Jan 15, 2014

Bengkel Asas Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer - SABTU, 15 FEB Di Bzee Bakery, Seremban 2.

Bengkel Asas Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer - SABTU, 15 FEB Di Bzee Bakery, Seremban 2.



Assalamualaikum semuaaa…

COKLAT – PROSES pembuatannya sebelum ni dianggap rumit dan tidak mungkin `orang biasa’ macam kita boleh buat sendiri. Tapi sekarang tak lagi. Semua orang boleh buat coklat sendiri setanding dengan coklat-coklat premium yang ada di pasaran. Yang penting ada ilmu yang betul.

Untuk mempelajari ilmu tu, saya bawakan pada anda pakar coklat – Chef Amer – The Chocolatier ke Bzee Bakery pada Sabtu, 15 Feb ni.

Bengkel sehari yang padat dan pastinya penuh Fun ni akan mendedahkan pada anda:
1. pelbagai tips-tips penting untuk menghasilkan coklat
2. bagaimana nak buat coklat yang lazat dan mudah
3. Bagaimana membuat coklat-coklat menggunakan acaun, coklat bar, coklat salutan, coklat lilipop dan coklat jenis rangkaian yang pastinya sangat sedap mengikut citarasa anda sendiri.
4. Bagaimana menggunakan ilmu asas anda dalam bidang coklat tu untuk menghasilkan pelbagai resepi coklat premium.
5. Tips dan idea untuk menjadi usahawan produk coklat anda sendiri.

Anda tidak perlu mempunyai asas dalam ilmu coklat untuk menghadiri bengkel ini. Nak hantar anak-anak anda yang tengah tunggu SPM tu pun boleh....

Serahkan pada Chef Amer untuk membimbing ada untuk lebih mengenali dunia coklat.

Ok, sapa yang berminat,ni detailsnya:

KELAS: Bengkel Asas Terokai Rahsia Coklat
TARIKH: Sabtu, 15 Feb 2014
MASA: 10 pagi – 6 petang
TEMPAT: Bzee Bakery, No. 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban
PENGAJAR: Chef Amer
JENI KELAS: GROUP HANDS ON

YURAN: RM290
DEPOSIT: RM150 (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN)

Cara mendaftar:
1.Bank in deposit RM150 ke account Maybank BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195
2. Selepas bank in sms details nama, date class, nama class dan jumlah bnk in ke 019 282 0053.
Contoh: Zalina, 15 Feb, Bengkel Coklat, RM150
3. Sila simpan bukti pembayaran dan kemukakan semasa pendaftaran. Tanpa bukti pembayaran, anda dianggap belum bayar
4. Apa yang perlu dibawa: Pen dan Baki Yuran
5. Apa yang tak boleh dibawa: Peneman, sedara mara, anak dan sebagainya. Hanya yang bayar yuran saja dibenarkan masuk
6. Tarikh akhir pembayaran deposit: KHAMIS 13 FEBRUARI atau sehingga kelas penuh. TERHAD UNTUK 30 ORANG PELAJAR SAHAJA

Labiu
Zalina