Jul 10, 2011

Bzee Bakery diserbu 48 bakers.....

Salam dan alooo untuk semua.....ALHAMDULILLAHHH....kelas semalam full house. 48 orang bakers seantelo Malaya termasuk 2 dari Singapore joint kelas 4 kek continental popular modul 1 Bzee Bakery.

Patutnya 51 orang. Tapi lagi tiga tak dapat joint sebab ada emergency.

Wpun semalam ada puluhan road block kat area KL dan kawasan-kawasan sekitarnya sebab perhimpuan haram yang TAK bersih, student-student dari area sana tetap menggagahkan diri untuk joint kelas kali ni. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua. Saya sangat-sangat menghargai....

Mereka yang joint kelas semalam - Marsiah, Asmah, Nordayanti, Emmawati, Mariani, Zainon, Siti Norliza, Aida, Nooryati, Zakiah, Ellie, Azurah, Malar, Siti Zaiton, Sharifah, Roziah, Fatimah, Noor Hayati, Hasslina, Norazlina, Hanizah, Rosnah, Siti Hasanah, Kak Akma, Siti Mariyam, Noor Elleya, Noraidah, Rossnani, Julia, Fazila, Azizah, Mariya, Zainab, Raihana, Mailatul, Umi Salmah, Nor Amalina, Siti Hajar, Maheran, Linda, Noorazlina Taha, Bokyam,Noraziah, Rohaya, Halimatussadiah, Hanita, Noorazreen dan Putery Amy.

Empat kek continental yang diajar semalam - Chocolate Indulgence, Carrot Cake, Italian Rainbow dan Opera.

Tq pembantu yang diimport khas dari KL - Ima yang bertungkus lumus membantu saya dari awal sehingga tutup kedai. Tak lupa pada Kak LaPisa yang bertindak sebagai kerani pendaftaran terjun....hehehee..Actually Kak LaPisa datang hantar biskuttt, biskuttttt....errrr nama apa aa aaaa biskut tu....alaa....biskut rangup daripada kulit popia yang digoreng n pas tu boh kacang n horlicks tu....lupa plak. Tapi memang best n ralit sangat makan biskut tu...rangup. Sapa nak bleh beli kat kedai saya - rega RM18....(heheh...Kak LaPisa dah sms nama dia - Kerepek Popia Holicks)

Ni gambae-gambar sekitar kelas semalam....memang happening. Walaupun ramai, tapi keadaan terkawal sebab semua student sporting dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Tak rebut-rebut dan tunggu giliran masing-masing. TERIMA KASIH skali lagi atas kerjasama yang diberikan....

Ni malam sebelum class...pas saya siapkan 16 biji kek untuk dirasa student esoknya. Tak sangka, kelas saya bleh  muatkan maksimum 50 student dengan selesa. Errrr...rasanya tu pun bleh muat lagi nih....(ahaksss unsur tamak sudah menguasa diri....ahaksss...gelak lagi)

Sebelum kelas bermula - semua dah ready

Tengah mengajar

Hamparan 20 kek (5 biji setiap jenis) untuk dibahagikan sama rata pada student

Sesi mengambil gambar

Add caption



Ni bahagian kek yang dibawa balik setiap student....harap-harap cukup lerr untuk bagi somi dan anak-anak rasa yea...
Ok, pada semua student, tq sekali lagi kerana sudi joint kelas saya. Salah silap, harap maaf dan mintak halal kalau ada yang terkurang.....