Dec 29, 2011

DIY 27 & 28 Dis - Salina ngan roti, cheesecake n cucur badaknyaaaa

Asskm dan alooooo untuk semua....Hari Selasa n Rabu semalam, Salina - Inasallybakery dari Penang ambik beberapa package untuk mempelbagaikan produk dia. Kiranya ni untuk persiapan untuk sambut tahun baru.

Hari pertama dia ambik 6 jenis puding komersial - puding caramel, jelly kelapa, blackforest, soya cocktail, cendol dan trifel. Semua puding untuk tujuan jualan. Boleh dijualan antara RM1 - RM180. Bergantung pada jenis puding la So, semua diisi dalam bekas comel-comel. Sekotak gak lerr Salina wak balik kesemua 6 jenis puding yang dia buat kelmarin. Dah bleh buat jual terus...hehehe

Selain puding, hari sama gak dipenuhi ngan aktiviti menguli roti - sweet bun. Ada beberapa kejadian yang tidak `diingin' berlaku semasa proses menghasilkan roti ni. Satu - masa timbang air. Salina biasa guna bekas penyukat air tu terus jer. Maksudnya dia tak timbang lagi. Betul-betul ikut sukatan yang dah dibagi. Tapi pas masuk dalam adunan, saya tengok adunan agak keras. So, atas rasa tak sedap hati, saya soh dia timbang balik betul-betul. Hmmmmm....betoi rupanya. Kurang sampai 400gm!!!1..Tak bleh pakai betul penyukat neh. So, pengajaran untuk anda semua, jangan percaya pada penyukat anda. Timbang guna penimbang. Tapi penimbang pun kalau boleh penimbang digital. Yang ada jarum-jarum tu pun kekadang tak bleh dipercayai...sebab jarum selalu lari..hehhehe

Peristiwa kedua - punya la ralit bersembang, Salina lupa boh gula dalam adunan roti. Sib baik jadik gak roti. Cuma tawar dan agak kering sebab tak dak gula. Gula penting untuk bagi kesan lembab pada roti. Tak pa...lengkali jangan lupa gula yea Salina...hehhehehe

Selain roti dan puding, Salina gak ambik Baked Oreo Cheesecake.

Hari kedua semalam saya menjemput pensyarah jemputan yang pakar dalam kuih tradisional - Kak Akma untuk ajar satu lagi package yang Salina nak. Saya malaih nak mengajor. Selain tak berapa pandai (mengaku awal-awal....hehhehe), minat pula kurang mendalam dalam bidang kuih-kuih tradisional ni. MInat makan jerrr...hehhehe

Dalam package tradisional ni, Salina blajar 10 jenis semuanya -  cara berlauk, donut, pulut panggang, sardin roll, koleh kacang, kasturi, popia basah, tako, cucur badak, kuih bakar jagung dan samosa. Semua ni untuk frozen. Turut menyelit kelas ni - Nora (cikgu macaron) n Fahrun.

Ni gambar-gambar sepanjang kelas 2 hari lepas.

HARI PERTAMA - 27 DISEMBER
Package sweet bun    

Baked Oreo Cheesecake

Soya coktail

Puding cendol

Triffle

Kelapa Jelly

Blackforest

Caramel

HARI KEDUA - 28 DISEMBER

Samosa

Cucur badak

saya panggei kuih nih...kuih kacang

Kuih bakar jagung

Pulut panggang

Bahan pulut panggang yang dijadikan pulut sambal...gara-gara dah malas nak menggentel jadi pulut panggang dan malas membakar

Tako

Kuih cara berlauk

Popia basah

Donut gebuzzz

Koleh kacang

Masing-masing gumbira sebab berjaya buat kulit popia setelah sekian banyak terpaksa direject

Ni lah pensyarah jemputan saya - mengkhusus dalam bidang kuih-kuih tradisional - Kak Akma. Orang Ganu yang kini dah jadi orang Pilah...Sapa yang berminat nak blajar kuih-kuih tradisional ni, inform saya. Saya bleh panggil Kak Akma datang bakery. Minimum penyertaan 4 orang. 100% hands on. Rega RM250
Untuk Salina, tq yea dik sebab tak jemu-jemu blajar ngan saya. Suksesss yea n happy new year.