Aug 28, 2012

DIY pertama pas raya...

Asskum dan alooo untuk semua....Hari ni kelas pertama saya pas raya. Patutnya hari Isnin saya tak buat kelas. Tapi ni kelas ganti sebab saya akan bercuti lagi pada Jumaat ni. Nak ke JB. Anak sedara nikah. Terus ambik cuti dari Khamis ni. Nak buatkan kek dan hantaran sket untuk dia.

Hari ni berDIY ngan Fadlina.Orang Jasin, Melaka. Tapi bekerja di Terengganu. Dia balik beraya. So alang-alang dah cuti ni terus dia ambik kelas DIY ngan saya. Memang dah biasa bake n selalu ambik tempahan. Cepat jer dia buat keja.

Hari ni Fadlina blajar 6 jenis semuanya - Italian Rainbow, Opera, Russian Black n White, Double Indulgence, Pavlova dan crunchy salted caramel brownies.

Untuk Italian Rainbow tu, Fadlina nak buat yang versi ombre - colour tone tu. Dia pilih colour hijau. Sesuai dengan mood raya....


Fadlina tengah melepa double indulgence


Italian Rainbow versi ombre

Crunchy Salted Caramel

Opera

Pavlova

Russian Black n White

Double Indulgence
Hasil DIY hari neh...

Ni plak zebra mambo - cousin nak rasa...