Alhamdulillah projek Chocolate Sana Chocolate Sini saya boleh katakan satu kejayaan yang manis untuk team kami. Sales melebih sasaran yang ditetapkan. Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami walaupun ni tahun pertama kami buat pengeluaran cookies secara besar-besaran.
Dan sekali lagi syukur sebab sehingga kini order untuk Chocolate Sana Chocolate Sini tak putus-putus. Repeat order dari customer yang pernah makan chocolate sana chocolate sini. Kini production diteruskan di bakery kami.
Insyallah dalam masa terdekat ni, kami akan keluarkan chocolate chips kami dalam packaging baru yang lebih kecil dan sesuai untuk makan harian. Dan sudah pastinya dengan harga yang lebih murah.
Di tengah-tengah kesibukan team kami menyiapkan order chocolate sana chocolate sini, kelas-kelas personal/DIY di bakery saya diteruskan seperti biasa.
Kelas personal saya bermula 8 Ogos lepas. Ain dari Seremban jadi student pertama ambik kelas DIY selepas saya stop buat sementera waktu sebelum raya bagi memberi laluan kepada projek Chocolate Chips saya.
Ain belajar dua jenis kek - Russian Black n White dan Italian Rainbow
Selasa 12 Ogos plak Kak Zamrina dari Subang Jaya datang belajar package sweet bun dengan saya. Dia nak letak roti-roti ni kat stesyen Petronas dia. Dlam package roti ni ada lebih 12 jenis design. Tapi kak Zamrina ni sempoi gila...dia nak belajar roti yang senang. Yang bulat-bulat n ada inti butter jer.
Sebab tak sampai hati, saya `paksa' dia belajar beberapa roti senang yang lain.
Keesokan harinya giliran Zalini. Zalini pernah join kelas DIY group saya sebelum ni. Dah biasa bake. So tak susah ajar Zalini. Kali ni dia nak belajar Double Indulgence, Kek Pisang dan Kek Durian Musang King.
Nora Rashid - member seqariah saya ni wpun dah lama dok join kelas saya baru sedar yang dia tak belajar lagi 3 kek yang memang jadi identiti bakery saya - Pecan Heaven, Double Indulgence dan Russian Black n White.
``I belek-belek file resepi, baru sedar yang i tak belajar lagi kek-kek tu,''. Gelak saya sebab dia ni dok dekat ngan saya. Dan dia selalu join kelas saya. Tak tau macam mana dia boleh missed blajar kek-kek klasik tu...heheh
Jumaat baru-baru ni plak, Noorasanah dari Ipoh datang belajar Pecan Heaven n Russian Black n White. Pastu dia tambah lagi satu kek asas- Kek Butter sebab sebelum ni dia buat asyik tak jadi...
Untuk semua student DIY minggu ni, tqvm yea. Harap praktikkan apa yang dipelajari tu. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lupa...
Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi.
Labiu
Zalina