Asskum semua....disenaraikan jadual penuh kelas demo/hands on di Bzee Bakery sepanjang bulan September 2014
CARA MENDAFTAR:
1. Pilih kelas mana yang anda minat
2. Bank in DEPOSIT seperti mana yang tertera bagi setiap kelas ke account Maybank Bzee Cafe & Bakery - 5051 76100 195
3. SMS saya 019 282 0053 nama, tarikh kelas, nama kelas dan jumlah bnk in.
Contoh: Zalina Yahaya, 1 Sept, RM100 butter creamcheese
4. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa kelas.
5. Hanya perlu membawa pen dan baki yuran semasa kelas.
6. Semua kelas diadakan di bakery saya di No 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban
1. KELAS KEK BUTTER CHEESE
Cheedar Butter Cheese Cake, Lemon Butter Cheese Cake, Strawberry/Bluebrry Butter Cheese Cake, Chocolate Butter Cheese Cake
Tarikh: Isnin, 1 September (cuti umum yang dianjak ke hari Isnin sempena 31 Ogos yang jatuh pada hari Ahad)
Masa: 11 pagi - 4 petang
Jenis kelas: DEMO
Yuran: RM200
DEPOSIT: RM100
2. KELAS ROTI DOH FROZEN
Belajar teknik mudah buat roti menggunakan doh frozen dari Chef Mohd. Asri. Beliau berpengalaman dalam bidang bakeri selama 30 tahun. Mempunyai sijil kemahiran dan skill membuat roti yang diiktiraf oleh rangkaian perhotelan Shereton.
. Anda boleh adun doh roti anda, masukkan dalam freezer dan bentuk jadi bun yang dikehendaki bila-bila masa. Yang penting beliau akan ajar mcam mana buat roti guna teknik pantas terutamanya bila dapat order banyak.
Juga belajar mcam mana nak buat roti goreng sosej yang tak berminyak atau roti-roti lain yang anda nak goreng. Senang buat dan senang jual. Sesuai untuk yang tak dak oven tapi nak mula bizz kecil-kecilan dari rumah.
Tarikh: 7 September 2014
Masa: 10 pagi - selesai (anggaran 5 petang)
Jenis Kelas: Hands On
Terhad pada 15 orang sahaja
Yuran: RM350
Deposit: RM100
3. Kelas LIGHT CHEESE CAKE/COTTON CHEESE CAKE
Japanese cotton cheese cake, durian cotton cheese cake,orange cotton cheese cake, Peanut Butter cotton cheese cake
Jom belajar buat light cheese cake atau ada yang panggil cotton cheese cake. Cheese cake yang rasanya `lebih light' dan sangat sesuai untuk mereka yang tak suka sangat ngan rasa cheese cake yang `heavy'. Pelajari mcam mana nak buat light cheese cake yang cantik - tidak kecut lepas masak.
Tarikh: Ahad, 14 September
Masa: 11 - 4 petang
Jenis Kelas: Demo
Yuran: RM200
Deposit: RM100
3. KELAS PUDING RAJA DAN ANEKA SWISS ROLL
Jom belajar teknik betul buat Puding Raja. Dessert special dari Pahang yang sangat enak. Belajar cara buat custard cream yang tak guna sedikit pun tepung. Resepi asli dari Kuantan.
Kelas Puding Raja akan diadakan secara hands on.
Selesai puding raja,anda akan juga belajar aneka swiss roll yang senang buat dan senang jual - Blueberry Swiss ROll, Prune Swiss Roll dan yang paling best swiss roll komersial. Swiss roll yang boleh dibuat secara komersial dan sesuai untuk jualan mereka yang selalu bukak booth. Senang buat, senang jual.
Tarikh: Ahad, 21 September 2014
Masa: 10 pagi - selesai (anggaran 5 petang)
Jenis kelas: Hands on untuk Puding Raja dan Demo untuk 3 jenis swiss roll
Yuran: RM350
Deposit: RM100
4. Kelas Dessert in a Cup
Kelas Dessert chomel-chomel. Sesuai untuk yang target nak letak kat bakery atau nak hantaq ke restoran-restoran. Sweet n colourfull
Saya akan ajar:
1. Fruit Mousse (satu resepi boleh dipelbagaikan kepada berbagai jenis fruit mousse lain)
2. Strawberry Chocolate Dome Cake
3. Cheezy Berry Mousse
4. Triple Chocolate Mousse
Tarikh:AHAD, 28 SEPTEMBER 2014
Masa: 11 pagi - 5 petang
Jenis kelas: Kelas Demo
Yuran: RM200
Deposit RM100
Tqvm
Labiu
Zalina