Apr 6, 2014

Kelas DIY Minggu Pertama April

Asskum semuaaa....alhamdulillah. Satu lagi minggu yang produktif. Bermula dari Selasa sampai Sabtu.

Seperti biasa kelas DIY - Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Minggu ni kelas DIY `dirasmikan' oleh Haslina. Haslina blajar Carrot Walnut with cream cheese, Kek Kukus Anam Bulan dan Apple Crumble Cheese Cake.


Aida Ramly dari Senawang berdiy ngan saya keesokan harinya. Aida ni tokey kek kahwen. Pengemas orangnya. Tengok dia buat kerja pun tau. Bersih jerrr. Dia ambik package kek kukus ekonomi.
 

Khamis, giliran Noor Ilhamiah dari Rembau. Bukan orang Rembau. Orang Johor Ilhamiah ni. Kawen ngan orang Pilah, tapi keja kat Rembau. Dia belajar
Hazelnut Coffee, Package Mini Cheese Cake, Strawberry Bavarian Mousse, Marble Seroja




Dee dari Kelantan datang lagi berdiy ngan saya. Kali ni Dee belajar 3 jenis biskut - Biskut Y, Biskut Kelapa dan Biskut Nestum. Sejenis lagi resepi savoury - Lasagna.







Tq untuk semua yang join kelas DIY sepanjang minggu ni.