Oct 20, 2011

10 bijik kek dalam masa 6 jam...

Asskm dan alooo untuk semua....Hari ni pecah record betoi laaaa. Berjaya selesaikan  DIY ngan Farah dari Kuatan dalam masa yang boleh dikatakan pecah record. Farah ambik 10 jenis kek. Kami start kul 11, settle semua kul 6 petang. Ambik gambaq liplap liplap, kul 7 settled...Alhamdulillah...

Tapi ada crita di sebalik lonjakan semangat kerja macam lipas kudung tu...Sebenaqnya ada miscomunication sket ngan Farah neh...Saya dah start sms Farah mintak confirmkan kek yang dia nak blajaq sejak dari Isnin lepas. Tak berbalas. Tunggu punya tunggu, saya call. Farah bagi saya 2 nombor masa dia emel saya 3 bulan lepas (alamakk...sorry yea Farah sebab kena tunggu lama...). Kedua-dua nombor saya cuba berkali-kali...tak gak berangkat....tak tau salah kat mana...

Nak dijadikan dramatik lagi, semalam rupanya Farah ada sms saya tanya kelas start kul brapa. Tapi dia tak letak nama. Saya ni ingatkan student yang nak join kelas sweet bun Jumaat sebab ramai dah yang dok sms tanya kul brapa. So, saya jawab kul 11. Rupanya tu la Farah.

Saya ni pun sampai last minute pagi tadi kul 10.30 pagi kat rumah, try call lagi. Tak dapat gak. Tup-tup CEO kanan saya (ahaksss)  Kak Maz call bagi tau yang Farah dah sampai. Punya la gelabah bewak sebab saya tak prepare apa pun. Sebab saya andaikan Farah tak jadi. Dengan tak print resepinya la...tak siapkan bahan laaa..kira semua tak siap apa pun.

Tapi mengenangkan Farah dari jauh, mula-mula saya kata ok, kita proceed gak. Tapi kena cansel beberapa kek. Mana sempat 10 kek. Kul 11 tak start lagi. Tapi Farah kata tak pa...mana yang sempat dia blajar, dia blajar. Yang tak sempat, saya cuma bagi resepi n terangkan kat dia. Saya kata, mana achi...ni kelas DIY..kena buat bagi jadi sebijik kek gak. Lagipun Farah dah bayar deposit.

So, dengan semangat waja, maka saya dan Farah pun pulun dengan lajunya. Yang bleh cepat tu  rasanya sebab Farah ambik 4 jenis cheesecake. Tak perlu melepa sangat. Saya bantu Farah melepa 2 kek. Tapi saya tanya Farah dulu ok tak...Kalau dia nak buat semua, saya tak buat. Memandangkan Farah dia biasa baking n dia pun tak nak balik lambat, so, dia izinkan saya...Tu yang cepat sket.

Alhamdulillah kami start kayuh kul 11..break lunch dlm 45 mcam tu...siap semua kul 6. Kul 7 habih. Tinggallah CEO kanan saya Kak Maz tolong ngemas...Fuhhh...nak terlucut kaki ni. Balik teruih tengok citer Soffiya sambil memanaskan lauk (lauk beli) untuk mak mertua...(ahaksss - menantu mithali).

Itu la citer nya...Kesimpulannya....kalau sapa nak blajar kek banyak dalam satu hari bleh..tapi kena bagi kebenaran pada saya untuk turut campur tangan...hehhehe. Tapi saya nasihatkan untuk yang masih baru, jangan buat mcam neh...nanti tak blajar plak...Yang pro mcm Farah bleh la yea...hehhehe...Ok, jom tengok 10 kek yang Farah buat dalam masa 6 jam tuh....
Fuhh....mcm tak caya jerrr bleh siapkan 10 kek ni dalam masa 6 jam....cayalah Farah...

Hamparan kek - Russian BW, Choc Indulgence, Tiramisu, Italian Rainbow, Opera, Snowy Peach, Chilled Peach Cheesecake, Chilled Oreo, Baked Oreo n Marble Cheesecake






Farah yang sipi-sipi kelihatan atas faktor=faktor keselamatan dalam negeri...ahaksss...
Farah - tengkiu yeaaa....Ada rezeki kita jumpa lagi...