Mar 4, 2013

Percutian yang indah - Cordoba n Andalusia

Asskum dan alooo untuk semua...sorrry sebab sambungan crita ambik masa lama.....liat sket nak sambung sebab terkena Virus FB...hahaha...virus ni sangat bahaya. Kalau kena skali susah nak hilang..hahahha..gelak lagi. Takkkk...sebenarnya ni penyakit-penyakit orang sekarang leerrrr...melekat kat Facebook. Bila on facebook...ada orang menegur n ajak chat, haaa..apa lagi, panjang lebar criternya. So tergendala sket keja. Bila dah selesai chat, malam dah lewat. Idea untuk mengarang pun dah sejuk...

Hmmmmm...tak bleh salahkan orang lain...salah diri sendiri gak. Tak kuat semangat nak lawan. Lain kali - pesanan untuk diri saya sendiri dan juga untuk anda yang ada blog yang perlu diupdatekan - bila on jerrr pc tu, buka dulu blog. Dah buat keja habis, baru on fb. Masa tu kalau nak on FB sampai 3 atau 4 pagi pun tak paaaa...keja dah habis kannn...hehheheh...Harap saya boleh buat apa yang saya cakap ni...hehehhe..yakin boleh!

Okeh kita sambung crita perjalanan saya di CORDOBA. 

Dari Serville, kami ambik package tour guide ke Cordoba. Ada lebih kurang 12 orang lagi yang join group hari tu. Bertolak dari hotel pukul 8.30 pagi. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam lebih sket. Sepanjang perjalanan ikut highway tu, kiri kanan penuh ngan ladang zaitun. Melaut besarnya ladang-ladang ni. Kalau anda rasa ladang-ladang kelapa sawit milik SimeDarby di sepanjang highway kita ni dah cukup besar..haaa..ni lagi besaqqqq....Selain Italy, Spain adalah antara pengeluar minyak zaitun terbaik didunia. Dan bahagian selatan Spain, termasuk Cordoba adalah antara penyumbang kepada pengeluaran minyak zaitun bagi Spain.

Mezquita atau Masjid Cordoba adalah punca utama yang membawa kami ke sini. Dibangunkan oleh Khalifah Bani Umaiyyah - Abdulrahman III. Masji yang mampu memuatkan sehingga 40,000 orang ini sangat berjasa. Sebab daripadanya lahir ilmuan-ilmuan Islam  yang tersohor. Masjid ini menjadi lambang kegemilangan Cordoba sebagai pusat ilmu, perdagangan dan kota kekhalifahan Bani Umaiyyah.


Dalam Masjid Cordoba



Ruang mihrab...masih ada di dalam Masjid Cordoba yang telah  bertukar menjadi gereja..sangat sayu berada di hadapan  mihrab. Tak jauh dari mihrab ni adalah patung-patung jesus dan juga patung-patung lain yang berkaitan...





Sebagai pusat pengembangan ilmu, dianggarkan lebih 400,000 orang dari seluruh dunia mengunjungi perpustakaan masjid ini. Satu angka yang sangat tinggi berbanding kunjungan orang ke perpustakaan Eropah lain yang hanya di sekitar 1,000 orang sahaja.

Saya sangat kagum dengan seni bina masjid ni. Setiap gerbang dalam masjid ni ada jaluran batu bata merah dan putih. Jaluran batu merah putih ni memberi keunikan kepada senibina masjid ni dan banyak mempengaruhi senibina bangunan di Spain secara keseluruhan.

Hiasan dinding plak dipenuhi dengan unsur flora dan inskripsi dari Al-Quran.

Tetapi semua kemegahan masjid ni hanya tinggal lipatan sejarah selepas jatuh ke tangan puak Kristian. Fungsi suci Masjid Cordoba yang menjulang kegemilangan Islam terhakis. Masjid Cordoba telah bertukar menjadi gereja. Beberapa tiang dalam masjid dirobohkan dan didirikan khateral. Masjid Cordoba bertukar menjadi Cathederal Mezquita.

Sesuai dengan fungsinya sebagai gereja, patung-patung didirikan di dalam masjid ni. Sangat sayu berada di dalam masjid yang juga didalamnya juga adalah gereja...

Sebelum memasuki Masjid Cordoba ni, kami juga melawat satu lagi istana lama - Alcazar of Cordoba atau nama panjangnya - Alcazar de los Reyes Cristianos.Saya sangat teruja ngan taman istana ni...sangat la cantik.

Taman kat Istana Coroba ni...


ALHAMBRA - ISTANA MERAH 

Saya ke Alhambra selepas saya melawat 2 istana yang sebelum ni iaitu di Serville dan juga di Cordoba.Kedua-dua istana ni dikatakan mempunyai pengaruh senibina Islam yang kuat terutamanya dari segi ukiran.

Saya berandaian, saya tidak akan teruja sangat dengan kehebatan Alhambra yang sering diperkatakan tu sebab rasanya ukirannya hampir sama. Tetapi ternyata, saya SILAP...Senibina dan ukiran di Istana Merah ini lebih membuatkan saya terpegun dan sangat mengagumi kesabaran mereka yang membuatnya dulu.














Alhambra adalah lambang kewujudan Islam di Sepanyol selama lebih 800 tahun sebelum ditakluki oleh orang Kristian. Seperti biasa...kejatuhan yang berpunca daripada kelemahan kerajaan yang memerintah ketika itu.

Selama lebih 800 tahun, Alhambra sentiasa diberi nilai tambah oleh pemeritah-pemerintah Islam ketika itu. Ukiran-ukiran dinding berasakan flora dan juga ayat-ayat suci Quran memenuhi bukan sahaja dinding, tetapi juga bumbungnya yang berbentuk qubah.

Taman-taman yang dihiasi dengan pancutan air yang menenangkan. Ada yang mengatakan Istana Alhambra ni adalah cebisan daripada gambaran syurga yang Allah janjikan. Wapun hanya cebisan daripada gambaran syurga, ia sudah cukup indah bagi saya...amat indah.