Jul 21, 2016

KELAS DECO CHOCOLATE CAKE- LILI JAMALUDIN- AHAD - 25 SEPT 2016


Okeh.. ni plak khas untuk yang minat deco Kek Coklat. Kalau minat dua2 pun apa salahnyaa...kann?

Ni asas deco. Kalau customer mintak deco cake guna buttercream, buat yang BC ngan Fondant tu...kalau customer mintak kek coklat..hah..dah tau buat. Kan senang tuuu

(...dan saya rasa kalau nak serius mendeco cake..kena tau dua-dua ni..kan? tapi tak pa...pilihan di tangan anda. Tiada paksaan dalam bercinta...gittewwww..kann?

Okeh, ni juga satu lagi modul terbaik Lili Jamaluddin. Belajar daripada dia untuk dapatkan semua tips penting menghasilkan kek chocolate yang kemas dan bersih deco ni.

Kelas Deco Chocolate Cake
Bila: Ahad 25 September (BULAN 9) 2016
Masa: 10 pagi - 5 petang (sila hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Kelas tidak akan diulang jika anda lewat)
Tempat: Bzee Cafe & Bakery, Seremban 2. Saya akan share location bila anda dah confirm deposit nanti

Pengajar: Lili Jamaluddin (sila tengok wall dia untuk anda mengagumi hasil kek2 yang kemas dan bersih)

Kelas ni sesuai untuk sapa: Sapa-sapa saja walaupun tak dak basic. Lili Jamaluddin kata dia akan ajar dari mula menggunakan teknik asas yang mudah dan senang.

Apa yang nak kena bawak masa kelas: Sila click kat gambar untuk senarai peralatan yang anda kena bawak. Kalau tak sure apa benda tu, sila google untuk tengok gambar. Kalau tak dak kena beli. Jangan datang dengan tangan kosong.

Apa yang anda akan belajar dalam kelas yang best ni
1. Basic deco dari mula hingga habis. Tips penting melepa coklat ganache supaya kemas dan bersih
2. Bagaimana nak buat teknik mirror glaze
3. Menyediakan kepingan2 coklat untuk hiasan
4. Membentuk bunga ros dari chocolate
5. HARAP MAKLUM...ni adalah kelas deco. So tidak ada sebarang demo membuat kek atau membuat ganache ditunjukkan.

Tetapiii anda akan diberikan resepi dan step by step:
. American Chocolate Cake
. Chocolate Ganache
6. Lili Jamaluddin juga akan share semua tips penting dari segi costing/berapa nak letak harga/cara nak bawak ke customer/cara nak simpan supaya tahan lama dan macam-macam tips berharga lain.
7. Makan tengahari akan disediakan
8. Kotak dan cake board juga akan diberikan pada anda

Yuran: RM350
Deposit: RM100

Berbaloi tak...? terserah...tepuk dada tanya akal. Jika anda rasa semua ilmu dan tips ni berbaloi dan penting untuk menjadikan anda seorang yang pandai deco cake yang cantik, kemas dan bersih mcam yang Lili Jamaluddinbuat, jom daftar segera.

Cara daftar:
1. Bank in RM100 ke acct Maybank Bzee Cafe & Bakery 5051 76100 195
2. Pas bank in wasap bukti pembayaran ke nombor saya 019 282 0053

Sila nyatakan mcam ni (ni contoh) : Zalina, RM100 deco kek coklat 24 september

3. Deposit tidak akan dipulangkan jika anda gagal menghadirkan diri. Sila cari pengganti jika tak boleh datang
4. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja. Tiada tarikh akhir bayar deposit. Cukup 15 pelajar, saya tutup penyertaan. SO, jangan tunggu saat akhir. Daftar segera.

Nota Kaki:
Hanya yang dah bayar deposit dan dah wasap saya bukti pembayaran dikira confirm

Yang taip kat comment...kak..kakkk..akkkaaaa..saya nak..saya nak. Nanti petang pas saya balik kenduri saya bank in kat akak. Akak chupkan tempat untuk saya naaa...

ni saya anggap tak achi..saya akan buat-buat tak nampak...hehhe

Okeh.. tu jer..harap-harap saya dah sampaikan semua mesej.

Labiu
Zalina