Oct 1, 2013

SIARAN ULANGAN KELAS DONUT PREMIUM SABTU 19 OKTOBER

Asskum semua…Memandangkan sambutan yang luar biasa untuk kelas Donut Premium ni..saya sekali lagi akan repeat class ni pada tarikh berikut:


HARAP MAAF, KELAS NI NI DAH PENUH

Mintak kerjasama untuk tidak bank in deposit lagi





TARIKH: SABTU, 19 OKTOBER 2013
MASA: 11 PAGI – 5 PETANG (Di Seremban)
TEMPAT:  Bzee Bakery, No, 23, Ground Floor, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan – saya, Zalina, yang ajar

(buat masa ni saya tak buat kat tempat lain. Insyallah satu masa nanti…insyallahhh)

PERHATIAN: Bagi yang dah pun mendaftar kelas sama pada Sabtu 5 Oktober, anda sama sekali tidak dibenarkan menukar kelas..kecuali anda sendiri tukar sama suka.

Sila maklumkan pada saya jika ada sebarang pertukaran. Kalau tetiba nak tukar ke kelas lain, tanpa ada penganti tempat yang anda kosongkan tu,  deposit dikira burn dan anda perlu membayar full untuk kelas baru.


Bagi di utara, kelas sama akan diadakan di tempat adik saya cutecutecakes
13A, Tmn Temusu, Jln Pdg Temusu, SP Kedah
(pas toyota showroom n services..sebaris ngan hotel Spring Inn). KELAS NI ADIK SAYA YUSNIZA YAHAYA yang akan ajar. Refer http://cuitcutecakes.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

YURAN: RM200
DEPOSIT: RM100
Deposit boleh dibayar mulai sekarang. Tiada tarikh akhir pembayaran deposit. Maksimum 50 pelajar setiap kelas. Penuh, saya akan tutup penyertaan.

Apa yang nak bawak masak kelas: Pen dan balance yuran jer…lain-lain contohnya mangkuk tingkat dan sebagainya, saya sediakan.

Apa yang TAK BOLEH BAWAK: Anak-anak dan sedara mara.Hanya yang bayar jer dibenarkan mengikuti kelas.

Cara mendaftar:
1.       Bank in deposit ke Account Maybank Bzee Café dan Bakery, 5051 76100 195
2.       Pas bank in SMS details nama penuh , nama kelas, date class dan jumlah bank in. SMS KE NOMBOR 019 282 0053
3.       Sila bagi nama penuh. Jangan buat lawak  SMS nama  samara atau nama kat FB, pastu  masa kelas cari nama lain. Anda akan  melambatkan proses pendaftaran.
Contoh SMS: Zalina Yahaya, Donut Premium, 19 OKTOBER RM100.

(dah bnk in baru sms…errrr jangan on the way, atau ``kak, ni kat pasar, jap  lagi dalam 17 minit saya gi bank in’’ atau kak…ni saya tengah beratur kat ATM ni… ada 12 orang depan saya…jap lagi dah sampai giliran saya, saya bank in kak semula,’’..

(hahahha..anda gelak yeaaa…jangan gelak..ada orang suka buat lawak mcam tu..serius ada). Jimatkan sms anda…bank in, pastu terus SMS.


4.       Sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN dan KEMUKAKAN masa pendaftaran. Klu tak dak , saya anggap anda belum bayar.
5.     

Labiu
Zalina, bzeecake.blogspot.com