukan tangan dan hentakan kasut. Memang enjoy tengok show selama dua jam tu...errrr....macam nak tanya penari-penari flamenco ni tukar kasut berapa kali setahun aaa..hahhaha...sebab tengok dia orang hentak kaki tu rasa macam sekali pakai sekali buang jerrr...hahhahaha


Ambik gambaq poster saja....gambar masa show tak elok sebab gelap....ok lah tu kann...hehhee

Selain flamenco, satu lagi acara wajib yang selalu orang tengok bila datang serville ni ialah laga lembu atau bull fighting.Tapi sekarang dah tak dak laaa sebab dah diharamkan. So, tengok bangunan yang menjadi tempat laga lembu saja laaa...hahaa.Tapi kan, wapun ada lagi, tak sanggup la saya nak tengok. Kejam n tak berperikemanusiann.

Ni tempat bull fighting tu...tapi la ni dah tak dak lagi...tapi still open untuk orang melawat dalam dia...Nama tempat ni punya la panjang - Plaza De Toros De La Meastranza...hahhahah ko...

Okeh...tamat bab Serville. Episode seterusnya ialah Cordoba dan Alhambra, Granada plak...