Asskum semuaa...maaf sebab dah lebih dua minggu tak update blog. Tak keruan sket jadual harian sebab projek mega saya - TRIPLE DARK CHOCOLATE CHIPS...tunggu cerita lanjut nanti yeaa...
Alhamdulillah sepanjang dua minggu lepas, jadual kelas DIY dan demo penuh. Terimakasih tak terhingga kepada yang terus menyokong saya. Sekali lagi saya nak bagi tau, sokongan anda terus menghidupkan semangat saya untuk terus `berkarya' dengan benda-benda baru.
Antara kelas-kelas yang telah diadakan sepanjang dua minggu lepas ialah kelas DIY oleh tokey cheese tart dari KL - Fiza Sheikh. Fiza nak tambah produk di outlet kiosk dia. Fizah belajar package mini cheese cake, cheezy berry cup dan cream puff eclairs.
Keesokannya, Nadia pun ambik Package Mini Cheese Cake. Tapi Kali ni dia tambah Double Indulgence dan blueberry Cheese Cake.
Geng tiga sekawan Haryanti, Bulan dan....errrr...dannnn..dann..alamak, lupa aaaa..Sorry dik. Tapi saya still boleh membayangkan wajah awak yang manis tu. Cerita gambar toilet yang dimms kepada mak di kampung...hahhaha.
Dan tak lupa cerita anak awak yang sangat istimewa tu. Dik, klu terbaca blog ni, sms la saya nama awak sekali lagi...den lupoooo...Maklumlaaa dah nak masuk umur separuh abad..hhahah
Sabtu 12 April saya buat siaran ulangan kelas healthy bread.
Minggu ketiga April dimulakan dengan kehadiran lebih 30 perserta tajaan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Jabatan Pertanian nak saya ajarkan asas membuat kek kepada usahawan-usahwan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.
Dalam Kursus dua hari tu saya ajar pagckage lava cheese cake, kek kukus chocolate, muffin coklat, muffin vanila yang boleh diperlbagaikan kepada rasa lain dan juga kek chocolate ekonomi.