Jul 18, 2011

Kelas Kek Continental Modul 2

Salam dan alooo untuk semua....sorry lambat update blog. Sibuk sket ngan urusan merisik untuk adik bongsu siang tadi. Saya buatkan sket buah tangan. Nanti saya postkan gambar sekitar majlis merisik tu...

Ni gambar-gambar sekitar kelas demo Sabtu, kelmarin. Kelas kek continental modul 2. 30 orang joint kelas minggu ni. Sepatutnya 35 orang. Tapi 5 orang lain terpaksa cansel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Mereka yang joint kelas kali ni - Shafinaz, Zubaidah, Mariani, Kak LaPisa, Zakiah, Hermawati, Hanita, Nooryati, Aida, Liza, Masliana, Rozi, Cikinosha, Fatimah, Munawarah, Julia (tq sebab bagi durian lagi kat saya - durian yang sodap), Jamaliah, Nor Aziah, Rosnah, Noor Elleya, Rozlina, Shakinah, Puteri Amy, Arina, Nor Haziata, Akzura, Halimatussadiah, Siti Hasanah dan Hafizah.

Hafizah, yang penah joint kelas DIY saya sebelum ni, datang jauh dari Papar, Sabah, semata-mata nak joint kelas saya hari ni. Datang kelas, pas tu balik hari sama flight kul 10 mlm....Terharu akak dik....

Kek yang dipelajari Sabtu lepas - Tiramisu, Red Velvet, Russian Black n White dan Snowy Peach Custard Cream cake.

Hamparan kek yang dipelajari hari ni. Siap siaga untuk dibahagikan sama rata ngan student

Russian Black n White

Snowy Peach Custard Cream Cake

Red Velvet

Tiramisu

Bahagian yang dibawa balik setiap student
Sesi bergambar

Aida, Liza n Shakinah...sronok dapat russian black n white

Urusan pembahagian

Arina - antara student setia dari dolu hingga kini

Shafinaz pun...antara student pioner sejak saya buka kelas 3 thn lepas


Proses pembahagian berjalan lancar...

Untuk semua, tengkiu sudi joint kelas saya. Next week kelas ditunda ke tarikh lain sebab saya nak gi kenduri sambut menantu cousin saya di Pekan, Pahang....Insyallah, kalau ada rezeki, jumpa lagi pada 30 Julai untuk kelas Cheese Cake Advance.