Jul 11, 2011

Kali ke Empat DIY ngan Kak Shima dari Ghanu kite.....

Salam dan alooo untuk semua....Kak Shima dari Ghanu datang lagi. NI 4th  time Kak Shima datang. Bleh dapat kad keahlian seumur idup Kak Shima nih...ahakssss....Tq kak sebab terus menerus sudi blajar ngan saya.

Kali ni Kak Shima ambik DIY hiasan kek kawin ngan teknik steamed bc. Kak Shima ni dah penah blajar sebelum ni, tapi kali ni nak mendalami ilmu. Selain kek kawin tu, Kak Shima juga nak blajar tartlet - atau lebih tepat lagi PASTRY TART saya.

Sebelum ni Kak Shima kata, pastry tart dia tak tahan lama. Cepat lemau. Buat hari ni, esok dah start lemau. Tak pa  kak...meh saya ajar...Pastry tart saya insyallah gerenti tak lemau. Saya dah test, walaupun fillingnya custard yang basah tu, pastry tart saya tetap rangup selepas 3 atau 4 hari. Dan kalau buat banyak-banyak simpan dalam tupperware, bleh tahan lama. Tiga bulan pun tak tengik...betullllll...ni bukan iklan semata-mata. Dah terbukti. So, tu yang Kak Shima nak blajar sangat. Dia ambik package 3 jenis tartlet - Chocolate, Fruit dan blueberry cheese.

Satu lagi yang Kak Shima blajar - Russian Black n White - resepi eksklusif ciptaan saya untuk anda semua...

Jom layan gambar-gambar Kak Shima sepanjang kelas siang tadi....


Kak Shima tengah pulun siapkan kek kawen dia. Memang cantik hiasan Kak Shima.. halus mulus..

Suka kaler ala-ala gold yang kak Shima pilih...

Russian black n White Kak Shima

Tiga jenis tartlet - Chocolate, Bluberry Cheese dan Fruit tart

Untuk Kak Shima, tengkiu atas sokongan berterusan. Kak Shima jadi orang pertama yang wish saya Selamat Menyambut Ramadan dan Slamat Hari Raya...hehehheh...tq kak..Jumpa lagi pas raya 7 Oktober nih yea....