Apr 28, 2013

MODUL BARU BZEE BAKERY - KEK KUKUS EKONOMI PECAH PANGGUNG LAGIIIII

Asskum dan aloo untuk semua...Minggu ni satu lagi modul baru saya perkenalkan untuk anda mempelbagaikan produk jualan. Kali ni kek kukus ekonomi. 5 jenis semuanya. Semua senang buat, dan boleh dijual dengan harga murah antara RM5 ke RM6. So senang crita, senang buat, senang jual dan cepat dapat duit.

Suka tengok semangat student saya yang pantas bertindak. Balik kelas terus masuk FB (ada yang dalam kelas dah post kat FB.hehhe). Terus post untuk cari agent..waaaahh...bravo..fast action, fast result n fast money...hehhee

Kelas minggu ni Fullhouse...55 orang. Sepatutnya lebih ramai daripada tu. 71 orang yang register. Tapi yang datang 55 orang. Ada hal la gamaknya. Tapi ramai yang frust. Apa taknya, ramai yang nak masuk kelas semalam, tapi sebab dah penuh sangat, saya tak brani ambik ramai. So, saya terpaksa bukak satu lagi kelas pada 12 Mei. Ni pun dah hampir-hampir penuh. Tinggal beberapa seat saja lagi.

Sbenarnya kelas ni dah lama penuh. Rasanya dua minggu lepas saya iklankan kelas ni, dah Fullhouse. Sebab ramai lagi yang berminat, maka saya bukak satu lagi kelas pada 12 Mei. So, sapa yang tak mahu ketinggalan untuk belajar kek kukus ekonomi yang berkemungkinan jadi fenomena ni, jom join kelas ni. Seat sangat lah terhad. Ada lagi 10 seat saja lagi.

Kelas kelmarin, saya demokan 5 kek yang menurut feedback student `sangat best' dan `confirm boleh buat duit' . Ni feedback student. 5 jenis kek tu - CHocolate Moist, Chocolate Peanut Butter, Red Velvet, Kek Lumut dan Tiramisu. Masing-masing meletakkan kedudukan masing-masing. Ada yang cakap Chocolate Moist tersedap, ada yang kata Choc Peanut Butter, ada yang kata RV ternanges, ada yang kata Kek Lumut dan ada yang kata Tiramisu. Sooo...tepuk dada tanya selera.
Chocolate Moist


Kek Lumut - satu yang plain dan satu lagi ngan kaya cream

Chocolate Peanut Butter 

RV

Tiramisu






Untuk semua student yang hadir. Terima kasih banyak-banyak.

Kepada yang tertinggal dan berminat untuk join kelas ni....ni detailsnya:

KELAS ULANGAN KEK KUKUS EKONOMI 
5 Jenis: Chocolate Moist, Tiramisu, Red Velvet, Peanut Butter dan Kek Lumut

TARIKH: 12 MEI
MASA: 11 pagi - 5 petang/sehingga selesai
TEMPAT: Bzee Bakery,Seremban 2
PENGAJAR: Zalina, Bzee Bakery

JENIS KELAS: Kelas demo
YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100  (dikira burn/not refundable/tidak boleh foward ke kelas  lain jika anda tarik diri dalam masa seminggu (7 hari) sebelum kelas)

CEPATTT...TEMPAT SANGAT TERHAD...DAH ADA 50 ORANG MENDAFTAR