Dec 22, 2011

DIY 22 Disember - Kak Sarimah dari Tiram Johor

Asskm dan alooo untuk semuaaa....Kak Sarimah dari Tiram, Johor mulanya sms saya kelmarin nak ganti Opera ngan Chocolate Indulgence. Tapi pas jer sampai n masuk bakery tadi, terus dia tanya..``Kalau kak nak ambik juga Opera tu sempat tak? Dah alang-alang datang dari jauhnya rugi plak rasanya tak blajar,''

Sempat kakkk. Kalau tak sempat pun saya bagi sempat gak....(hehehhe). Tapi memang sempat pun sebab Kak Sarimah mulanya ambik 4 items saja - Chocolate Indulgence, Nutty Caramel, Pavlova dan Cream Puff n Eclairs. So tambah lagi satu jerrr. Bahan-bahan untuk Opera pun memang sentiasa ada. Tak dak halll la kak...

Kak Sarimah (cikgu Bahasa Inggeris) ni lemah lembut sangat orangnya. Sifat keibuan yang sangat terserlah. Sejuk hati dengar crita Kak Sarimah mengenai anak-anak dia. Empat daripada 6 anak dia semua lulusan overseas. Fuhhhh...sejuk perut ibu mengandung. Lagi 2  blajar lagi. Ni bukan Kak Sarimah yang tetiba nak bercerita, tapi saya yang suka korek....(ehheheh perangai penyibuk bekas reporter yang susah nak buang sampai sekarang)

 Kak Sarimah neh, wlaupun lemah lembut orangnya, tapi buat keja cepat. Kami start kul 11 n alhamdulillah kul 5.30 dah siap semua termasuk photo shooting. Ni gambar class hari ni...

Cream Puff n Eclairs. Kak Sarimah kata sebelum dia buat ikut resepi internet, tak penah jadi....dah blajar ni baru puas hati

Nutty Caramel - special untuk husband Kak Sarimah yang suka makan kacang
Opera - Kak Sarimah kata sebelum ni dia selalu tengok blog saya n tengok kek ni. Puas la dia tengok n fikir macam mana nak buat kek bagi kemas macam neh...heehhe...kak, so, hari ni saya dah dedahkan rahsianyaaaaa.....senangkan, kak...?

Pavlova kecik ni untuk Kak Sarimah rasa n yang besaq kat belakang tu Kak Sarimah buat. Ada kawan menantu dia yang penah belajar pavlova ngan saya rekomen soh mai blajar ngan saya. Dia kata sedap bangat...(errr... kawan menantu dia cakap aaaa...bukan saya cakap..hehhehe)


Chocolate Indulgence - Ni untuk dijadikan birthday cake memantu Kak Sarimah. Dia orang nak buat gathering Sabtu ni..



Ni lah Kak Sarimah yang blajar suka-suka untuk anak n cucu makan....

Kak Sarimah tak sabar-sabar nak rasa pavlova

Insyallah Kak Sarimah kata dia nak datang belajar lagi. ``Banyak lagi kak nak blajar ni...,''. Ok kak, insyallah ada rezeki kita jumpa lagi yeaaa...