Jul 13, 2011

Nora, Kak Ana n Miza Hamid

Salam dan alooo untuk semua....Selasa kelmarin DIY ngan Nora n Kak Ana. Asalnya Nora yang chup dulu date ni. Pas tu Kak Ana tlah menggunakan ilmu menyelitnya untuk memujuk Nora untuk joint skali.
``Sib baik Nora kata Ok...Kak Ana punya  legggaaaaaa laaaa. Kalau tak jenuh Kak Ana nak tunggu kelas Ina - bulan 10 nuhhh....,'' kata Kak Ana dalam loghat Kedah yang pekat macam kopi cap kepala kretapi...hehehhe.

Kak Ana ni orang kampung saya. Orang Kedah gak, tapi dia kat Guaq Chempedak, saya kat Sungai Petani. Tak jauh mana...sepelaung saja.

So sepanjang kelas semalam, Nora terpaksa la tahan telinga dengan bahasa Kedah kami. Kluaq habih bahasa-bahasa Kedah yang agak lama terpendam...hehehheehhe...Sorrrryyy aaa Nora. Biasa la jumpa geng sekapai.

Depa dua ni memang dah biasa bake. Tokey-tokey semua nih. So, cepat jerr buat 12 biji kek. Depa dua ambik 6 jenih kek semalam - Black Forest Cheese Cake, German Black Forest, Russian Black n White, Chocolate Indulgence, Opera dan Italian Rainbow.

Jom layan gambaqqqq...
Kak Ana (kiri) n Nora bersama hamparan kek yang dibuat semalam. Tengkiusss sebab sudi joint kelas saya
 Tak lupa gak nak ucap Happy Bday kat Kak Ana. Bday Kak Ana 14 Julai (....errrr...eh, betoi ka...?) Kak Ana kata dia dah masuk kategori warga mas - 50 thn. Tapi tak pa Kak Ana - tak nampak macam 50 punggg sebab Kak Ana ni happy go lucky jerrr...rock kapak lagi...

Italian Rainbow


Chocolate Indulgence

German Black forest

Opera

Black Forest Cheesecake

Russian Black N White

Tadi, Miza Hamid dari Rawang mai blajaq 3 items - Cream Puff n Eclairs, 3 Jenis Tartlet dan Hiasan Cupcake. 

Lawak Miza ni...dia mengaku tak dak pengalaman bake cake kecuali buat kek batik (tak achi...tu bukan kek....hehhehe).

``Oven pun dok dalam store kak. Hari tu penah guna, tetiba black out. Terus simpan tak buat lagi. Tapi
 pas ni kena keluarkan balik lerr oven tu...,'' ok la tu dik. Yang penting semangat jitu mesti ada.
Miza ngan cupcake with BC, 3 jenis tartlet - chocolate, fruit n blueberry cheese, cream puff n eclairs, cupcake vanila n chocolate

Chocolate cupcake

Vanila cupcake

Semua yang Miza buat semalam...

Untuk Miza, tq sebab sudi berguru ngan saya dan  jumpa lagi September nanti...