ASSKUM untuk semua… ada sesiapa yang nak join kelas DIY sepanjang bulan Ramadhan ni…
Ada 8 saja date kosong untuk dipenuhi.
JUMAAT 19 JULAI
SELASA 23 JULAI
RABU 24 JULAI
KHAMIS 25 JULAI
JUMAAT 26 JULAI
SELASA 30 JULAI
RABU 31 JULAI
KHAMIS 1 OGOS
SYARAT:
Subjek yang nak belajar tak boleh lebih dari 4 jenis. Paling kurang 2 jenis
Kelas start kul 9 pagi dan perlu diselesaikan pada selewat-lewatnya pukul 4 petang.. (sebab saya nak gi pasar ramadhan..hahhha)
Cara-cara nak daftar:
- Pilih date yang anda nak – date yang saya bagi saja. Date lain saya tak buat kelas.
- Buat keputusan nak blajar apa – kalau pening – gi kat Album saya, pilih dari situ. Ada hampir 100 subjek yang boleh anda pilih.
- SMS saya – 019 282 0053 untuk bagi tau pilihan subjek n date yang dipilih untuk saya bagi tau quotation dan confirmkan date tu still kosong. Contoh: Salam kak…saya nak DIY 23 Julai. Nak Belajar Carrot Walnut n Russian BW – ZANA (tolong laaa perkenalkan nama setiap kali SMS saya…saya janji tak akan bagi nama anda kat imigresen)
- Pastu saya akan bagi jawapan – contoh: ``Ok, kosong lagi, Total RM360. Deposit RM180.
- Pas tu terus BANK IN DEPOSIT KE account Maybank Bzee Bakery, 5051 76100 195.(selagi anda tak bank in deposit, saya akan anggap anda hanya bergurau senda dan akan bagi date tu pada sesiapa saja yang bayar deposit dulu).
- Pas bnk in, SMS ke 019 282 0053 .. SMS mcm ni: Zana, DIY 23 Julai, RM180
- Sila simpan bukti pembayaran dan bawak masa kelas. Kalau takut payment slip tu blurr…hilang ink dia…petuanya…tulis la balik guna pen…so…tak hilang. Ataupun, u all bleh emel jerrr kat saya bukti pembayaran.
Labiu
Zalina, bzeecake.blogspot.com
PADA yang tak tau apa itu kelas DIY - ni personal class. Anda buat semua dari A - Z. kecuali menimbang dan membasuh. Menimbang bahan tu, saya soh assitant saya Kak Mas timbang bagi jimatkan masa. Membasuh tu...tak perlu...anda hanya perlu basuh tangan...yang lain Kak Mas buatkan.
So, anda akan buat kek anda sendiri, dan bawak balik semua kek yang anda buat tu.
Kalau anda ambik 2 subjek saja, saya BERHAK untuk bagi student lain join sama kelas tu. Tapi anda tetap akan bawak balik kek sorang satu...TAK SHARE apa-apa...