Jul 21, 2016

KELAS DECO CAKE- BUTTERCREAM & FONDANT- LILI JAMALUDIN- SABTU/ 24 SEPT 2016


Salam semua...seperti mana yang dijanjikan, ni saya bagi maklumat terperinci mengenai kelas deco cake yang melatops oleh Lili Jamaluddin di tempat saya.

(harap adik-adik baca sampai habis..sampai Labiu Zalina ...hehhe)

Kelas Deco Cake Menggabungkan Penggunaan Buttercream dan Fondant

Bila: SABTU 24 SEPTEMBER (bulan 9) 2016
Masa: 10 pagi - 5 petang (sila hadir tepat pada masa. Kelas tidak akan diulang jika anda lewat)
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, Seremban 2, Seremban. Nanti dah bayar deposit dan cfrm nak datang, saya akan share location.

Pengajar:Lili Jamaluddin (anda boleh tengok wall dia untuk mengagumi hasil2 kek dia yang sangat kemas dan bersih)

Kelas ni sesuai untuk sapa: Untuk sapa-sapa saja walaupun tak dak basic. Sebab Lili Jamaluddin akan ajar teknik asas yang sangat mudah untuk mendeco kek bagi jadi cantik, kemas dan bersih.

Apa nak kena bawak: Sila click kat gambar. Semua list yang nak kena bawak ada kat situ. Bagi yang baru tak tau apa dia... harap dapat google tengok gambar alat-alat yang disebutkan tu.

Kalau tak dak, anda kena beli.

Apa yang anda akan belajar dalam kelas yang best ni:
1. Basic deco daripada awal habis. Tips mcm mana nak dapatkan sapuan cream yang licin akan diterangkan dengan terperinci.
2. Tips macam mana nak menggabungkan fondant dan buttercream dalam hiasan kek anda supaya dapat hasil yang kemas dan bersih.
3. Membuat figurine menggunakan FONDANT saja...tak perlu susah-susah guna gumpaste.
3. Cara menggunakan beberapa jenis alphabet cutter
4. Costing/cara letak harga/cara penyimpanan/dan macam2 tips lain akan dikongsi Lili Jamaluddin.
5. Sila ambik perhatian: Kelas ni TIDAK AKAN melibatkan sebarang demo baking atau cara buat cream. TETAPI ANDA AKAN DIBERIKAN:
Resepi vanila sponge cake
Resepi buttercream (butter cream yang digunakan Lili Jamaluddin untuk buat bunga)
Resepi Fondant
6. Makan tengahari akan disediakan
7. Kotak dan cake board juga akan disediakan

Yuran: RM420

Deposit: RM200

Kalau anda rasa semua ni berbaloi untuk memberikan anda ilmu mendeco yang kemas, cantik dan bersih macam yang Lili Jamaluddin hasilkan ni, jom daftar.TEMPAT AMAT TERHAD.

Cara mendaftar:
1. Bank in deposit RM200 ke account Maybank Bzee Cafe dan Bakery 5051 76100 195
2. Selepas bank in wasap bukti pembayaran ke nombor saya ni 019 282 0053 - nombor wasap dan nombor phone sama yea

Sila nyatakan mcm ni: Zalina, RM200, Deco BC & Fondant 24 September (ni contoh..contoh.

Sila tukar nama zalina kepada nama anda yang sebenar...hehehhe (saya terpaksa sebut benda ni sebab ada yang tiru sejibik2. Bila saya kata..eh..nama kita sama. kebetulan pulak yea..? .baru dia melatah..eh..tak kak..nama saya Hayati...saya ikut jer contoh akak...gittewwww....hehhehe)

3. Deposit tidak akan dipulangkan jika anda gagal menghadirkan diri. Anda harus mencari penganti jika tidak dapat hadir.

4. Tempat terhad kepada 15 orang sahaja. Tiada tarikh akhir bayar deposit. Cukup 15 orang saya tutup. So, jangan lepaskan peluang keemasan ni. Ayuh daftar segera.

Nota kaki:

1. Hanya yang dah bayar deposit dan dah wasap saya bukti pembayaran dikira confirm.

Yang taip kat comment...Kak..saya nak...saya nak...saya nakkkkkkkkkk...esok pas open house saya bank in yea kak... ini saya anggap TAK ACHI. Saya akan buat-buat tak nampak...

Okeh, itu saja. Saya harap tak saya tak tinggal apa-apa maklumat lagi.

Labiu
Zalina