Apr 2, 2013

Kelas Western Food dan Pasta Chef Amer

Asskum dan alooo untuk semua...kalau hari tu, bakery saya bau sambal tumis, ahad lepas bau rempah ratus mat saleh plak. Apa taknya...Chef Amer menumis dan mengrill western food dia kat bakery saya..Happening gila kelas ni. Sapa yang biasa masuk kelas Chef Amer tau lerr macam mana kecohnya kelas dia...

Saya sangat respect ngan Chef Amer. Bagi saya, dengan kedudukan dan peluang yang dia ada, Chef Amer tak perlu lagi   penat-penat travel buat kelas setiap minggu di utara, selatan, timur dan barat ni. Dia memang pakar coklat dan dah jadi consultant pada syarikat coklat yang terkenal di dunia. Bayaran untuk dia jadi consultant bukan sket...dikira jam. Pas tu, Chef ni juga ada training center dia sendiri. Dia boleh bila-bila masa duduk jerr kat training center dia di Klang tu dan tunggu orang datang belajar ngan dia. Apa nak takut...dia dah ada nama..

Saya selalu tanya soklan tu bila saya jumpa Chef Amer. Saya penah dua kali gi Chef Amer dan tiap-tiap kali saya tanya soklan yang sama. Dan jawapan yang sama Chef Amer selalu bagi - kepuasan untuk berkongsi. Duit bukan boleh jamin kita happy. ``Saya happy dapat jumpa ramai kawan baru. Kita dapat share ilmu. Orang boleh manfaatkan ilmu ni dan gunakan untuk keluarga,''.

Sebab tu rezeki Chef Amer ni sangat murahhhh...lagi banyak memberi, lagi banyak dia dapat.

``Lagi satu...saya suka makan. Bila pegi satu-satu tempat tu, saya akan cari makan.'' hmmm betul. Masa datang seremban ni, sibuk dia tanya saya kat mana Dataran Senawang. Dia nak cari satay tulang...

Seperti kelas-kelas Chef Amer di tempat lain, kelas dia ditempat saya kali ni juga penuh dengan tips-tips penting dalam penyediaan western food ni. Nampak mudah buat western food ni. Dan mungkin anda akan kata resepi bersepah kat internet. Tapi tunggu sehingga anda rasa lamb chop chef amer, spaghetii Aglio e olio (bawang putih n minyak zaitun), lasagna, spagehtti carbonara, bolognese, baked macaroni, chicken chop dan fresh salad dia...confirm anda simpan resepi tu sampai 7 keturunan..hahhaha

Serius.... antara semua yang tersedap tu..saya dan husband paling suka spaghetti Aglio e olio dan lamb chop dia...fuuuuuhhhhhh...sumpah tak cari lain...



















Untuk Chef Amer...tq banyak-banyak sebab sudi datang mengajar kat bakery saya dan untuk semua student...anda semua ROCCKKKKK..HAHAH