Mar 4, 2013

Destinasi terakhir - BARCELONA

Asskum dan alooo untuk semua....Destinasi terakhir kami di Spain ialah Barcelona. Bandar kedua terbesar bagi Spain. Bandar yang pernah menjadi tuan rumah Olympik pada tahun 1992. Dari Serville, kami ambik flight ker Barcelona - lebih kurang 2 jam setengah dalam flight. Flight awal pagi. Sepanjang dalam flight, saya tidoqqqq...tak sedar apa berlaku.

Saya sangat suka dengan Barcelona...hehehhe..Sebabnya, banyak sangat aktiviti saya di sini berkaitan dengan minat saya - baking dan makanan.

Dari airport kami ambik teksi ke hotel. Alhamdulillah, hotel kami dekat sangat dengan pusat tumpuan. Dekat dengan Jalan La Rambla ...bukan Ramlah Ram naaa...hahahha. Tapi tu tak la penting sangat. Lebih penting lagi...hotel saya sangat lah dekat dengan food market yang diangkat sebagai salah satu daripada yang terbest di dunia - La Boqueria. Tak sampai 10 minit berjalan kaki.


Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 11 pagi. Check in, pastu terus keluar merayap mencari lokasi La Boqueria. Sebab sebelum datang, kami dah cari kat internet mengenai market ni. Masuk jer dalam tu, saya jadi macam hilang akal....heheeheh...hilang akal tengok betapa cantik dan coloufulnya market ni dengan buah-buahan, sayur-sayuran, coklat, manisan dan juga segala macam jualan yang disusun rapi dalam market ni.


coklat!

Buah-buahan - termasuk durian pun ada

coklat


En.Somi dah tak tahan tengok coklat

coklat lagi...


Buah ceri fresh ni sangat la morahnya...dan sangatlah manis...sebekas tu RM12 duit kita...kalau kat sini banyak tu dah lebih RM25....masam...
Sangat tertarikngan kedai yang juai telur ni...wapun hanya juai telur, deco dia sangat cute

Coklat lagiiiiiiiiiiiiiii

Dah start pilih coklat

seafood pun ada..fresh-fresh

rempah ratus

aiskrim


jelly




Buah strawberry ni punya la morah...besaq-besaq dan manis...sepanjang enam malam kami kat sini, bleh dikatakan hari-hari kami angkut buah strawberrry n buah ceri



Hilang akalkan tengok semua ni...? Memang hilang akal. Sepanjang 5 hari kat Barcelona ni, hampir setiap hari kami akan singgah untuk beli fruit juice dia yang sangat fresh tu dan beli buah dia yang sangat murah dan manis...makan puas-puas..hehhehe

Okeh, selain market yang buat saya hilang akal ni, Barcelona juga sangat membahagiakan saya sebab banyak bakery yang best-best. Satu bakery yang saya aim sejak saya kat Malaysia lagi ialah Escriba. Antara bakery yang sangat famous di Barcelona ni. Memang dah lama gila bakery ni. Bakery ni pun dekat sangat ngan hotel kami. Lagi dekat daripada market tadi. Tak sangkaa betoi..rezeki saya nampaknya...hehhee

Selain kek, bakery ni gak terkenal dengan coklat dia. Tiga kali kami lepak kat sini. Waiter pun sampai kenal. Perkena Coffee Americano dia yang pahit tu ngan kek-kek dia yang ummphhhhh...fuhhhh..kek-kek yang cantik rupa dan sedap dimakan.













Hari kedua, saya n husband menapak mencari satu lagi bakery yang juga katakan famous. Ni kira bakery-bakery high end.. yang buat kek sket, sket, tapi penuh seni. Deco dalam bakery pun sangat la classssss..Bakery ni jauh sket dari tempat kami. Sebab tu kami gi sekali jerrr. Nama bakery ni - Bubo' - bukan buboq no..hehhe







Antara dua bakery tersohor ni, saya pilih Escriba. Wapun harga setiap kek lagi mahal, Escriba punya kek lagi sedap....(kerrr sebab dia lagi mahal..hehheheh)

Okeh, hari-hari lain di Barcelona dipenuhi dengan melawat Stadium Barcelona (errr..yang ni saya tak ghairah langsungg. Yang hilang akal hanyalah suami saya. Saya cuma jadi photographer dia.

Selain tu, kami melewat hasil-hasil kerja arkitek ternama Barcelona - Gaudi. Arkitek dari Barcelona yang mempunyai kreativiti yang sanggat menakjubkan. Melangkaui masa dia. Antara binaan Gaudi yang paling terkenal ialah La Sagrafamilia, Park Guel, Casa Batllo dan La Pedrera.

La Sagrada Familia

Casa Batllo

La Pedrera

Park Guel
Antoni Gaudi hidup antara tahun 1852 sehingga 1926. Tetapi, idea senibinanya ssangat-sangat lah menakjubkan. Macam mana la gamaknya penerimaan orang dulu-dulu terhadap hasil seni bina dia yea.

Selain aktiviti melawat tempat bersejarah ni, aktiviti shopping di lorong-lorong sempit Bercelona juga menjadi acara wajib. Tapi rasanya shopping di Madrid lagi gila-gila punya sales. Sronok tengok kedai-kedai di lorong-lorong sempit kat sini.

Antara kedai yang menarik perhatian saya semestinya lah kedai-kedai bakery dan dessert....antara yang saya jumpa:




Ni ada satu kedai aiskrim...rasanya kat tempat kita aiskrim ni dipanggil aiskrim batang kan...best sangat tengok  aiskrim-aiskrim di susun dalam peti sejuk. kat sini dipanggil sorbet. ada lebih 20 flavour. Bleh beli yang kosong atau boleh pilih untuk celup coklat kemudian akan ditabur ngan kacang pilihan anda. Tambahan 1 Euro daripada harga asal 2 euro kalau nak tambah coklat.

Selain tu, sambil-sambil menyelusuri lorong-lorong sempit di sekitar Barcelona, saya juga jumpa banyak lagi bakery-bakery best yang memang jadi tumpuan pada penduduk setempat. Saya tak beli. Sekadar masuk dan ambik gambar. Saya sangat suka ngan perangai orang Spain ni. Dia orang tak kisah langsung kalau kita nak ambik gambar, wapun kita tak beli. Saya just mintak kebenaran. Besttt!!!











Saya tak ingat nama bakery ni tapi suka sangat dengan kek-kek yang dia orang jual. Selain kek-kek chomel tu, kebanyakan kek di Spain ni dihias simple. Tak menumpukan sangat pada design yang `over'.



Selain bakery, di Barcelona gak banyak kedai-kedai yang specialised jual coklat jerrr. Ada beberapa kedai yang saya jumpa. Tapi saya teruja sangat macam mana saya tengok coklat kat pasar La Boqueria. Saya cuma ambik gambar masa saya gi muzium coklat saja. Tu pun coklat-coklat yang jual kat luar muzium. Malas masuk sebab rasanya yang kat luar lagi best..hehehhee




Ok...ni satu lagi kedai yang saya jumpa kat sana. Kedai Creps. Semua jenis crepe ada kecuali Durian Crepe..hehhehehe. Dia jual creps saja. Kami cuba cinnamon crepe. Ok gak laaa..Tapi saya lebih suka interior dalam kedai ni...sangat sweet.


Pelbagai jenis crepes yang ada kat kedai ni


Suka interior deco kedai ni....

Cinnamon Crepes


Salad...yang atas hitam tu adalah paste zaitun...best..sangat fresh. Tapi klu kat  msia, tak masuk lerrr tokak den nak makan salad untuk bfast...hilang akai ka pa..hhahahaha


Menu

Okeh, saya rasa ni lah serba sket pengalaman yang dapat saya kongsi ngan anda semua. Paling saya nak share sekali sebenarnya idea-idea dalam bidang baking tu. Harap-harap dapat bagi idea pada anda untuk mempelbagaikan lagi produk bakery anda.

Di pihak saya, insha Allah, lebih dua minggu kat sana juga bagi macam-macam idea pada saya untuk memperkenalkan beberapa modul baru untuk kelas saya. Insha Allah, bagi saya sedikit masa untuk saya masuk makmal ..hehheh. Untuk buat uji kaji sebelum saya introduce benda baru. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan produk-produk baru yang boleh menambah nilai biz anda. Sama-sama kita doa supaya semua kerja saya dipermudahkan Allah. Insya Allah.

Terima kasih sebab terus menyokong saya.

Labiu
Zalina Yahaya