Dec 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUAAAAAAAAAAAA.....

Asskm dan aloooooo untuk semua....



Syukur Alhamdulillah kita diberikan kesempatan olehNYA untuk melangkah ke tahun baru. Saya berharap tahun baru 2012 ni akan menambahkan lagi keberkatan Allah keatas apa yang kita semua  lakukan.

Saya juga mendoakan semoga Allah terus menetapkan iman kita semua dalam menerima apa sahaja dugaanNYA baik susah atau senang.

Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk terus berusaha mencari rezeki yang berkat.

Untuk diri saya sendiri, saya amat-amat bermohon padaNYA semoga  hati saya sentiasa bersih daripada sikap-sikap negatif yang akan merosakkan semua amalan.

Saya sangat bersetuju dengan satu quotation yang saya baca baru-baru ni (tak ingat kat mana...) yang bunyiknya lebih kurang macam ni -

Untuk berjaya dan terus berjaya, kita bukannya bergantung pada tangan yang cekap berkerja;  kaki yang pantas bergerak; mata yang tajam melihat atau telinga yang pantas menangkap peluang,

TETAPI sebenarnya bergantung pada HATI  YANG BERNIAT BERSIH. Jika kita mulakan segala kerja kita dengan HATI DAN NIAT YANG BERSIH, insyallah sebahagian daripada kejayaan telah menjad milik kita...- betulkannnn...?

Untuk semua student  yang tak jemu-jemu bagi sokongan pada saya, TERIMA KASIH tak terhingga saya ucapkan. Sekali lagi saya nak cakap - Anda adalah inspirasi saya untuk terus berkarya menghasilkan kek-kek baru.

Banyak lagi modul dan kek-kek baru yang saya akan perkenalkan . Insyallah dalam masa terdekat nanti saya masukkan dalam jadual.

Ok, sekali lagi saya nak wish - SELAMAT TAHUN BARU untuk semua.