Jun 15, 2013

DIY sepanjang minggu ini.....

Asskum semua.... harap semua sihat sejahtera. Mesti ramai yang dah start pulun buat sample biskut raya untuk tahun ni. Bukan setakat sampel, rasanya sekarang ni ramai tokey-tokey biskut dah start but biskut raya. Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan. Rezeki tak penah putus.

Sepanjang minggu ni hati berbunga-bunga. Sebabnya kalau tak dak aral melintak, esok - Sabtu, 15 Jun, saya akan ke Tokyo ngan adik bertuah saya - Yusniza Yahaya dari cuitcutecakes.blogspot.com. Ni misi sambil menyelam cari siput-sipu lawa...hahaha. Jalan-jalan, sambil luaskan pengetahuan.

Sepanjang 10 hari kat sana, saya akan lepak kat rumah Kak Aida di Shibuya, Tokyo. Nanti saya updatekan  crita-crita pengalaman saya di sepanjang berada di sana. Kita share pengalaman. Mana tau boleh juga dijadikan idea untuk bizz kita semua.

Ok, untuk minggu ni, macam tau-tau jer mood cuti sudah mari, kelas-kelas pun rileks. Tak berat.

Hari Selasa, 11 Jun, Shidah dari Melaka belajar package muffin dan juga Rainbow Slice Cake.


 




 
Rabu, 12 Mei giliran Safiah. Dia belajar dua jenis - Red Velvet dan Blueberry Cheese Tart




Aisah dari Sandakan Sabah menerbang diri khas untuk berDIY ngan saya keesokan harinya - Khamis. Dia belajar package sweet bun dan juga puff pastry






Hari ni Sis Lea dari Ipoh ambik package lengkap puff pastry. Satu package biasa yang ada sardin puff, portugese egg tart dan chicken pie.

Yang satu lagi - package pastry premium - Baklava, Mille Fuille, Cheezy Pistachio Cream Roll dan Apple Struddle











Tq untuk semua student DIY sepanjang minggu ni.